Friday, October 29, 2010

klang-kang

belum sempat aku update citer pasal bandung terus je kena replace meeting kat klang. badan dah la renyok, so aku usung je hand luggage ari tu dengan hingus suam-suam kuku. cuaca sekarang ni memang susah nak predict. seminggu aku abis macam tu je…

tadi masa aku on de way balik, my driver berhenti kat restoran jejantas melaka. dah alang-alang dia pandu lembab dan mata aku pulak susah nak bukak (tebus utang tido semalam menyengkang siapkan slide guideline) aku order la makan sambil mata melilau tengok gelagat dua ekoq askar kat selang satu meja sebelah aku.

aku: beb, nape askar tu kepit beb?
dia: biar la dia nak kepit...tu kan senjata dia.
aku: ohhhhhh...*pening jap sambil mata aku blink-blink tengok kepitan a middle of his legs.

aku balik la...driver aku memang sengal! klang-kang nyeeer mamat! cuaca sekarang memang susah nak predict.

Friday, October 22, 2010

kang maaas!

flight : QZ7594
departing : kuala lumpur (KUL)
arriving : bandung (BDO)

time korang baca post ni aku sibuk dengan sesi latihan penerbangan…aku naik haji buat tawaf kat bandung & jakarta putar-putar kui, kui, kui.

orang jauh terkenang-kenang,
hanya terkenang orang yang satu.

teringat first time aku naik airplane. masa tu aku nak balik johor…everybody can fly, tak gitu? memula sampai kat pintu plane ada sorang awek cun tegur aku. ingatkan nak berkenalan, rupa-rupanya pramugari hehehe (aku nervous leeeer) poyo!

pramugari: boleh saya bantu, adik kelas apa?

aku: kelas…oh..?

pramugari: kelas ekonomi ke business?

aku: hurm, masa dulu saya kelas sains.

terus dia amik tiket aku dan tunjuk tempat duduk. kekwat betul? ingat nak mengurat tup-tup buat muka lebresse (mood berubah-ubah). betul la orang kata pompuan zaman sekarang ni semua mata duitan. mementang la aku dulu kantoi kimia, terus eksen tahap gaban. but tak semua pompuan kekwat, mak aku walaupun aku failed 10 paper sekalipun tetap dia masak nasi setiap hari hahaha. kat sebelah aku ada sorang pakcik lingkungan 40-an.

pakcik: adik pertama kali naik kapal terbang?

aku: erm…nape?

pakcik: hurm, sekali tengok pakcik dah tau.

aku: la bukan tak nak naik pakcik tapi hari ni driver masuk spital, cirit birit.

pakcik: oh, anak orang kaya ni..?

aku sebenarnya malas nak layan sebab tu aku merapu. tak sangka pula dia percaya! lurus bendul rupanya. aku pun bebuat la nak tidur walaupun kapal tak take off lagi.

aku: pakcik, nanti kalau dah sampai tolong tekan loceng kat saya ya? nanti terlepas pula.

pakcik: oh, ok-ok no hal-lah.

arrrrh sudeeeey, aku ingat nak buat lawak rupanya tak jadi. last-last aku yang gelak sorang. dia percaya siot kapal nie ada loceng. pakcik ni kata pernah naik plane, rasanya aku dah kena kencing.

pakcik: ish, nape panas ni?

aku: kapal tak on lagi kot? nanti dia buka la aircond..!

tetiba pakcik tu dok jengah tingkap sambil shout panggil pramugari. lek-e-leh, tetiba gak pramugari kekwat tadi tu datang.

pramugari: kenapa encik? ada masalah?

pakcik: laaaaa…patutlah panas kat dalam ni, awat korang letak kipas kat luar tu…panas ni ha.

hurm, korang mampu? mampuuuuu?!?

Monday, October 18, 2010

flight haji bakhil

kelap-kelip ditengah laut,
lampu perahu nelayan,
sembilan ribu bintang,
sempurna bentuk bulan…perhiasan malam.
wow, tangkap lentok aku cilok intro dari wall cik nina durham kat fuckbook. huh, korang toksah ribut-ribut nak remember that gal sebabnya dah kompem korang takan kenal sebabnya dia ni bukan journalist malah tak tersenarai dalam mana-mana shopping list supermarket pun hahaha but dia ni primadona air mata macam fasha sendat tu...kalo ada yang nak berkawan boleh la anto borang match maker or search sendiri kat sesawang kerawang bunga malai soooOosial tu. ops, terpromosi ala-ala 'nuffnang' plak : )

sebut tentang supermarket teringat aku beberapa 'siri' kenduri musim haji. woit! ni bukan kenduri haji bakhil la manisaaaah woi…kan musim haji dah nak tiba (ish, kaffir zimmi betul la korang ni). kot yea pun bila la aku dapat jejak kaki kat rumah tuhan tu? tunggu aku suci, ati suci, segalanya suci (tapi...aku tak bleeding...love). orang sibuk booked tiket pergi haji, aku sibuk gak booking tiket flight. kaaaaan? takan korang je nak pergi tawaf..? aku pun nak gak cuba buat tawaf beb! (tolong la caya...bakal haji ni).

eh-eh-eh encik zam, awat tiket aku hang booked KUL-BDO..? ni tiket ke serambi mekah ke? ke mekah al mukarramah?!? arrrrrrhhh, tak sempat la camni weeeeey so aku tawaf kat mana ni *ouch, tawaf kat shopping mall jelah ’P

Saturday, October 16, 2010

bila chenta ♥

sila tekan PAUSE di menu mixpod bagi mendengar lagu ini dan tekan PLAY di sebelah bawah ini ENJOY IT!!!

Thursday, October 14, 2010

::gema aidilfitri : part 2::

semuanya bermula di sini...di mana chenta menyatukan hati kami. ini bukan gereja eh? hanya dewan disemakkan lampu limpah dan sebuah pentas kaku. dah nasib aku dan 'geng mesin basuh' ditugaskan menyiapkan segalanya tuk malam tu. so, mari kita mula...yok!

60's tv sangat kaaaaaan? kisah uda & dara : ) dalam kocek dibekalkan duit lima puloh kupang tuk transform realisasikan malam ni dengan budget ciput termasuk permintaan 7 syarat puteri gunung ledang include de fresh flower. pwoooorh...mencabarkan? kompem tv3 gulung tikar kalo camni hehehe.

majlis diserikan dengan zapin johor 'pantun budi' (dah macam ronggeng rokiah memasing duk pasang badan) dia orang sporting gileeeer...enjoy sesangat! camtu la hasil backdrop yang kita orang kerat-kerat 18 kertas A4 (kolaj) hurm, nice tak? berani korang kata tak chantek..? *dush (aku cuma guna 18 hingget je tau dari duit tadi) simple but...

muka klimaks sesorang memuaskan nafsu serakah HAHAHA...puaskan? walaupun kurang dua minggu that means sepuloh ari training rejim zionis but memasing have fun (",)

MC bertugas malam tu dengan 'khasiat tinggi rendah' kalsium paling gereeeeeek sey! rugi kalo tak tengok live (ni bukan pakej astro wokey)...two thumb-up!

aku interframe...
...dan lagi melalak lagu seiring & sejalan (hehehe bab ni paling lawak, kita orang nyanyi versi ajai & nurul...tup-tup musik versi uji rashid! mati deeeeek! dah macam citer oshin alih suara hahaha) orang lain ada gak nyanyi but ni kan blogs aku so suka ati aku la nak letak gambo aku je...lalala.

antara tetamu yang hadir


serta mereka-mereka dan keluarga mereka yang turut hadir, me-ri-ah.

ni lah gambargrapher ensem aku. semua pic ni dia edit sendiri...aku cuma cilok je hooOoyeh.

uish, sandal buruk aku pun nak tumpang sekaki..? blah dulu la beb, TAMAT :'D

Monday, October 11, 2010

mak goyang inul : )

malam ni aku rasa macam nak demam… dah biasa aku memang demam malam (pelik tapi benar dah macam misteri nusantara dah!) sejak sekolah lagi aku dah alami simptom ni, sungguh bersifat alami ‘marta tilaar’. tu yang tak boleh nak amik MC, elok pagi je dah macam ok. bosan tahap gaban nyer pasal aku pun klik on fuckbook yang dah jadi sebahagian diari hidup dan perkara wajib masa kini (sampai kekadang bab mandi wajib pun aku delay sebab nak ber-fuck-book hahaha). sedang aku asyik scroll artikel kemalangan ngeri tragedi 10.10.10 (kes bas terpelanting hempap keta dengan van tu…al-fatihah) tetiba chat box aku sibuk blinkin’…

ainul: pakcik, tadi my mum call.
aku: huh nape?
ainul: dia tanya pasal u…
aku: gud news?
ainul: of cos la kan.
aku: hahaha nape..? nak buat menantu ke?
ainul: dia tanya u ni sape??? budak mana? then dia cakap muka u ni sweet macam pompuan, muka pun bersih.

ko mampu? tangisan dalam kebahagiaan gitu pujian ni hehehe :D mak orang tanya pasal aku yang dia sendiri tak kenal? dan aku pun tak kenal. FYI, ainul ni budak opis aku lain dept. but kita orang tak pernah tegur face to face (we'll KEKWAT) kecuali borak online macam yea-yea-ah je dalam FB macam korang gak “FB pornstar idols” hinggalah aku jemput dia ke private party tempoh hari.

aku: hahaha...orang biasa jerk makcik. a-la-mak malu giler siot rasa nak nyorok bawah bantal (padahal kembang kuncup lubang hidung hampir tergelincir taik idung ni..)
ainul: poyo la ko...
aku: camner bleh citer dengan mak ni?
ainul & aku: hahaha (gelak devil’s)
ainul: dia tengok dalam FB i la.
aku: wah, up to date mak u? paris hilton sangat! suka…suka…suka!
ainul: so, apa lagi i pukul canang la yang u buat private party ni u masak sendiri.
aku: malu gileeeer ni, nape citer dengan mak camtu? malu tau…
ainul: my mum said “untung lelaki pandai masak, memang berTUA (dia salah eja ni) sape jadi bini kawan ko ni…” weeeeek, nak muntah aku dengar pujian mak aku.
aku: tua tu memang tua, TUAH je tak nampak lagi hahaha.
ainul: then, hubby i pun cakap…u ni memang best, u pandai masak la…first time dia dapat invitation open house orang bujang hehehe.
aku: ish, malu la beb…biasa-biasa jerk tu…
ainul: seyes..huahuahua.
aku: poyo la ko…waaaaaklu! kim salam kat mak…cakap kat dia mamat mualaf tu dah peluk islam. sunat pun dah…hahaha. lain kali jemput mak datang rumah kita, bleh sembang-sembang sesama.
ainul: kemain lagi ko, hahaha.
aku: bukan senang nak amik ati orang tua dengan “chenta pandangan pertama” tau.
ainul: aku cakap ko orang muar…lagi la mak aku beriya-iya tanya pasal ko. poyos…!!!
aku: hahaha, sabo jerk la.
ainul: aku takleh tahan ayat mak aku… “tak sangka lak kawan ko ni sekampung dengan kita”
aku:
hahaha...i tambah plak “bleh la kita berbesan makcik...!” (pitam kalo mak hang dengar ni ainul wooooi!)

takan aku nak cakap dengan ainul ni kau-aku pula kan? tak lo-man-tik lomen-lomen la weeeey. then, aku sambung borak pasal prosedur amik anak angkat kat JKM. uish, aku dah tak sabar nak timang cahaya mata ni. ko memang seeeeempoi beb!




moral:
aku memang tak ramai kawan, tapi bila aku mula berkawan aku akan berkawan dengan seluruh family dia...bagi aku hidup ini perkongsian. apa salahnya berkawan pada yang ikhlas di mata dan hatinya. yang merah itu saga, yang kurik itu kendi...yang gedik's tu korang kaaaaan? agak-agak korang aku akan jadi "sesuatu" yang hebat tak abad ini dan akan datang? hahaha.

ala omaaaaaak, kawen kaaaaan aku..!

::gema aidilfitri : part 1::

ramai yang tak caya bila kita kata gambar dalam blogs ni kita amik guna hp cap ayam. you see...kita tak bohong tau, kaaaaaan? apa rahsianya..? kita guna LIGHTROOM to editing all photos (sekarang dah ada version 2.5) check it out!



thanks kekawan cos menjayakan misi berzapin our department event, training kureeeeeng 2 week but hasilnya NOT to BAD enjoy it : )

Sunday, October 10, 2010

hi tea : private party

poppin bottles in the ice, like a blizzard. when we drink we do it right and gettin slizzard! hell yeah let's party tonite anybody?! sippin sizzurp in my 7 inch ride baby! its a wild party facebooker!!!!!
[c h o t z]

venue: apartment simbang
menu: satay, soto nasi, bihun sup, jagung rebus / bakar, otak-otak kempas, jus mangga and agar-agar laici + tat nenas & kek pisang (sooooOoo sorry for puding roti, tak menjadi la hahaha...any tips?)

chup, eskrim potong gak! dah puas gonggong 'batang jagung' now time 'jilat-jilat eskrim' pulak!!! yummy :'P

entah ni kali ke berapa aku organise makan-makan kat rumah. seperti biasa jemputan kali ni dibahagikan kepada tiga column melibatkan tetamu terhampir seramai 30 orang. neway yang penting raya bukan sekadar makan biskut semprit dan tat nenas but masa untuk bersantai bersama orang yang kita sayang sambil berborak panjang.
thanks semua yang bertungkus lumus siapkan food and place (awesome!) especially to nurul, kak nenny, dayah, farah, aem, ramlee and adie don. lain tahun kalo ada rezeki lagi kita tukar menu wokey : )

kata pepatah ada menyebut, berbudi kepada tanah kita akan menerima hasilnya. berbudi kepada diri sendiri kita akan menerima hasilnya juga hehehe.

you never walk alone… bila la tuhan makbulkan doa aku nak ambil anak angkat ni? i'm still in waiting list '(

harap korang enjoy de food, de gossip...de door gift and JANGAN SERIK TAU, datang lagi!

Thursday, October 7, 2010

MAKE-UP TUA

ada orang nampak muda sebab make-up. tepek-tepek cik kimia terus melekat...ada chemistry. abang ngurat, kakak ngurat...adik-adik tegang urat. siapa kata dari mata jatuh ke hati? bukan ke tadi baru kau tepek bedak sejuk bunga ros..?

berbulan lepas ketika aku ghairah mencucuk bintang gilakan bulan di kelab jantan...aku TER-tahan di muka pintu. jahanam betul! dah puas pengenalan diri aku kau robek dan biarkan aku bertepek di tangga sisi. aku terlalu muda katanyeeeeer walaupun mencecah angka puluh tiga dan dua.

akhirnya jadi bahan gelak barai kekawan birah memecah malam enjut ngajat tampi; sketsa aku dan bulu ari-ari. lepas ni terpaksalah aku MAKE-UP TUA!!! ...adoi ’(
eh, korang faham ke bahasa sanskrit aku ni..? nasib-lah!

Tuesday, October 5, 2010

karoks D!VA

awan itu biru, tapi hati aku kelabu..?

aritu aku takde mood sebabnya terlalu penat dengan aktiviti seminggu yang comfact till tak sempat nak use de comfact powder. my 'private party : hi tea' berjalan dengan agak jayanya walaupun berbagai rintangan 'emosi' and hehampir nak meroyan ala-ala misteri nusantara gitew! i will survive!?! but aku masih takde mood nak citer pasal benda ni cos aku ada 9 tepak hantaran nak kena settle before friday and event for our department nak kena handle include MC & zapin.

waaaaalllaaawee!

musim open house makin menjadi-jadi so after makan…makan, lepas tu makan lagi…lepas makan dan terus makan (woit, tokey vavi pun boleh jual kandang kalo camni..? ahak's). akhirnya perut makin buncit macam pregnant 4 bulan then aku fitnah mesin timbang cik ikea tu rosak cos sesedap je membuta tuli kata berat aku 60kg macam vavi hahaha.

aritu gak aku dah set otak cuma nak pegi satu open house walaupun ada lebih tiga yang invite. kan aku kata aku takde mood..? kan? so, after puas melantak sampai sembang 4 jam aku pun rasa dah bosan sebabnya cuaca sangatlah panas dan aku tak bawak se-pek-ma-ta prada...tambahan pulak cuma anak-anak itik aje yang join dato party dan anak-anak ikan dilarang sama sekali ~ ngee.

lately afternoon de gedik's gal (MD modeling) ajak kita makan goreng pisang cecah sambal kicap sambil ngumpat-ngumpat walaupun dah 4 jam melahu tadi, uish. aku agak-agak la hampir kosong pahala aku ari tu duk sakan mengumpat secara undi pukal (boleh lost weight tak kalo kureeeng pahala? macam seeeeeliiim world tu?)

dah berbuih ngumpat so kita orang pun budget chantek hiburkan ati pulak...so kami karoks!!! hoooOooyeh : ) kiranya malam tu malam pesta muda mudi...mood pun dah ok, penat melalak sampai lewat pagi. tak boleh blah pergi karoks pakai kebaya sendat ni HEHEHE very de jamu mak dara! fun gileeeeer!

Sunday, October 3, 2010

i tell you cik kiah..!

hurm, kalo ada party dah comfirm la ada tok kendarat nyeeer. party cuma tiga empat jam tapi persiapannya amik masa dekat tiga empat hari...yang letih kejang-kejang urat membetis duk layan tetamu bertandang.

kalo takde gossip panas..tak hangat la party weeeey! tapi mak kita kata kalo buat party tupperware ke..party avon ke..? party pe-pe jelah yang penting korang kena standby orang kuat (maksud aku bukan giant or badang tu...tak kuasa pulak aku nak telan muntah dia) but kena la ada klik yang ngam. kali ni aku cukup puashati sebab digandingkan dengan semua klik kekwat nak mampus yang superb!!! SAYA SUKA INI (eh, ter-post fuckbook tagline pulak).

tanggungjawab aku selain bebuat chantek macam kat atas ni adalah jadi "gadis pembuka kata" for gerai makan. aku kena warm greeting semua tamu yang datang. kalo ada party sure-lah ada makan kaaaan? then, aku kena setup satu gerai kosong to transform chantek macam kat atas ni dengan bebasnya sambil perhabiskan duit aku dan tak lupa tuk buat semua staff chantek dengan bunga rozek handmade budget ciput gitew...yang adooor :'P

cuba teka apakah main dishes yang kita orang kena promote cik kemot sambil pose-pose manja kuching mengawan..?

kita ada pencok...look sooooOoo yummy huh?

dolce & gabbana...(opsss, dalca & terung-lah)

ayam gulai berempah..awesome!!! sampai aku terpaksa marathon sambil pas-pas batton keluar masuk tandas HAHAHA (huh, hamiiiiiik kau!)

tadaaaa! makanan penjara hehehe...nasi beryani : )

memori daun pisang *gambar kenangan bersama our mayor...simple but seraaaaam uol's (less than more tak gitew kata nenek aku...huh, nenek ko mampu?!?)

...dan lagi gambo pemuas nafsu serakah hahaha wa-lau-pun capek banget deh!