Wednesday, January 7, 2009

char kuey!!!


thank you for the char kuey you bring to me…it really make me feel better. saya harap kamu pun sihat juga. takde apa yang memisahkan dan membezakan darjat antara kita berdua di sisi tuhan. beberapa hari sebelum tahun baru, saya dapat tahu yang dia “pembawa HIV positif; menitis air mata darah pun blum tentu dapat melawan takdir hidup ini. kenapa ini jalan yang tuhan berikan untuknya? masih muda, masih jauh perjalanan hidup. terdiam saya seketika merenung tembus skrin laptop. ya tuhan, katakan ini tidak benar. ujian sebesar ini untuk sesiapa juga tidak mampu dipikul; meruntuh tembok semangat dalam setiap jiwa yang tertampar dengan hakikat bahawa inilah takdir tuhan yang tertulis di mahfus.

siapalah kita ini untuk memintal buih yang memutih, menggapai bintang dilangit biru. janji saya padanya sehingga kehembusan nafasnya yang terakhir akan saya setia bersama dia walaupun darah saya menjadi gantinya.


dulu saya pernah pinjam lagu ini mengiringi perjalanan dan perpisahan seorang teman baik. hijrah. dan sepanjang perjalanan itu juga kami tangisi perpisahan itu. kali ini sekali lagi saya pinjam lagu ini, mengisi sebuah erti persahabatan dan ianya bukan setakat hand holders or share our shoulder. ianya lebih dari segala-galanya; melawan kesepian by dato’ siti.

moga tuhan sembuhkan penyakitnya, amin.

2 comments:

  1. Allah sayangkan dia, kembali ke pangkal jalan, setidak-tidaknya dia tahu bila masa matinya dan bila masa dirinya kembali ke jln yg benar. Semoga dia tabah....

    ReplyDelete
  2. i tau u tujukan post ni utk i..thanx anyway!

    ReplyDelete