“awak lapo la…jom gi b’fast?”
jam dah kul 10:30 pagi dan tempat dituju ialah restoren nasi lemak ayam yang terpopular. nape “ter”? sebabnya kedai makan ni sangat-sangat la ramai “artis” yang kluo melantak pepagi buta dgn fesyenista!!! hahahaha termasuk la saya dan penyu. tapi kiranya pagi ni bernasib baik sebab sempat la mencuci muka sebelum membuka selera. tu pun penyu dah pekik dari luar pasal buat teknik plastic surgery dalam tandas.
memang syok cuci mata kat kedai ni cos port dia btul-btul berdepan dgn club tennis & badminton. wah, promo mcm maria ungku sabri tuuuuu. so byk la benda-benda pelik yang seronok utk dilihat. yang nak melantak tu smua berpesen bagai. yang datang dgn baju tido, sluo pendek, singlet pagoda, skrit kembang semangkuk pun ada. yang tak sempat clean-up masker muka dan koyok pun ada. wakakaka. buat saya dan penyu gelak bahak tepi roadside pepagi ni. but target kitaorg hanya bebudak sport je yer! anyway, nasi lemak ayam kat sini memang kaw-kaw gilerrrr hingga menjilat kaki. duduk lama pun free...bleh lepak sampai tertukor tulang pelvis tau.
memandangkan perut dah kenyang so lebih byk lagi idea giler si penyu nak buat. kekadang saya tak dapat bayangkan idup ni tanpa penyu.....
singgah kedai 2 hinggit nak cari rak barang bilik air penyu; dan puas la dia bebel setebal bible mengalahkan murai cabut ekor. dah tak larat nak dengor then trus saya angkut dia gi pasar kipmart nak beli buah dan sayur. ari minggu memang habit saya nak mengotorkan kitchen dan cuba mengorbankan pelbagai jenis binatang di dalam kuali. arrrrrrhhhh, tu citer kat post lain la nanti!?!
after saya merengek manja kami pun pergi ke danga bay nak gunting rambut. kedai baru katanyerrrr. malangnya tutup la plak? so bagi tak menghampakan ati peminat, penyu pun ajak saya ke jusco mencari ”kechik” yang baru je pindah saloon baru. fyi, handphone saya tertinggal kat rumah, lagi pun plan cuma nak b’fast je? tup-tup dah merempat tak tentu hala...so mana nak cari si kechik ni? since daniel disappear, so saya dah takde hairstylist ensem dan berbakat gitew. susah la nak cari “masitah” utk sikat rambut saya sejak firaun pinjam buat harta.
[osis schwarzkopf] jenama besor tu dan pasti buat kami excited masuk saloon cap ayam ni. selepas berhempas pulas…bukan diaorg, kitaorg menahan prasaan so hasilnya memang adooooooooooor! professional la konon, hanjing sangat hasilnya. tukang gunting kat sini memang hancur dek...harap muka dan gaya je perfect! tak puas ati dgn hasil ”professional” diaorg kami balik rumah semata-mata nak amik handphone saya dan mengubungi kechik. puas la dail cuba dan menang, seskali trasa mcm talian teledera plak sbb rambut dah tak chantek. saya ok lagi tapi penyu la...hahaha padan muka sape suruh gi situ? lastly dapat gak catch kechik kat michael & guy. selepas di repair...beginiah rupa saya.
memang malang ari ni, inilah dinamakan “ari kejadian”.
wo-wo-wo kami masih tak mandi lagi ni tau! tu la baju tido kitaorg, uniform!!! konfiden kan gi melilau dgn baju tido masuk shoppin’ complex. mcm paris hilton & nicole richie dalam the simple life tu ha. tak puas lagi berpoya kitaorg pun gi chantekkan diri dgn tak mandi tu ke spa & sauna kat kedai kak thye (btul kot spelling nama dia…taram je dek!) sejam la gak kena facial & masker. after dat, kitaorg gi mandi kat sauna plak. “sesuatu” sangat!!! mcm la rumah kitaorg tak cukup air nak mandi. bezanya cuma rumah kitaorg tak ada ramai jantan tumpang mandi sama. hahahahaha.
lepas abis je berjemaah dlm sauna room dan jaccuzzi tub, ayo sesak nafas ler terlampau sangat...ramai org sesangat siap kena kuak-kuak dan masih lagi ada umat manusia. kwang-kwang-kwang. time menjamu selera plak kami makan kat gerai klantan yang takde kaitan langsung dgn menu klantan. mengongkan? and mondaynya saya trus buat mini concert blues...ingatkan bleh la join bluesgang, rupanya saya btul-btul heavy flow dan kira nasib korang la ye yang terkorban sebab saya btul-btul uncontrol. upon my word, here’s a state of things!
2 years ago
meletops ramvut
ReplyDelete