Tuesday, May 1, 2012

PERI CENDERAWASIH

one of the most wonderful thing about a woman is how much they ACTUALLY care about making the first impression. BEING the grand entrance.
.
untuk itu, mereka begitu sanggup berhabis segala untuk berchantek-chantek dan bermolek-molek. setting rambut beratus ringgit atau kalo berhijab bukan main kainnya siap kerongsang bagai diselit-selit. wajah dipalit warna kemas, pakaian rapi digosok keras.

masalahnya…all the
y care is making that FIRST impression, or the second, or third. masuk tahun kedua perkahwinan, JAHANAM. selekeh…serebeh semua tak peduli “so, what? i sudah ada laki”.

.
suami adalah lelaki; dan lelaki adalah selamanya budak kechik. mereka sentiasa suka mainan baru. Kenapa agaknya kau rasa mereka suka main robot-robot? dan perempuan suka main mainan yang SAMA bertahun-tahun tak pernah jemu?
.
budak lelaki: main robot sampai jahanam, beli baru tak ada hal.
budak perempuan: main patung sampai bertahun, sampai tercabut anggota tetap kawan berbual.
.
lelaki SUKA benda kemas, bersih. WALAU dia yang lasak sampai berkecah. perempuan TIDAK PEDULI buruk serepih. ASAL dia sayang, semua dia tidak kisah.
.
learn.
.
learn to find that point in the middle. meet each other half way. marriage is work. orang tetua kata, sebelum kahwin lelaki macam orang gila nak pastikan perempuan yang disuka jadi miliknya. selepas kahwin, kerja perempuan untuk jadi gila memastikan lelaki dinikahinya terus miliknya.
.
tak usah sibuk dengan benda “nak aku jadi isteri pandai masak…kau tu bukannya reti jadi imam” bullshit yang dikongsi-kongsi itu. kenapa kita perlu jadi pasangan tidak ikhlas dan mengharap “adil” yang terpesong itu?
marriage IS work HARD. tolong BERHENTI percaya gula-gula filem hollywood tentang magik dalam perhubungan. harap sesangat lelaki macam aaron aziz itu wujud. hadap sangat suami-suami macam fakir dalam ayat-ayat chenta itu hidup.

deq noooooooon, dalam filem MEMANG lelaki yang sujud dahi menyembah wanitanya. ma-sa-lah-nya…perbuatan “sujud” itu pun sudah tak ada logiknya. kalo nak suami sempurna kita KENA sempurna dulu dan KALO kita sudah sempurna…dapat suami jauh dari itu kenapa naik hantu? dapat suami jahat? asiah dapat fir’aun. dapat suami mulia? isteri noh macam mala’on.
.
tak ada matematik dalam perkahwinan. kita jadi terbaik, suami macam iblis. dapat suami terpuji, kita macam najis. semua takdir tuhan DAN kerja keras. semua benda dalam hidup ADALAH kerja keras ~ ngee LOL
.
make EVERYDAY a new day. make that every new day something new. BARU kau rasa karen-karennya (renjatan chenta).
.
dah 5 tahun kahwin pun perlu ada malu-malu. baru suami seronok hendak usik-usik kacau-kacau malu itu. kalo jenis baru masuk setahun sudah serebeh tak ada segan...jangan mengaruk kalo sang laki angkat kaki cari perempuan (tu nasib kalo pompuan...kalo separa camner? hahaha) memanglah nasib juga. rasa dah buat segalanya tapi tetap dia ke sini-sana. itu kerja tuhan kita...setiap rezeki takdir yang ada.
.
tapi aku selalu pegang ini, when we say ”we did everything”...how SURE are you…we ACTUALLY did everything? Sebab, kita cuma pandai kata. deep inside, kita tahu kita bagaimana :)
.
apa kata, hari ini kita buat something EXTRA untuk mereka. start this game. doing this SUDDEN cute thing...apa pun jua, di ari ini yang bukan apa-apa. TAPI...JANGAN harapkan mereka akan balas perkara sama di bila-bila. Kalo tidak...tak jadi.
.
cuti separuh hari-balik-kemas rumah dan masak makanan kegemaran dia ke? beli gift voucher untuk brand kegemaran dia ke? apa sahaja. yang penting BUKAN benda yang KAU suka...tapi DIA yang suka (sebab aku tau banyak perempuan paksa pasangannya suka APA yang dia suka macam tengok wayang atau main bowling seumpamanya).
do it! (wah, macam iklan nike) and see how he sparkles (va-va-voom!) nak tengok sangat magik kan? itu…dalam mata dia >.< selamat berchantek-chantek untuk suami ari ni.

2 comments: