Tuesday, January 13, 2009

grinnin’ man in de moon

sepanjang perjalanan pagi ni saya mengelamun dan hampir terlepas simpang ke opis. kesesakan di jalan simbang sememangnya tak bleh dimaafkan. ayo, jalan taman cenonet camtu pun nak jam ke? puas diintai ke sisi jalan, manalah tau ada sesape yang buat teknik sewang pepagi buta gini! ke ada funfair kat bahu jalan? ish, geram gak rasanya nak aje diluku-luku kpala penyebab kesesakan tu. bila sampai je ke simpang jalan, tersentuh hati bila melihat hanya seekor anjing yang menjadi penyebab smua ni. tersentuh?

teringat ebab (arwah kucing siam, arwah ke?) yang selalu saja mengekori saya ke sana ke mari hingga ke bilik kechik. begitu la…anjing tersebut berada betul2 di sisi dan kekadang di bahagian hadapan kereta tuannya hingga ke jalan utama. so? hanya itu penyebab kesesakan hari ini? hahahaha. lucu tetapi cukup menyentuh ati. kalo ebab masih hidup pasti dia pun buat begitu. lihat aje la berapa banyak binatang yang terkorban di jalanraya. tu tak termasuk kumbang, pepatung dan sepupu sepapatnya. mengarut btul…

sampai ke opis dalam kesiangan, 4 minit berlalu sesi catwalk dan minit kelima untuk menjayakan thumbprint (mesin scan tapak tangan dah sebulan rosak, so kenalah jadi org cacat…cuba dan menang) wakakaka. nasib gak perjumpaan dengan mayor pada pukul 10.30 pagi, kalo tak…wassalam-lah. fdg (focus discussion group) tu memang enjoy bersama mat sentul, penuh gelak tawa. our mayor ni memang luuuuucu giler! muka je macam ganas tapi klakor beb.

ada betulnya kata mayor, "suck"cess is not destination!!! ianya satu proses yang berterusan. whatever, kami smua tetap menghormati mayor bukan sekadar pangkat, tapi bapak dan datuk pada generasi muda kat sini. dialah yang di-tua-kan :p otak saya tak berhenti kat situ je, kenapa org miskin beranak ramai ye? kenapa org kaya beranak sikit? dan terus berfikir…

3 comments:

  1. huhuhu...kenal dr.noraini ek??

    ReplyDelete
  2. kenapa org miskin beranak ramai ye? kenapa org kaya beranak sikit? dan terus berfikir…

    jawapannyer... sebab org kaya sibuk buat duit xder masa nak buat anak... org miskin plak xder benda nak dibuat tu yg asyik buat anak jer... betul tak?

    ReplyDelete
  3. salah...cuba lagi! ni kiranya soalan terkumpul bleh menang mercs. hahahaha

    ReplyDelete