Friday, January 23, 2009

wishin’ & hopin’

SCENE one

barli suam: uish, terperanjat org. hmmm...best gak panggilan puan tu. demam ke?

[kemusykilan barli suam trus menghubungi bilik konti, wah mcm dj ni! dua call tak berjawab, tak sampai hati nak gelak pecah perut]

barli suam: babe, ok tak? nape sebenonya? dah makan lum? larat tak? nak org anto makan tak?

[kali ni saya dengan penyu dah gelak bahak tahap cipan, dan sumtimes bertukar ala-ala cipanzi. wakakakaka, geguling-lah]

kita: ko jangan cakap sesape tau, sebenonya dari kul 10 malam tadi takde karen. so i and penyu takde baju nak pakai. akhirnya kami naked. if nak anto makanan bleh gak? mangsa naked. hahahaha.
barli suam: kalo **** call jangan angkat. dia nak mengadu domba pasal *** (mesti dah kutuk kita pompuan sengal sebab tak iron baju nak gi opis).
kita: wo, patut la ada dia call tadi. you dengan abg je tahu tau citer sebeno tau! i tak sampai ati nak bohong ler, kami takde baju nak gi opis. tu yang tak angkat hp. but esok bleh baca blog’s.
barli suam: ye-ye. aku tak bagitau sesape.

tu antara perjanjian syaitan dengan barli suam. ”nates” kan? hanya dia yang suka buat teknik csi dan org pertama saya sms kalo apa-apa terjadi. so tak mustahil-lah menjadi pemegang amanah wasiat saya buat masa ni (manalah tau jus nenas nak tinggal trus kat new zealand). sori la beb, bukan nak buat korang risau, tau ler ”i’ll be there” but since bibik kitaorg dah balik indon takde sape nak iron baju kitaorg ni. pe kata korang gilir-gilir buat sistem bater, buat amal jariah iron baju kitaorg? mati dek...

semuanya bermula bila pagi tadi si penyu bangunkan saya dari katil sambil minta hantarkan beberapa sms untuk kliknya. bateri hp penyu flat. bermulalah episod drama pagi buta. lihat teknik sewang sms kami;

penyu: sheda, rumah i black-out lagi smlm. so i takde baju. bleh tak gantikan i kat court. tq (saya forward pada gee gak)
kita: as’kum, puan i tak berapa sihat ari ni. i minta izin untuk cuti rehat. tq (saya fowardkan pada boss & beberapa rakan sekutu untuk menjayakan skrip lakonan yang lebih berkesan, mantapkan? mesti tercalon anugerah bintang popular or anugerah skrin)
penyu: u’ll, hp penyu bateri takde so pe-pe msg i tau. satu taman candle light dine, dah mcm party man in black u. hahahaha it’s me chams.

hasilnya, banyak afundi masuk dan tak berjawab. tak kurang gak yang sms minta ke klinik bagai (padahal haraaaaaaammm!!!). ilang jap sakit kepala dua ari lepas yang simptom awal migrain katanyerrrrr, kalo nak lebih dramatik katakan aje kena cancer otak!!! huh, amik ko…mesti menangis la diaorg tu, silap-silap penuh panggung.

sambil sedut air vitagen dari aisbox penyu gelak sengal “kalo gi singapore pun best gak ni”. satu lagi idea giler pepagi buta : p


SCENE two

seblum balik dari opis smlm sempat la saya singgah wish luck & sorry dlm blog’s pendekar mastor. bukan plan kitaorg tau nak biarkan you join kmk. jangan ler santau kitaorg ni; sebabnya tu memang hasrat boss nak polish korang macam polish keta. anyway kitaorg tetap help you, you aje tau! sebelum mak tersedak hingus ni. hehehehehe.

bleh dikira dengan jari ntah brapa kerat saya gelak semalam dan antaranya apabila kekacang telefon cakap nk datang jb ujung bulan ni. then, nak merempat ke singapore. erm...bagus gak rasanya amik angin luar negara ni (wah! macam nak gi afrika plak, alang-alang ke uganda trus). saya ok je...kalo kena dengan masanya.

raya cina ni kenalah balik kampung jumpa mak bapak, berkumpul makan beso!!! dah hampir dua bulan tak dapat restu nak balik ni. wahyu tak turun-turun, nak nantikan malam lailatulqadar lama ler plak. mengong! sebelum mak saya tak kenal yang saya ni anak dia, adalah baik kalo raya ni saya balik berehat saja di kampung. wo-wo-wo sape kata nak makan tido? jadual saya dah padat dan sendat, sama sendat jadual fasha sendat tu! balik nak bagi ang pow kat parents and anak buah yang sembilan tu. bagi hadiah kat adik dua ekor yang kekwat giler sambut besday bulan lepas. then, jumpa peminat di malacca. minah jepun tu dah balik dari negeri sepet dan sibuk nak agihkan harta pusaka dari sana (wei, dah sampai ke brg korang guna kapal laut tu? lain kali guna ler kapal selam ke, kapal layar ke...).


SCENE three

semakin lama saya mengadap tv, dan semakin pegun...ntah apa-apa je program tv ni. remote di tangan puas saya tekan dan semakin tak menarik minat. arrrrrrr.....bosan! kalo tau lagi tadi saya pergi spa & sauna bersama housemate. baguskan tido awal malam ni, lagipun prasaan bebuatan sakit kpala jap ada jap ilang (alasan...nak menopause?).

a-la-mak!!!

blackout ler plak. dah la saya ni memang tak bleh idup dalam gelap. tido pun dalam terang. saya tak trus menggelabah, tarik nafas dalam-dalam dan cuba lupakan hal hantu kat blok ni. dengan cahaya hp trus mencari lighter dan candle. pe lagi, on la laptop dan cucukkan speaker bukak kuat-kuat (berlagak la plak, dah rumah lain smua senyap sunyi takde karen).

sebenonya saya masih marah pada pak pandir, lebai malang, mat jenin dan wak dogol ni. keempat-empat suspek bukanlah berkawan baik tetapi cuma bertemu tertuduh yang sama iaitu saya. memandangkan smuanya dah kena sepina dan masuk ke kandang bersalah kerana menyebabkan ati saya tawar untuk menerima mereka kembali. fyi, ini merupakan peluang kedua yang saya beri untuk membuktikan prasaan cinta dan sayang mereka (udah lerrrrrrr, kalo beruk dapat bunga tetap dipanggil beruk gak!!!)

memandangkan mood saya yang dah flat dan sedikit hangin, so saya call pak pandir dan sindir dia dengan nada sinis. turn mat jenin plak saya sms sound loudspeaker supaya takyah la berangan lagi nak panjat amik buah klapa…jaga je buah awak tu sendiri!!! si lebai malang ni memang la opera, nak disound kesian plak sebab dah tua, so saya sms manis bahasa tapi motifnya tetap sama iaitu tidak!!! tak reti-reti bahasa ke? rumah kata pergi, kubor kata mari dan masih nak impikan bintang?!? huh...geram btul! klimaks malam tu saya packing smua barang kepunyaan wak dogol. dah lama saya nak berbuat begitu. ikutkan ati nak aje saya humban dari tingkat atas rumah saya. i’m not bothered if he’s saying bad things about me, that only shows the kind of person he is. i was avoiding him since the day we have been together. i felt something not good in him. bengap la…dia ingat dia sape? diva? pegi la mampus. stupid!!!

ouch* headache.

dan sepagi mengemas rumah dan charge laptop, terjumpa paper note lama untuk penyu; “no human can function without a heart and i’m just a human. i miss you so much! your laughter, your voice, your smile. do what you like to kill sometimes. erm…”

masa tu kami masih rencatan senjata, not now.

3 comments:

  1. Beb..korang jgn worried psl aku k..i'm a motivated person!BER-U-SA-HA-LAH!!!!(tapi korang kene tlg aku tangani beruk makyeh yg kuat merentan tu tauuuuuu!!!!)

    ReplyDelete
  2. blog anda sungguh menarik kerana mempunyai pelbagai watak didalamnya. dan kesemua watak itu mempunyai kekuatan mereka tersendiri. namun dalam hal ini, saya terpaksa memilih yang terbaik. jadi pemenang pelakon terbaik jatuh kepada barli suam! beliau menjalankan wataknya dengan berkesan dan penuh penghayatan! utk cham dan pendekar mastur... ber u s a h a lah!

    ReplyDelete
  3. amik lerrrrr...tak kuasa nk rebut crown!!! my crown beli sendiri tau. ouch*

    ReplyDelete