Sunday, September 26, 2010
catchy-catchy
hurm, macam kisah sumpahan putera katak kaaaan? hujung minggu pantas aje aku abiskan buat aktivit bebas (elo, aktiviti bebas tu bukan seks bebas ye! aku masih suci hahaha toloooonglah percaya). korang mesti tanya apa yang best sangat aku buat ni kan? wo-wo-wo aku tak berlatih jadik oltromen dan aku gak tak berkempen nak selamatkan bumi. i'm not perfect cos i live on the planet biru where humans live. but there is no one else like me in this whole wide world (wah, sangat sesawang kerawang www.dot.com).
aku cuma nak cakap yang aku berpoya-poya tengok movie magika with geng mesin basuh. kalo korang ada masa pe kata korang pegi tengok? pelakon semua melethop! citer ni sangat la sempooooi, lite & easy penuh lawak. then, tak cukup buat aku epi aku pergi buat facial & spa with aida raffali kat tempat kak tye (dah lama aku tak citer pasal owner kedai yg bergetah se-ke-rap ni). banyak benda aku miss sejak idup sendiri-an ni…aku lupa. lebih seronok bila aku jumpa kekacang and dia bagi aku gucci (chup, aku bukan seronok sebab gucci tu tau…wa-lau-pun...sebabnya kami dah lama betul tak berkesempatan nak jumpa yelah sorang kat kl dan aku pulak kat ujung temasik ni) and paling cool when kami masih berkongsi saat-saat manis ni bersama tanpa kompromi and boleh gelak devil’s.
lately, aku sibuk dengan kerja opis sambil curi masa buat kerja haraaaam. aku dah ter-setup satu group zapin macam klik chengalesari dulu (time muda jelita kat universiti) dah 7 tahun aku tak menari depan audien tuk persembahan amal. suuuuuuurprise, nantikan kemunculan kembali on raya event ni…so, aku busy ajar bebudak menari zapin johor and sangat la exciiiiiited giler!
oh ya, sebelum aku lupa…aku akan buat private party macam kat bawah ni. so, sesape yang dah terima invitation kad tu…please reply for RSVP. bertembung pulak dengan majlis konvo my lil sis. aku tak dapat nak ajak semua orang kat party ni sebabnya aku bukan anak owner persada johor or pemilik stadium larkin hahaha. mana yang tak terjemput tu, cuba lagi tahun hadapan (wah! macam gores & menang) haaaaaih...capek. ruang ati aku pun masih tuk disewa. mana-mana yang menjemput open house @ syawal dan tak sempat aku nak singgah tu...maaf ye kekawan sebabnya aku takde pintu masa doreamon (kompem korang kata aku kekwat kaaaan? sorry dear).
so, i don't always wear the right clothes and i don't always use the right shoes. my memory sometimes fails me and i don't look like a fashion model. aku tak tipu korang kan yang aku busy? bak kata “bunga melati” : kalo tipu tu boleh dapat duit, so ari-ari aku menipu! hoooOooyeh : )
love, peace & respect.
Tuesday, September 21, 2010
post esok
nape aku suka raya?
sebab aku boleh cuti!?! lalala.
tambahan pulak september 11 dah takde letupan lagi…yang dengar cuma dentuman meriam buluh dan mercun. mana ada orang nak hijack kapal terbang lagi tuk tebang bangunan?
itu ari aku nak pegi penjara muor…tv kata ada open day (a-la-mak kaaaaantoi!) chup, masih beraya kat TEBEDU ni. mak kita tanya kita “awak nak ke mana chantek-chantek ni?” ko berani bantah soklan permaisuri agung..?
“open house”
“yelah nak ke mana?”
“nak pegi penjara maaaak!”
“ko nak lawat sape kat tempat orang jahat tu?”
“nak lawat benjy...anak kak yan irdawaty yang bancuh dadah tu”
huh, ko mampu nak beraya bersama artis dalam penjara…mampu? beyonce vs lady gaga-h sesangat kaaaaan? tak semua penjara tempatkan orang jahat sebab aku pasti itu tempat tuk mencari baik orang. chup, lepas tu aku tak jadik nak pegi penjara muor sebab sibuk ngadap tv kes pembunuhan jutawan sosilawati.
aik? kat luor penjara pun ada orang jahat? kaaaaan?
Saturday, September 18, 2010
cicak kobeng : chit-chit-chit!
just a plain, simple mug that you might find at kedai dua ringgit along with countless others of various sizes, shapes and colors (haaaiiiih, kedai dua hengget pun dah naik harga la ni).
with so much love in my cup, there’s no space left for anything else. if someone tries to give me a gift of their hate, anger or shame – well, i just don’t have any room for that in my cup. and as my cup goes about its business, it likes to spill a little love into the other cups that it encounters, so long as those cups have some extra room and the desire. and all the while, i’ve noticed something very peculiar: the more love i give to others, the more i have left to give (terbaaaaaaiiik dari ladang!)
Tuesday, September 14, 2010
{best + ch@m's!
separuh dari hatiku
ingin terus tinggal bersama denganmu
sehingga umurku membawa
kembali ke hari pertama
pasti aku tunggu
aku mula dengan baru
aku pulang ke asalku
membiar kau mengisiku yang pudar
bertahun bersaksi berbagai
patah tumbuh hilang berganti
pasti ada kamu
selamat pulang rasa
ke asal jiwaku
selamat kembali aku
ke jalan lurusmu
selamat datang cinta
ke ruang hatiku
hari ini yang menunggu
hari yang selalu penuh baru
bergema sempurna
dalam diri yang teruja
jiwa penuh cahaya
menghias setiap sudut alammu
dapatkah kau rasa?
apa yang ku rasa?
engkau dan aku
sama tahu
harinya telah tiba.
your best day...
selamat ulang tahun sayang : )
Saturday, September 11, 2010
snake plate’s
nasib la ada sepupu mak kita yang datang beraya time tu, so dapat la aku tengok show free menangkap ular live telecast gitew! macam rancangan crocodile hunter tu. aku..? comfirm la control jelita depan abang-abang kando tu (hehehe) ko nak mampus nak suruh aku tangkap ular tu sekali, ular senduk tu? (ko hengat kalo aku dapat tangkap boleh la aku guna buat senduk kuah lodeh kat dapur?!? or guna as costume tarian ular? adooooyaai) silap-silap ari bulan kang aku pulak yang beraya kat spital. abang tu memang pro-lah, dia tangkap guna tangan (guna jari puuuuuuun boleh macam iklan syampoo) tangkap ular senduk satu meter tu dengan slumber beb (dia tak kasik pukul sebab time tu senjakala, takut “berpunya” kata dia la…) takan la aku nak inter-frame-view ala-ala misteri nusantara pulak kaaaaan?
aku tak snap photos ular tu, but aku sempat la jengah ular kaler hitam tu. kalo keringkan boleh gak aku buat rendang dan kulit dia dijadikan souvenir belt kulit tuk korang (hadiah tetamu beraya bertuah kaaaan..?)
ni linda's family...my skool-mate @ best friend @ gossip leg's : kita orang tak boleh nak jumpa and asyik nak mengilai pontianak jerk if berjumpa. rindu kat ko la beb! dah dekat 20 tahun kita kawan. thanks layan kerenah aku yang masih giler ni.
ada cerita lawak gak tengahari tadi dalam aku sibuk-sibuk layan best friend aku beraya. si nonet sibuk la merengek nak mintak lunch dia. memandangkan aku candle light time terik mencarak matahari dek kerana lalat yang tetiba sibuk nak beraya sama. kononnya, entah mitos dari kerajaan langit mana ntah dia orang kata kalo pasang lilin nanti lalat lari…takut kat api (haaaiiih, kalo aku cucuh ko dengan api pun sure ko lari kaaan?) aku ikut jerk arahan permaisuri agung tuk pasang candle tengahari buta. then, si nonet yang nge-ngada berahi bersuara bitchy tu pun leset-meleset la…tup-tup bau hangit!?! hangus sebelah misai dia HAHAHA (gelak devil's) tu la sape suruh buat aksi pussycatdolls raya-raya gini? insaf jap!?! kan dah hangus misai tu!
“aku dah cakap, kucing betina mana bleh ada misai..?”
hahaha aku masih gelak guleng tengok muka nonet terpisat-pisat kompius. lain kali kalo nak beraya pe kata ko shave dulu misai tu nonet...ko kan betina, nape nak bela misai? (nak lawan misai aku la tu...yang jambu : )
hati yang kau ke-pot-i
intro tak boleh blah...aku tibai jerk doa masuk masjid tu, hahaha supaya korang kagum. ada macam ustaz ismail kamus tak? kamus oxford kaaaan?!? hujan renyai-renyai mengiringi pagi syawal pertama.
ace of base suara kejantanan (jantan ke..?) memecah takbir sejuk kokol risau kalo-kalo terkepit suara siti nurhaliza bertakbir pulak : ) aku bukan apa...risau peminat kata aku kekwat sebab tak bagitau beraya kat kampung ni hehehe. selesai solat aku tak lepaskan mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan orang-orang kampung (bukan orang-orang kat tengah sawah tu tau) sambil diiringi selawat nabi. ternyata sebahagian besar daripada mereka adalah muka-muka yang aku tak kenal langsung...generasi tua yang membesar bersama-sama aku telah tiada (sebahagian lagi membuatkan aku rasa di luar negara, terasa bersolat dikedutaan besar malaysia di indonesia hahaha). setiap tahun aku tak melepaskan peluang tuk bersalaman dengan mereka (kiranya macam sesi bertemu peminat la gitew!) bagi aku takan ada yang muda kalo tak dihormati yang tua.
plan memang nak update blogs malam tadi, tapi seruan ilahi mengatasi segalanya...ngantuk doooooowh! beruk-band aku pun lembabnya macam siput vavi paralyze mengesot, terlebih ketupat...ko mampu mengatasi rekod menaip or kelas trengkas paling pantas? kan aku beraya kat tebedu ni...sure la takde 3G (gemuk’s, gebu gaban : 3G a.k.a aku la tu!)
maaf takde ayat-ayat chenta, puitis guleng-guleng hindustan...sebab aku sibuk kat dapur cum bibik yang chantek melethoooop macam paris hilton (sambil kibas-kibas rambut kepok-kepok) lagi pun beruk-band aku dah bertemu chenta kat atas pokok getah, sibuk bergayut dengan mata air baru dah macam beruk pakai lipstik aku tengok hahaha.
salam lebaran.
Friday, September 10, 2010
Tuesday, September 7, 2010
se-pe-et nyer budak :'P
aku toleh kiri kanan semua sibuk berasak manusia terkinja-kinja macam bapak dia orang baru menang loteri, telinga pula diasak lagu raya merintih sedeeeeey. motip? nak aku nangis after perhabiggggh ber-shopping bagai ni? hengat aku shopping guna duit sembahyang cina mati? arrrrrh, forget it…aku sibuk beli seluar pendek, seluar katok…tup-tup baju kerja dan entah beberapa helai lagi seluar kerja baru yang tak berkaitan langsung dengan hari raya. bagi aku raya hanya “reunion family”. and now only a few minutes family and friends gather around the table making small talk awaiting the moment...silence...bersederhana tu kan lebih bagus (wa-lau-pun dah dekat dua ribu ko shopping benda haraaaam..? nasib tangan tuhan mahabrata yang banyak tu ko tak boleh ke’pak tuk pinjam?) therapy beb hik’s.
sedang aku sibuk mencuci mata tayangan amal ramadhan, tetiba jerk ada suara mulus ala-ala mistik ghost whisper mencelah potong stim (elo, setan semua dah kena rantai…kalo terlepas pun, cuma ko sekor kaaan? kan?).
“ko pakaikan la dia baju!”
“eh ko la pakaikan...?”
“haaaaiiih, ko la...ko la pakaikan..!?!”
dah la kak...kesian saya tengok patung tu separuh bogel, sejuk tu (apakah? ngko hengat aku tengok free show or tiger show?) hahaha.
syok huh kalo duit dapat diphotostat...tengah orang sibuk break fastin’ dan aku pulak sibuk selak kain gulati’s, tenang sikit tak bersesak dengan manusia (ko pernah ke bersesak dengan binatang?). apa susah-susah nak cepat berbuka tuk batalkan puasa, korek hidung pun batal pe? hahaha. then, bila aku lalu depan kedai barang lima hengget tu tetiba aku terbayang kalo la pompuan tukang jual ni sambut aku time-time raya nanti...tak ke naya?!?
“selamat datang...semua barang lima hengget, tak beli tak apa...sila bang...”
pitam* mau muntah darah kalo dia yang sambut aku depan pintu rumah sambil guna dialog jual barang lima hengget dek tersasul sebab selalu sangat praktis dah macam gospel time open house raya!?! (jeles la tu...ko mampuuuuu?) ya ampuuuuun buk!
weeeeey, aku dah selim meliiiiiim ni (sambil tahan nafas) yang tepi tu semuanya otot eh...sila-laaaaah percaya, cheeeewah :’p
Sunday, September 5, 2010
Wednesday, September 1, 2010
ntah pe-pe jerk!
:: finger lickin’ good ::
pantai senibong yang for-fu-lar kata nyeeer...no GPS wokey hik's terasa macam rancangan realiti survivor!
ari tu masa aku berbuka dengan aida raffali (our photographer) she came with idea giler time borak-borak before abiskan duit to window shopping bebarang hantaran (sebab dia sibuk nak mengawan).
“hi afternoon, having here..!”
“yes sir…”
“one set of tengkuk hayam hot & spicy and tongkeng hayam…extra cheesy”
yang adooooor, hahaha…hidup ni penuh dengan gelak tawa (aku tak pasti la sama ada setan betul-betul dah kena rantai bebulan puasa ni or not..?).
:: setiausaha sulit ::
setidak-tidaknya aku dah berusaha : )
kalo aku published gambo ni dalam world habitat...sure menang :D cannibal holocaust kaaaaan? lucu banget.
:: ayam masak lemak chilli’s padi ::
first ramadhan aritu aku teragak sangat nak makan masak lemak gulai ayam. so, dua ari berturut-turut mak masak benda ni...aku makan macam mangsa kebuluran somalia dowh, buruk lantak dapat gulai lemak macam dah kena sogok dengan daun ketom. yelah ko...dah dua bulan tak balik kampung (motip?!? macam jauh sangat la JB-muar tu?) tunggu airport senai siap. aku jumpa irfan & irshad and aku jumpa bobby (farmville baru mak after popoo passaway).
pose tuk album raya "kepulangan yang dinanti" hurm, aman shah la sangat...