Sunday, January 11, 2009

fettuccine


“andainya aku jatuh cinta, kan ku beri setiap nafasku…”

dah lewat malam ni tapi perut pula minta diisi. nak makan pe ye? kenapa la mata ni tak mau pejam, kalo dah tido tak perlulah saya ke dapur lagi. masukkan fettuccine dan kemudian cheese serta sedikit “sampah sarap dan rumput rampai” nah, hidangkan saja. dengan pesen separuh naked ke dapur saya dah semakin bijak memasak dan bleh la di labelkan “naked chef”!!! wakakaka.

pikiran saya melayang pada haire iskandar...seorang lelaki 30-an yang tak pernah lagi bertemu muka hingga ke hari ini tapi cukup dekat di hati. kisahnya bermula secara kebetulan 7 tahun lepas. masa tu saya baru saja menghabiskan my first degree dan kerja plak masih belum apply. rehat sebulan dua pasti seronok bersama famili. krisis bersama my bf (ketika itu) membuat saya meminjam line internet adik angkat untuk berchatting. on saja komputer dan trus la menaip address “abang-abang” ni (ayo…saya ni buta it kenalah admit, dan tak percaya pada cinta siber). alang-alang tgh krisis, baik saya cuba nasib pakej berpoya-poya test market yang sllu kekawan suggestkan.

…“lelaki itu aku”

berbulan saya cari novel ni kat kedai buku. akhirnya berjaya juga menjadi koleksi pertama, ish...saya bukan jiwang ok! cuma suka metafora je. jebat iskandar nama watak novel telah mengheret saya untuk berkenalan dengan haire iskandar; nama yang tertera dalam chatting room. tak sangka pula dia juga sedang krisis bersama lover dan lebih menarik mempunyai koleksi novel yang sama. erm...ni la namanya dugaan bercinta!

dari situ kami mula berkawan, dan kini dia pun dah ada princess charming (cute baby) selepas putus cinta dengan lover dia. memori ni sllu buat kami gelak dan semakin matang. 7 tahun itu juga kami bertukar-tukar cerita, berkongsi suka duka...pantas sungguh masa berlalu. sape kata persahabatan tu mesti bertemu muka? kami saling berhubung melalui panggilan telefon, sms dan blog’s.

dialah kawan chat pertama saya dan terakhir. saya masih single, masih menanti cinta dan dia bahagia bersama isteri tercinta. cinta ke? dia aje yang bleh menjawabnya. hahahahaha. semakin ramai kekawan saya yang mula mendirikan rumah tangga dan mengambil keputusan untuk bercinta; mencari rusuk kirinya di sisi hawa. dan tak kurang juga yang berjaya menyatukan sperma dan ovum menjadi zigot. hey! macam tak percaya kan?

alamak dah jam 3.30 pagi lerrrrrrrr. saya masih dibuai emosi pagi semalam ketika sorang teman berteka teki tentang status hubungan kami berdua. mungkin saya perlu lebih banyak oksigen untuk bernafas...“nasi dagang” dun make me felt complicated la? tahun ni bermula dengan sangat baik and a little bit melodrama. bila dipikir smula, tuhan tarik satu nikmat dan kirimkan seribu rahmat di sampingnya. bersyukurlah kerana dengan izinnya juga kita bertemu. Kata mak, “tuhan nak bagi yang lebih baik tu!” kita boleh hilang kekasih dan bertukar ganti biarpun sejerih mana; tapi perasaan tu takan sama ketika hilangnya kawan sejati. so, terpulanglah bagaimana kita menilai dan mengekploitasi rahmat yang diberikan.


p/s: thanks for being my cheerleader! jangan lupa amik pom-pom pada illa sabry…muahhhhh.

1 comment:

  1. wow sexynya mamat yang pakai jam guess baru tu..tak tahan!

    ReplyDelete