Monday, May 30, 2011

KITAB CINTA

cintaku buat mu,
bagaikan huruf-huruf yang terpateri di setiap helaian kitab.
cintaku buat mu,
seperti setianya sang awan kepada kekasihnya sang langit.
cintaku buat mu,
bagai air yang mengalir di lautan yang sepi.

Sunday, May 29, 2011

cocobi stroberi

lama aku tak jenguk mimpi berkaler. watak-watak monochrome biasa gak dah jarang melahu tang sini. heharap korang masih berjemaah lepak-ing here.

kalo aku kata aku sibuk, cliché. aku masih bertarung dengan misi 365 ari mencari chenta. misi nak kuruskan badan dan menyemai six pack moga-moga tumbuh 6 ketul tang perut yang semakin muncit. paling tidak, nak gak punya pinggang 29” dua inci lebih ramping + ketinggian "supermodel" sekarang…elok la tak kelihatan macam raksasa gordon kahkahkah.

cuti panjang dua tiga ari baru je nak abis…tapi ramai kekawan aku dah mula buat muka lesu macam sebulan duduk hutan bertapa dalam gua. rindu kononnya hahaha. tak sape yang tak suka cuti. tambahan pula buah ati sentiasa bertakhta, betul tak?

selalunya time cuti aku menjalankan kewajipan sebagai khalifah, cheeeeewah...tak macam warak la plak?!? ayat tak bleh blah! kalo korang nak tau (arrrrh aku tak kisah la kalo korang takmo tau sekalipun, ni kan blogs aku kaaan?) aku ni ada satu ‘habit’ selain jaki kat lipas yang suka buat aksi akrobatik tu. so, aku akan make sure semua pokok bunga dah abis disiram and mandi berjemaah. anak-anak ikan plak biasanya aku bekalkan makanan secukupnya. aku risau gak kalo dia orang dah pandai tiru aksi kate moss selim-melim. yang korang sure tak buat, aku akan pastikan semut-semut kat dapur dah dibekalkan gula (wa-la-weeeey) patut la harga gula naik! yang kompem tak sekor pun mati kena diabetis or paling tidak hidup mati dalam kemanisan. ko maaaampu? eh, dah kenapa tetiba aku nak citer pasal semut plak. time cuti aku ada banyak masa nak berjimba…lain ari, sorry erk.

always believe in god. because there are some questions that even google can't answer. happy sundae yall!
lama tak tepek gambo sendiri :)

Sunday, May 22, 2011

nak sayang you ketat-ketat-lah!

semalam aku pergi dating…yup, dengan “gadis”. apa korang ingat kalo putus chenta tak bleh nak gi dating bagai ahak’s tu semua silap wokey, tipikal. takan nak duduk rumah berkabung pakai se-pek-ma-ta hitam sedangkan orang putus haid pun masih bleh kelihatan sexy-messy dowh. so now, aku penuhkan jadual harian sesendat mungkin macam fasha sendat then biar aku TER-lupa kesengsaraan hidup.

aku plan nak tengok nur kasih yang dah ramai blogger suggest-kan bawak tisu berkotak-kotak tu. aku standby gak tisu manalah tau sistem aircond kat panggung tak guna ionizer so banyak plak hama and habuk sangkut kat mata kahkahkah. i’m not really a fan of malay movies (FAKE) if i do want to watch it, i’ll either wait for it to come out on t.v or buy the dvd. kekononnya i don’t really support the local film industry-lah…ewah-ewah padahal takut kena label jiwang karat kan? or tak kewl even poyo’s (sebabnya dalam ati ada taman dowh!)

aku beli pop corn and coke…jalan macam tak bersalah sambil betulkan plaster luka kat ati aku yang masih berdarah. benda pertama aku tengok is panggung yang dipenuhi ge-gadis lebih 2/3 yang dah macam duduk dalam syurga HAHAHA…banyak bunga tu! makanya memandangkan aku dating dengan “gadis” …so aku pun “stay tuned” control K-pop.

minit pertama bermula je aku dah bleh kena strok atau kekejangan otot-otot tang muka. aku pujuk ati sampai scene last…kalo berterusan menangis duration 90 minit tanpa henti (non-stop macam bas ekspress rakyat) bleh rosak botox tang muka aku ni hukhukhuk, dah pe-ke-heeeeell. apa yang aku nak preview kat sini bukan tentang hebatnya cinematography tu (yang tu memang supeeeerb) .tapi tentang HATI. my gadis watched this movie cos they said the hero (remy ishak) is handsome. kalo heronya tak handsome, they wont watch it. i watched it because i like the plot.

being in love is so good for you. often when people are newly in love, things that have been bothering them for a long time get better. something wonderful is calling the majority of their attention (sound like kak sri siantan huh?)

there are a lot of things that are good for you. pandai la hang propa…abis tu kenapa ati tu berbalut plaster? but love certainly trumps them all. to be in love is to fill your heart with the best stuff the universe has to offer. and that can only do wonderful things for you and your life.

what you’ll put your attention on is always your choice. you can spend countless hours bemoaning this or that, expressing regret or cultivating spite. you can be a person that brings others down through your words, actions or energy. or, you can make the choice to put your attention on something more much more deserving. and you can become that ray of sunshine that brightens up the world by your very presence. when we’re in love, it’s a whole lot easier to do that (tang ni memang aku percaya sesangat).

so please, fall in love. tu pun kalo ada. if not with another person, fall in love with yourself and the world around you. the world needs more sunshine. hurm, satu benda lagi tentang citer ni (sebab slot drama dia terlalu bagus berbanding storyline filem) i felt that remy ishak should have sang yassin’s part. it would have been great to have him sing. for those of you who don’t know, he actually sang at natrah…and did a good job!

untuk korang yang bermata merah nangis teresak-esak macam mati laki (bleh kongsi awards or gi casting pelakon harapan) sebab melalak tak tentu pasal. i still remember when i was listening to this lyric... somehow i feel it is actually what i feel deep inside me.

lewat ini ku rasakan
kasih kian ku dambakan
resah hati yang ku pendam
pada takdir dan harapan

detik waktu dan suratan
siapa tahu ketentuan
ku mencari cahayanya
dalam bayang kegelapan

Saturday, May 21, 2011

Who’s your daddy..?

sure, 17 year olds are totally cute. but older guys are totally sexy, too. i think it’s time we practice a little socialism and spread the wealth of love and attention. bila dikenang-kenang…zaman old-skool’s memang syiiiooOok gileeeeer!

tetiba aku teringat zaman aku muda mudi ke sekolah. setiap pagi mak aku sibuk siapkan sarap kat dapur nak kasik aku membeso bagai johan before aku sembah ratu (salam comolot) nak ke skool. aku tau sangat mak BFF kak martha steward kaaaan? sebab tu aku sayang lebih. then, dah sure-lah mak aku buat cheerleader bagi kata-kata semangat sepatah dua kata macam public speaking kat aku… she said “ko nak ke sekolah ke nak melaram?” aku pun blur time tu (dalam sungguh maksud mak dah macam lautan dalam tak terduga, cheeewah) tapi aku padamkan dengan kebasahan nawaitu.

yesterday was quite the day. mak aku kata “hati aku lebih kacak dari rupa aku” dowh :)

salah ke menjadi JAMBU..? bukan ke jambu tu for-fu-lar? budak jambu selalunya terlalu sempurna; banyak kaler. hidupnya penuh peraturan dan rencana, itu AKU! seingat aku kalo korang duduk kat asrama…budak jambu memang howt item dowh! howt muffin in town macam “buah jambu di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan…beraaaaaiiiiiirrr!!!”

once, early in the morning tu cam biasa aku sesiap nak gi skool. aku memang type lone ranger tak suka eskot-maskot. biar baju sekolah aku puteh tapi ati aku tetap pink hahaha. aku cat tembok tipis kaler merah jambu; barulah bersemangat nak ke skool. aku tak ingat nama mamat poyo tu tapi yang pasti dia anak cikgu kampong sebelah kenalan abah. tiap ari dia lalu depan rumah naik beskal cabok or motor kapcai dia. time tu nilah kenderaan paling mewah tuk ngurat awek. tiap kali lalu and tiap kali dia peeeeewiiit tang aku. aku pun tak reti apa ke jenis habit mamat wok sekor ni. yang penting dia ni memang cap slumber badak muka poyo wa-lau-pun mak aku buat silat sendeng tepi gate intro cheerleader dia tetap bleh say hi kat mak aku skali kahkahkah.

“siapa si bedebah tu..?” hahaha mak aku tak tanya camtu poooon, dia cuma gelak-gelak bitchy tengok anak “dara” dia kena ngurat jantan miang! elooooo, aku masih dara wokeeey kalo tak caya bleh check hik’s. kan aku dah kata yang zaman sekolah memang “kota keriangan”. something wonderful is calling the majority of their attention. macam baru lepas upgrading boyfriend dari version 1.0 ke 2.0 *dusyuuum!

takan semua orang nak jadi kacak haloba.

apa yang aku nak kata is my family memang super seeeempoi…sebab tu aku jadi limited items, J.A.M.B.U. very down to earth…dah macam orang bulan gitew. dia orang lebih percayakan aku as anak dia dari kata-kata reporter or peminat misteri hehehe born as gifted, and i am talented…multi-SUCK-ing (haaaamiiiik ko statement berani mati!) tak kisah lah your lips are moving, but all i hear is “blah blah blah…”

lepas ni aku nak join kumpulan K-pop, group gula-gula ke group geli-geli?!? takmo sedih-sedih lagi pikir pasal ditinggalkan kekasih ati. dia tu memang brand baldi-gold-so’ot dan kalo ko gunting label gucci or prada ori then tampal guna gam gajah duduk (eh, dah macam kain pelikat plak) pun still FAKE! i am belong to nobody... sapa cepat dia dapat, GITTEWWWWW! kahkahkah.

ati aku macam gula-gula kapas.

“...i'm not single, and i'm not taken. i'm simply on reserve for the one who deserves my heart...cause they say good things take time”


[witty quotes via achik ezam]

j a r o f h e a r t

dear, i dedicate lagu "jar of hearts" from christina perri for you. moga u dapat semangat baru soon.

[k e k a c a n g]




No, I can't take one more step towards you
‘Cause all that's waiting is regret
Don't you know I'm not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learned to live, half alive
And now you want me one more time

Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

I've learned to live, half alive
And now you want me one more time

Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

It took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
‘Cause you broke all your promises
And now you're back
You don't get to get me back

Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are?

Wednesday, May 18, 2011

19 reason ko kan bergelar janda berhias tanpa sebab!

ramai yang kata kalo punya rupa paras yang chantek, susuk tubuh mengiurkan bergetah akan menjanjikan laki korang “stay tuned” macam duduk depan tv tengok bola. lek-e-leh, sedangkan tv plasma beso gabak pun dia orang masih melahu kat kedai mamak pe kes? hehehe. aku cari benda lain kat cik google tapi jumpa benda ni plak. so, aku renovate sikit and sharing jerk la eh…takmo la tengok kekawan beratur belakang rozita che wan nanti! *ouch, aku tau la mood aku tengah swing macam angin monsoon china selatan.

1. dengan sengaja atau tidak gagal memasak meal your “fruit heart” nak makan. kalo nak ikat lover kena la ikat “perot dia” dulu wa-lau-pooooon perot dia dah sama naik dengan patung sami kat batu cave tu! "apasal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing"

2. memperkecikkan lover depan orang lain walaupun ada part-part lain dah memang kechik HAHAHA "honey i tu kan-kan...memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla" and DON’T sesekali cerita hal rumah tangga kat orang lain (memburuk-burukkan dia walaupun memang rupanya buruk @ keturunan @ asal usul buluh betungnya) "..eee u tau tak my lover tu makan petai jeruk..? eeeii peliknyer!!"

3. menganggu lover dengan menelefon dia sekerap mungkin sampai ke toilet pun buat telly conference. "hello, sayang ada meeting ke tu? sorry la cuma nak cakap malam ni kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos tomato jer, ok tak?" macam nak kena lempang lelaju kaaaan?

4. terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai lover you tak jumpa bebarang disimpan. "kita dah simpan awek cun tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu"

5. mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari paper dan menyusun ikut tekak korang sesuka ati! "yank, sport section tu i dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"

6. menyuruh lover beli_itu_ini.com on the way balik sedangkan esok ko dah plan nak shopping or baru semalam dah meronggeng kat pasar then tak bagi instruction yang jelas kat lover hang…tup-tup kena marah sebab salah beli. "yank, kan i kata beli susu cair dan gula ising, apasal awak beli susu dugro dan gula chewing gum...kan lain tu!"

7. membuat temujanji dan aktiviti sosial or invite tetamu atau sesiapa aje datang rumah tanpa mendapat persetujuan lover terlebih dahulu. "malam ni i jemput kiah dan leha datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan"

8. mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami, uissssh pantang ni! "screensaver gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah TER-tukar jadi gambar Fahrin Ahmad..."

9. bercakap / bersembang di telefon dengan kekawan time malam after 10 pm bila mana nak beristirehat dan ber...ber.... "pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot.."

10. berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuir dan muka tak bermekap cam mayat (kekonon trend K-pop). "bebaju cantik tuk display gi kenduri kawen dan dinner jerk, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang"

11. ambil masa yang lama bersiap macam pengantin. "sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih bebetul"

12. dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. "eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu"

13. mengganggu lover yang sedang tengah tengok tv. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih"

14. asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang kat lover bercerita part dia plak. "...bla bla bla bla"

15. membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat remeh dan diulang tayang tetiap hari. "ayam mak i berteloq 10 bijik semalam, so kiranya mak i dapat title nanny la ni"

16. dia orang pantang difitnah tanpa usul periksa macam mahsuri (sebab darah dia orang puteh...dan korang plak keputehan. "awak ada affair eh? apasal sms beep-beep-beep tak henti-henti ni...mak guard or GRO mana plak awak sangkut ni?"

17. meminjamkan harta-benda lover pada orang lain tanpa kebenaran. "adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak"

18. sengaja melengahkan time masuk tidur tanpa sebab munasabah di malam "keramat". "yank, you tidurlah dulu i nak habiskan tengok drama susuk ni then nak masak nasi lemak sesiap tuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then nak kacau dodol..."

...DAN AKHIR SEKALI

ko memang tak berguna langsung walau sesen kalo pandai cakap MENIPU dengan aku!!!

Saturday, May 14, 2011

smiles are like band-aids

...they cover up the pain but it still hurts.

hati ni macam gelang getah. kenyal. kental. sampai masa putus gak! jika satu tak bererti teguh...jika dua tak semestinya utuh. kalo ko pintal dua kali mengerekot lingkungnya dan pasti kechik berselingkuh.

dosa yang sengaja dicipta. pada satu titik dan dua titik bertindih. jangan regang aku sampai jauh terkangkang, jangan pintal aku sekuat kau mahu sampai aku tak mampu meregang lagi. kau cuba jentik hati ni...langsung...kau lastik perasaan sejauh tebaran bintang dilangit. aku tak mau berharap, sebab harapan buat aku menyesal.


kalo ada hati yang kau cuba tawan hanyalah aku...menitip bintang biar bulan dilingkung awan '(

...sampai masa ia putus jugak.

upgrading chenta version 5.0 to r!ndu 1.0

if you can’t be a pencil to write anyone’s happiness.
try to be an eraser to remove someone’s sadness.




tak semua kau rancang akan berlaku
mungkin nasib tak menyebelahi aku
entah mengapa engkau yang aku cinta
mungkin lebih baik kau ku lepas saja

ini tidak adil tidak adil baginya
ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil
untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
tidak adil tidak adil baginya

kau tak pernah cuba memahami aku
cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
dan bila tiba saat ku kehilangan
beban yang tak pernah cuba kau ringankan

kau bukan milikku

dan aku memang penakut
mengakui cinta kepadamu
seribu kali ku cuba ucapkan
bila bersamamu
kau bukan milikku
dan engkau pun tahu
kau bukan milikku

Monday, May 9, 2011

Sunday, May 8, 2011

dear a c h i k, dia ok :)

pe khabar korang ari ni? selamat berhujung minggu.

lately, panas berdenting…terasa nak lari bogel-bogel tepi pantai sambil sunbathin’. arrrhhh, idup lebih nikmat pepanas gini kalo dapat main jilat-jilat eskrim sundae sambil chatting dengan “fruit heart” hahaha.

hampir seminggu achik tag aku dengan “lovely-blog-award” dan masih tak sempat-sempat nak habaq tentang 7 wonder about myself. wah! dah macam 7 keajaiban dunia gamaknyeeeer. aku ke-le-sa nak cut & paste any logo yang aku di tag. cukup la korang aku thumbtag deeper-deeper tang ati aku. sebabnya aku bukan nak hadiah, but concern atas supporter korang. for me hadiah paling besor dalam hidup adalah memiliki korang yang terbaeeeeeek dalam idup aku.

nak kenal siapa si achik yang ensem tu? sila angguk kalo tak hangguk kena bunuh! sila klik kat sini ------> achik

korang bleh tiak aku CHAM’S sebabnya pun kena klik kat sini [*]

hey look, music is an important part of my lives. we will tag a certain song that reminds us of a certain moment or occasion in our lives. so banyak la lagu yang bermain dalam otak aku ni. and now, aku cuma fill in the song (till i felt in the blank, hahaha) that best describes these moments and write a bit of the lyrics that i can remember as well...gimme a beat...aku paling suka layan lagu sedih dan buat aku bersemangat!!! macam tiada esok bagi mu… kekadang macam baru lepas amik kopi janda or jamu mak dara! semangat lain macam sikit. lelain korang bleh klik sini [*]

? no question so talk amongst yourselves...
simple person but quite cerewet, i am virgo’s and need more viagra hahaha. my fren said i’m sangat komited (120 percent komitmen than you) very energetic and sumtime ge-tic mati la deeeek. hey, i am a good bibik wokey!!! just have a multiple sides to be explore ~ ngee.

each one of us is born unique. there are no two person are exactly a like. siapa kamu nak pertikaikan aku? dan kamu juga dijadikan dari sehina kejadian (dari air mani) dan keluar dari tempat yang juga hina (kemaluan). apa bezanya kita?

SUCK-cess is not detination! aku selalu pikir yang mak aku tu best friend (BFF) martha steward hahaha.


4. what time did you get up this morning?
alarm ringin’ at 5.15 am and i’m singin’ at 7am and still lambat macam siput babi paralysed moving. tak champor lagi tarian sewang bagai *w!nk*

5. what is your favourite pastime?
time kekechik makan cendol reramai kat stall walker with my family after my dad kluokan some salary…we lepak-ing port kat celah between building. we share de story and make it some jokes. i miss de smells, laugh and the whole clicks laughs with me, de environment, de clothes, de flavour of me, de smiles and de bangku panjang too.

2/3 hidup aku dipenuhi dengan lovey-dovey cheeeeeeese, sweet endings to every meal ;-) food is love!!! bleh gak klik kat sini
[*]

6. how many keys on your key ring?
my sm:-)e…only one key! it is the key that fits the lock of everybody’s heart.

tujuh, do you make friends easily?
yup, my motto is “semua orang bleh being my fren but not me”. love does not come by finding the perfect person but by learning to see an imperfect person perfectly. setakat 7 wonders tu apa la sangat...aku bleh letak 7 ratus 7 puluh 7 juta lagi about me hehehe.








"menurut biar pintar, mengikut biar cerdik"
[h a n g t u a h]

Saturday, May 7, 2011

hari untuk semua orang jadi cliché

aku bangun dengan hanya dua panggilan "cemas" hahaha cemas la saaaaangat? sejak semalam hati berbunga-bunga nak ke "car booth sales" tapi tetiba melencong sekejap sebelum pekena cheezy wedges (haaaaaaiiihhh, bleh lupa mak mertua lalu kalo dapat benda ni).
sabtu-day, no plastic bag's day. aku beratur panjang semata-mata nak selamatkan bumi. wah, sound like puteri diana...kompem dapat anugerah nobel tahun ni. sedang orang lain berpusu-pusu join larian hijau dan aku plak sibuk berlari-lari potong queue beratur panjang COACH : KATE SPADE shoppin' sales.

setahu aku biasanya LVoe, gucci atau prada jerk yang kena queue...lama gak la nak tunggu turn (tu belum lagi cuci mata) dan setiap orang dibekalkan sepasang sarung tangan plastik. aik? takan nak jaga kualiti kot..? alahai, camner la aku bleh lupa yang coach ni ada pig's skin! HAHAHA sengal. misi kami bermula "dari kiri ceeeeeepaaaat jalan!"
beg ni simple dan sesangat aku suka...yang penting kaler turquoise. ala cuma seribu lebih jerk! apa la sangat kalo ko makan 20 kali mc'd + 20 kali KFC + 20 kali pizza + 20 bungkus chekedis supeeeeer ring? pejam-celik-pejam-celik dah seribu lebih heeeeeengget kahkahkah tapi aku cuma nak cakap la kalo korang beli online lagi murah (bagi yang celik IT) tapi aku lebih senang pilih guna bijik mata...lebih puas (padahal buta komputer). chup, korang pernah pilih ikan kembung or sayur bayam guna kembung.com / bayam.com??? lalala. senang kata kalo guna beg ni aku terasa dah selamatkan bumi untuk tempoh 5 tahun dari sekarang, katakan tidak pada plastic bag! hehehe.

i you, mak!

after memuaskan nafsu serakah...aku terus kembali ke "pangkal jalan" menemui manusia seni di car booth sales. tak ke macam haaaaaaaaraaaam tu? terus berjimba-jimba dikedai rakyat. oh, baru nak insaf aku dah ter-beli gak beg kat situ :'P

"ibu adalah jiwa keabadian bagi semua wujud.
penuh cinta dan kedamaian".

[ibu : kahlil gibran]

Friday, May 6, 2011

b!carawara

perjalanan aku terhenti di sini...titipan rasmi 'pembesar negeri' ini bukan BACARIA eh kahkahkah dan buat pertamanya aku memenuhi kerusi tamu sebagai pemerhati bebas lagi rambang tanpa perlu berusaha. menyilang kaki memangku riba menyingkap kisah demi kisah aku dan dia...
buah tangan sulong 'bangsal' baru aku dan kami bernaung. kerna dia aku ke sini ralip mendengar celoteh nenek-nenek dan bongkok tiga melewati halwa telinga.
internationalization...bulau mata aku jap! chaaaaaaaaaapiq ~ ngee *nak kena babab ni salah spelling.
tempat mana 'kereta rosak' dan mak abah aku sibuk berendut, hik's :P




“A country without heritage is like a man without memory”
- Speaker 7, Bicarawara Siri 2, 2011

sumpah saya single and available... mari kita kapel? ♥

my voice will be shaky and my heart will be pounding but i just want to tell you i love you. with heavy tears, i'm so in love with you.





"sayang" i miss & love you sooooooOoo much *w!nk

Tuesday, May 3, 2011

Blog Bebas l Henry Zackery

he is wanted!

dah berbulan aku cuba cari budak ni!!! (huh, nampak tu tanda seruan? that mean urgent & important haaaaaaiiih) sorang budak lelaki berbintang ‘gemini’…masih lagi student (but not be sure virgin or not *w!nk) and orang kampong siti, pahang. yang bestnya dia ni “ordinary” dan bukan extra-ordinary person katanyeeeeer kahkahkah lawak siiiiiot. aku jatuh ati dengan all info tentang dia. siapa dia ni? kenapa..? apa-kah!?! meh kita jenguk jap blogs dia.

ni bukan citer seks bebas...tapi citer pasal "blog bebas" milik blogger henry zackery. memandangkan aku tak dapat nak catch & fetch him…apatah lagi nak cash & carry dah makan bulan i fooooOoollow you...*digi sangat weeey! (nasib tak datang bulan dibuatnya) maka aku dengan bermacam kaedah (saintifik sangat) dah aku cuba tuk menjejaki budak cute lagi poyo ni...dari kaedah moden hinggalah kaedah alternatif (become to black metal haaaaaktuuui) and hehampir guna rundingcara tok bomoh / madam zorra semata-mata nak buat penghargaan khas kat henry zackery :)henry is my hundred followers.

kekadang orang kata aku kekwat! so, sebenarnya aku ni punyalah mesra rakyat sampai akak kantin and tukang kebun sekolah pun dah tak larat nak layan aku (chup, aku kerja kat sekolah ke? arrrrrhhhh persetankan hehehe) sangat-sangat-sangat nak menghargai setiap readers and my beloved followers even silent readers sekalipun. bila aku ada masa terluang sure aku cuba balas and jenguk korang (poyoooOoo ar, macam la ramai sangat peminat). memula aku nak je bagi voucher metrojaya or parkson RM100 kat dia ni...as token tetiba voucher pun dah tak valid deeeek ooooi nunggu bulan jatuh ke riba. yelah bujang teruna macam ni sure la have a taste (not only testis wokey) kaaaan? lebih mudah tuk bagi voucher so bleh la shopping pe-ke-benda yang dia suka.

for next, aku belikan present...if dalam 30 ari henry zackery tak 'menyerah diri' sooooooOoo aku kepam this present + next special 200 followers. eh aku lupa yang bebaru ni aku jadi pengikut ajaran ayah pin yang ke 300 and punya la baik budi pekerti siap promo kat blogs dia dowh (w'pun salah dumping photo HAHAHA taksub sesangat tuh!) pe-pe pun thanks. sambung balik citer henry, if 30 ari aku still tak dapat nak delivery presents and anggap jelah ni post terbaek pernah aku buat untuk sorang pria ke seratus!!!


klik gambor tuk tumbesaran seimbang hehehe :)











note: kekacang kata aku 'haliza misbun'...pe ciiiiiiteeer? hahaha

Sunday, May 1, 2011

mr & mrs bobby

air pasang dalam surut pukul lima,
nyonya bangun pagi siram pokok bunga;
haloo nyonya, mau tanya sikit ma,
siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?
ari ni ari minggu…cuti ari buruh. baru la aku sedar aku rupanya buruh dowh...aku sangka istilah buruh tu hanya tuk pekerja ladang sawit jerk kahkahkah. celik je mata aku pun pelik pepagi buta lagi aku tengok kucing aku dah terkinja-kinja ngadap peti tv tu (macam pepaham jerk!) elok benor la tu che’ teh (gu-gurl) dah bersenam robik+poco-poco depan tv. korang tak caya? tolooooong la caya...aku tau weeeeey sebabnya pepagi tadi dia dah habaq kat aku.

ari bermalas-malasan di kampung, TEBEDU. korang ingat lagi tak citer mohd bobby aku yang dijodohkan dengan che'teh? kalo korang tak hengat sila klik sini! aku lupa nak buat preview yang both of them dah jadik mak bapak pada 6 cahaya mata (tapi cuma dua ekor je yang idup sebabnya ibu muda si che' teh tu tak gi kursus penyusuan bayi lagi) mak aku kata-lah.ko tengok je la si mohd bobby ni...supeeeeer poyo kan? mana tak semua bohsia jatuh chenta! guleng-guleng…elok sangat la tu sesekali dapat main kat laman (perintah berkurung), jakun ar tu! sia-sia je mandikan wangi-wangi. jap lagi siap la hang aku syampoo and campak dalam mesin basuh kasik dry cleaning hehehe dengan ucapan “jangan main pusing lelaju...takut mabuk mesin basuh” kahkahkah tak pe la nanti aku kasik pinjam hair dryer yang baru aku dapat tu...dah kusut masai bulu tu dah macam singa. pakai elok-elok and don’t forget, trim sikit misai tu...awak tu pria pujaan mana elok bermisai a.galak bagai dowh :)

mak aku pening kepala dowh nak pikir nama cucu baru dia ni. yelah mana la tau berbesan dengan kerabat diraja parsi ke? siam ke..? bleh la mak aku beli contact lens biru chantek bergaya. i tod nak bagi nama dia “meow” je sebab bila aku tanya che' teh dia nak bagi nama apa..? dia jawab “meooooow”. bila aku tanya plak kat mohd bobby…dia pun cakap benda sama “meow, meow, meoooow”. so, elok benor la aku tiak nama dia MEOW dan sekor lagi meow kuasa dua! ke "meor" hahaha bangsat tak bangsat la aku %*&@&^%$$#@!

aku nak tubuhkan suruhanjaya siasatan diraja ler...takut che’ teh main kayu tiga. dah datang tang mana kaler perang...si tompok-tompok itam bagai tu? aku fitnah la eh...che’ teh ada facebook sebab ada sekali tu aku ada baca tagline kat fuckbook aku “bapak kucing dicari...kesian kat bebudak ni tak kenal bapak sendiri, takut tersumbang mahram nanti” pwooooorrrh. ada sekali tu gak aku fitnah kat tagline aku ada appear “baru add pakwe sebelah rumah...keturunan parsi dowh” maaaampu..? chiiiiit pooooOodah.sejak bergelar bapa ni dia asyik emo jerk! nasib sultan tak bagi gelaran tun or tan sri!?! kalo tak lagi kekwat. yelah mana nak cari nafkah lagi...mana nak ngurat bohsia jiran sebelah lagi kan mohd bobby? ada sekali tu aku ajak dia lepak sambil peluk gomol, tetiba angin parkinson dia datang terus terkinja melompat mencakar tangan aku, signature item katanyeeeer by designer...grrrr.

dua tiga kucing berlari,
manakan sama si kucing belang;
kalo berani pi la kejar sekali,
sure ler ko kena cakar berbelang-belang gak!