tapi dah dua ari aku tak rasa ghairah camtu.
boleh tak aku nak bersembunyi disebalik semak dunia tuk seketika waktu? tutup mulut dengan gam yang paling kuat? sebab aku rimas dengan plot yang penuh pura-pura camni. semalam aku lihat dia orang datang dengan cerita yang penuh busuk dan keji. hari ini aku lihat dia orang pergi dengan pelukan dan puji.
apakah beza hipokrit dengan menjaga hati?
semua ini benar-benar menyentuh hati. hati aku kechil dan sebab itu aku berkechil hati; aku sepatutnya sedar. aku sepatutnya tidak keluar dari daerah sendiri - dan bermigrasi lalu menjadi sebahagian dari watak antagonis tu.
tinggalkan aku sendiri (selamanya), walaupun kekadang menyakitkan. aku tak pernah minta untuk dihiburkan. aku tak sudi pun!
aku dah lama jadik orang nombor dua, jangan jentik ditempat sama... sebabnya yang lain dah selalu menjentik kat situ. aku tak pasti kalo kali ni aku tikam kat kedai ah pek dan dapat pemadam, bleh ke tidak tuk padam perasaan yang aku rasa sekarang ni..???
why do we hurt the one that we love the most?
[g U b r a]
hipokrit tuh mcm berpura2 sbb nak jaga imej dari di kejis oleh org yg kita sayang manakala menjaga hati tu sbb tak mahu menyakiti org yang kita sayang...
ReplyDeleteeh macam sama aje...ntahlah...kompius pulak....baideway jangan sedey2 ok....life goes on no matter what happens..
pasal ni la..jugak..salah satu sebab musabab nyer..nak jaga hati sendiri dan org..beralah... tutup fb terus.. :( haihh... hold on there! hugss**
ReplyDeleteaku pernah main tikam-tikam, dan dapat yo-yo.
ReplyDeleteaku sedar, dunia ni macam roda. kejap kat atas, kejap kat bawah.
tapi yang tak best, bila selalu sangat kat bawah.bila nak naik atas?
crOss finger (",)
ReplyDelete