Thursday, December 2, 2010

kumpulan gitar rancak

black, black, black and blue, beat me 'til i'm numb, tell the devil i said "hey" when you get back to where you're from.

gelagat beruk-beruk berpolitik. camtu la bila dah pandai berkawan dengan hanjing dan gagak itam…tak abis-abis nak menyalak dan menguak, eh…salah eh? hahaha aku sibuk berpolitik (toloooong la percaya) banyak betul kes-kes di bawa ke mahkamah kebelakangan ni sampai tak sempat aku nak bagi-bagi masa macam berbagi suami tu.

bahang kempen politik dah semakin terasa. agenda rakyat nampak macam yea-yea-ah je! piiiiiiiiiiiirah. dah nak pilihanraya baru nak jual minyak.

eh pesal aku nak tulis pasal harga baju tetiba jadi post serius ni...derm* banyak benda aku tak faham...contohnya semalam aku jumpa tailor nak buat baju kurung melayu. terperanjat aku bila harga sepasang jahit baju melayu dah rm60. padahal baru raya lepas naikkan harga rm45 / rm50. as regular price yang dah masuk tahun kelima aku selalu dapat rm45 je but tup-tup naik rm60. uiiiiish, mahal tu? terbantut niat aku nak bantu pakcik OKU yang sekarang ni semakin demandin’ (tuntutan harga semasa katanyeeeer). so, camner tu?

harga minyak naik seposen...kopi secawan pun naik seposen. harga ka-ci-pup mak esah ujung simpang pun naik seposen. panties liner pun naik harga. camner eh dia orang kira kos dengan harga barang ni..? kekadang tu langsung tak berkait dengan harga minyak naik. hurm, pakcik OKU tailor tu contohnya...cuba korang bagi persempelan kali darab algebra or kalkulus ke apa kait mengait menjahit dengan harga minyak naik seposen?!? (kalo korang dapat jawab aku bagi coklat ding dang plus kopok tora hahaha).

tambah aku tak faham tetiba kawan aku si adi don tanya “berapa kali aku masuk tandas dalam sehari?” arrrrrrhhhh, banyaknya soalan pelik!?! sebenarnya aku cuma nak cakap yang aku baru nak belajor menjahit, tu je…sekian.

Wednesday, December 1, 2010

macam monyet pakai lipstik :)

bila kebosanan menghantui minda, segalanya menjadi mungkin dan indah "...may you have enough happiness to make you sweet, enough trials to make you strong, enough sorrow to keep you human & enough hope to make you happy..."

amboooooi tak hengat anak dara sorang ni, kuning pinang masak siap pakai blusher lagi, ko mampu? pagi tu dia takde mood nak tegur aku...tapi aku tau 'dalam ati ada chenta kan?' kaaaaan? FYI, nama si chomel ni nuri chenta.

...dan yang ni pulak aida raffali dengan stok gegeli boyfriend barunya. woooo, patut la ramai jejaka hensem cuba tackle dia buat tak layan....rupanya nak boyfriend yang banyak bulu eh? hahaha.

masa aku nak amik gambo dia, dengan pantas dia pose daring ala-ala marilyn monroe. uish, over acting la uooool's. nama dia mongos chepelai (sound like siamise...karrrrrp).

yang ni lagi kekwat...aku tanya nama dia langsung dia buat deeeek je, tau la bulu dia kaler-ful. whatever, I LOIKE!!! sambil gelak-gelak manja bersuara kepit :'P

pwooorh, yang ni sure korang kenalkan? tengah feeling tu...syyy.

ouch, dia ni memang ratu! terpaksa la aku buat istiadat sembah ratu sambil serah crown!?! kaler dia memang perfect sambil catwalk macam pak haji bakhil jalan gitu. contact lens dia kaler merah tu...mampu? tetengahari buta pakai lens merah..?

sempat gak aku pesan kat pakcik peberet aku yang sekoq ni "elo, unta kat padang pasir pun tak malas macam hangpa noooo" eleh, aku tau dia jeles sebabnya aku tak perlu buat show charity on sunday. aku suspect la eh pakcik ni ada kait mengait dengan sejarah si bongkok tanjung puteri HAHAHA *dush.

dalam cuaca yang panas tak menentu ni, pe kata korang cuba berkubang sama dalam jacuzzi. ada berani? sempat gak aku main "pukul berapa datuk harimau"...oh-oh-oh toksah jawab la!

hurm, akhirnya watak utama muncul...macam monyet pakai lipstik. hek-e-leh saja je nak over shadow aku, hik's.

now, time aku pulak over shadow...in life, nothing lasts forever. so, just live it up! laugh it off, avoid all the drama. take chances & never have regrets! (chomel tak?) let's go to the zoo baby.
.
.
.
nota: harga tiket masuk semurah RM2, sepenuhnya dibiayai oleh
Kerajaan Negeri Johor (sponsor amat-amat dialukan) have fun, enjoy it!

Saturday, November 27, 2010

bu69legum

masa aku masih study form 5, aku ada kawan…nama dia ameer. dia ni memang mafia + lauya nyer budak. kiranya kat dalam kelas tu dialah yang paling poyo cap kipas udang. ada jerk benda giler dia nak buat. aku as jiran sebelah table dah lali dengan lawak hanjing dia. tapi dia sayang kat aku, selalu protect aku tak kasik jantan tackle aku. ada sekali tu budak kelas sebelah main mata dengan aku pun dia toucher gileeeer babi (babi pun tak giler macam dia la). kalo time tu ada jual cawat besi...dah sure dia pakaikan aku cawat besi. aku ingat lagi dia cakap “aku takmo ko jadik bohsia” berani ko tak hangguk time tu, hitler ni bagi amanat depan ko mau dia gantung kat tiang bendera separuh bogel kalo ingkar perintah!

ada sekali tu, time tu kat kelas fizik. dia ni memang habit la suka keluar time gap kelas. bila cikgu lain nak masuk kelas je, dia pun gone by wind. bila gone by wind je cikgu pun masuk kelas...adooooi. so cikgu fizik aku pun tanya la kat dia one day tu.

cikgu: ameer awak nak gi mana?
ameer: tandas cikgu
cikgu: aik, time kelas saya je awak ke tandas?!?
ameer: emergency nak buat camner?
cikgu: awak buat pe lama-lama kat tandas selalu?
ameer: kita orang buat pertandingan sape bleh pancut kencing paling jauh...*dush

HAHAHA, aku memang tak boleh tahan gelak time tu. cikgu aku ni pun satu...dah nama pun tandas sure la nak memerot or buang air kencing or paling dajal pun “meracun diri / fogging” or hirup air kolah. hangpa ingat tandas tu taman tema sunway lagoon??? wakakaka.

last aku dengar suara ameer 13 tahun lepas. aku rindu kat ko la ameer. kekadang lawak bodoh ko buat ko brilliant.

Friday, November 26, 2010

super-lah!

ari jumaat selalu je buat aku nampak hebat macam super hero. aku jatuh chenta berkurung melayu teluk belanga…salah satu sebab kenapa aku masih berpaksi dalam jati melayu johor.

dalam aku menghela panjang mengelamun teringat aku pada kak tijah anak tokey café cum kedai runcit kat kolej universiti dulu. apa citer gaknya dia? dah kaya kot? ke makin jelita?!? dia la tempat aku nak borak balik dari kuliah, tempat aku beli sabun, beli colgate, beli koyok, beli memacam-lah. aku bukan apa…kalo teringat kat dia selalu je rasa nak luku kepala dia; tiap kali aku datang kedai dia sure pekik “uish, chantek…ko nak beli pe?” tetiba jerk aku rasa blusher macam nak kena pinang pak mat mesin rumput…dush* macam haaaaareeem!

watak super hero tak selalu ensem…kekadang tersalah kostum gak hahaha : )

kak tijah kalo ko ter-baca blogs aku yang aku kompem ko tak baca, aku rindu “biskut mayat” ko…sedap tu kalo pekena dengan kopi. chup, ko patut bangga tau dengan aku sekarang sebabnya bukan ko sorang jadi tokey, aku pun tau! kedai aku ada banyak menu sesedap, furniture melethop, deco superb…kekadang aku saja hilangkan pintu kedai aku sebab takmo ramai sangat datang melahu kat “café world” aku. ko maaaaaampu?!?

hahaha

Sunday, November 21, 2010

dear tijah

semalam aku amik pil selsema sebabnya banyak benda yang cross over otak aku (so, aku kena tido dan tenangkan diri). hasilnya, oh superb! aku terkangkang separuh bogel telanjang macam pompuan jalang. tapi pagi ni aku bangun-bangun tengok jam dah pukul 10 pagi tapi cuaca macam baru lepas subuh, pwoooorrrh! elok la tu anak dara bangun lewat (cececeeeeh dara lagi pe?).

elok la mimpi tak singgah malam tadi, sempat gak nak berkemban pagi ni. dah lama aku tak melepak dengan kekawan hingga lewat pagi. semua tu aktviti yang dah makin aku kurangkan. dia orang kata aku “youtube smoker” hahaha. yup, aku dah berhenti jadi social smoker!!! ke clubbing pun lama dah aku tak jejak.

mata sepet manja-manja aku genyeh sambil sambung taip blogs. hurm, malas sungguh nak buat sarap. aku kuak esbok…pisang benyek dah separuh masak (elok lagi “pisang” aku hahaha) bikin cekodok? hidup aku ari-ari makan ayam-ayam-ayam dan kalo ayam tu bleh bersuara kompem dia orang berpiket menjerit …mak haaaaayaaam, takut gue! tekak plak teragak baked cheese macaroni tgif, adooooi.

lek-e-leh pil selsema tu tak mampu lupakan hal semalam hinggalah aku jumpa surat tijah.

aku pikir surat tijah ni lagi power dari pil selsema semalam hahaha.

Saturday, November 20, 2010

sOmewhere over the rainbow

somewhere over the rainbow
way up high,
there's a land that i heard of
once in a lullaby.
somewhere over the rainbow
skies are blue,
and the dreams that you dare to dream
really do come true.
someday i'll wish upon a star
and wake up where the clouds are far
behind me.
where troubles melt like lemon drops
away above the chimney tops
that's where you'll find me.
somewhere over the rainbow
bluebirds fly.
birds fly over the rainbow.
why then, oh why can't i?
if happy little bluebirds fly
beyond the rainbow
why, oh why can't i?

Thursday, November 18, 2010

SIRI DUA

semalam bila aku post “dikala rembulan bla, bla, bla” semua orang tanya kat aku…are you ok? sebenarnya aku ok je dan raya aku memang superb! takde sebab aku nak rasa tak ok melainkan ok-ok semata. aku bangun pagi dengan kekwat sambil cakap “mak, arini takmo solat raya eh hehehe” then aku masuk bilik air sambil jerit “mak, kita pinjam berus gigi mak eh?” aku masih belum gagal tuk beraya dengan family atau disumpah menjadi tanggang! hidung kembang masih bangga menyedut oksigen berselang seli karbon kereta. walaupun TEBEDU tu tak la jauh sangat macam timor leste, tapi aku bangga jadi orang kampung.

dalam hidup ni aku cuma menyesal beberapa perkara. pertama, tak jadi anak yang baik tuk emak abah aku yang cuba mendapatkan benih sperma & ovum terbaik…sebabnya aku sendiri tak cuba jadi baik (tu salah aku dan bukan korang, tu kan mak abah aku seeeeengal). kedua, aku menyesal tak jadi kekasih yang setia padahal aku dah cuba “sehabis baik” macam lirik lagu pengangkap muda darjah 4 tu. ketiga, aku menyesal pindah SINI semata-mata nak selamatkan hubungan aku yang dulu retak (berhenti kerja freelance editor) dengan buah hati yang dah pun tinggalkan aku, berkahwin, beranak pinak tak pikirkan aku lepas tu (terasa macam bohsia kena tinggal oleh mat rempit tepi jalan). hurm, cukup la tiga sebabnya nanti korang muntah darah kalo tahu yang ke empat! bagi aku, kalo aku tau kitab amal aku dan begini jadinya…aku lebih rela ditindas guna kuku jari mak abah aku masa mula-mula jadi zigot lagi!!!

::sub-siri::

ko mampu adakan siri post? macam siri cerita “bercakap dengan jin” tu? orang kata ayat aku bahasa tinggi. so sekarang ni berbanding 2008 aku dah downgred bahasa melayu aku ketahap “pasar lambak” dan kalo korang tak paham gak, aku rasa ada baik korang tukar kerakyatan-lah.

engkau ada 24/7 dalam hidup aku. tido sama, makan sama, mandi kat jamban sama-sama, malah ngumpat sesama, gelak sesama, semuanya sama. aku kira tarikh raya, ko kira tarikh period. aku lari kepit-kepit, ko lari rempit-rempit...hurm, tu pun aku kira tau dalam rekod paralimpik. takan la sebab aku sedawa bau sambal lada korang hina aku camni? aik?!? hari tu dia tanya...

pendekar mastor: nape cik karim tak pegi?
anak cik karim: malas la kak, MACAM BOSAN je!!!
jawapan aku: abis tu kalo ko rasa macam bosan, so ko tetiba je buat keputusan tanpa amik kira aku ni sebagai “kawan” ko yang ko panggil “abang”…abis tu aku nak tanya korang, MACAM BEST KE AKU NI SESORANG?!?

aku tau aku tak baik…sebab suka suki tunding jari telunjuk bertahi idung kat korang, padahal aku simpan tiga jari lagi hina bertahi palat kat aku (aku ada jari kanan lima, kiri lima sebabnya aku bukan OKU wokey)! tapi aku sedih korang simpan lagi 10 + 10 jari tak kira jari kaki lagi (bergabung) tuk tikam aku. biar aku defenisikan “abang”…ops, aku search online tapi aku jumpa abang-abang yang lain “abang sayang” gitu! uish, pelah tenet ni, korang cari la sendiri kamus dewan bahasa.

maksud aku, kalo korang ni dah aku anggap macam adik beradik aku dan abiskan masa dan buat segala benda bersama-sama dah kenapa bila tiba bab “NI” korang takmo discuss dengan aku?!? satu soalan aku “korang maksum? terima mukjizat pada saat akhir? tu yang buat keputusan tergesa-gesa???” atau “mak korang tak kasik kawan dengan abang kepit tu sebabnya dia sedawa bau sambal?!?”

sampai hati korang erk?

kalo korang jadi aku, dah puas aku tetapkan 7 syarat puteri gunung ledang menyembah murka titah permaisuri…

honey bee: beta titahkan tuan hamba pergi ke temasik.
patik: sembah ampun tuanku, jika tuanku hendak membawa patik…sila la dibawa bersama hang tuah, hang lekir, hang li po & dayang istana tuanku (itu syaratnya yang ke 7.5 patik merapak sembah)
honey bee: utuskan bendahara menyampaikan titah pada daerah indera-penguasa sebelum disebar khabar ke pengawal perancang & jelata balik bukit…pwoooooorh ko mampu?

benda senang mak aku cakap memang orang tak pandang. tak rugi sesen pun tu yang senang-senang duk sepak terajang! dah aku jaja muka, bila dapat laba...korang senang-senang lupa. abis tu aku ni nak cakap apa?!? korang akan cakap “PEGI MAMPUS LA...SAPE SURUH KO BERSYARAT!” tak timbul isu korang pergi atau tidak TAPI ini soal perasaan…soal hati! yelah, aku abang (tu pun bukan aku yang panggil) beralah je...dulu mak aku tak bagi susu badan asyik menetek dari tin susu lembu, tu yang otak aku macam otak tin susu lembu gak. bingai, selalu silap pilih “kawan”. aku belum pernah jumpa adik beradik lapah daging + babat adik beradik dia sendiri dengan harapan “arrrrrh, aku dah lepas…ko pikir sendiri”.

moral of the story, aku malas nak gaduh dengan “adik[BER]adik” sebabnya aku sentiasa simpan dalam ati ni…ko dah cukup tua!

“tak salah sekali sekala kita mengalah untuk menang, tak guna kalo kita menang tapi sebenarnya kita kalah!”




nota:

tanah kelikir mana la tuhan jadikan aku...keras ati betul!
p/s: bagi 3 reason kenapa aku tak cukup baik tuk engkau...sepanjang setahun...urm satu bulan ko bebuat “kawan” dengan aku??? aku nak sembah tuhan baiki hidup aku yang lagha...