Saturday, November 27, 2010

bu69legum

masa aku masih study form 5, aku ada kawan…nama dia ameer. dia ni memang mafia + lauya nyer budak. kiranya kat dalam kelas tu dialah yang paling poyo cap kipas udang. ada jerk benda giler dia nak buat. aku as jiran sebelah table dah lali dengan lawak hanjing dia. tapi dia sayang kat aku, selalu protect aku tak kasik jantan tackle aku. ada sekali tu budak kelas sebelah main mata dengan aku pun dia toucher gileeeer babi (babi pun tak giler macam dia la). kalo time tu ada jual cawat besi...dah sure dia pakaikan aku cawat besi. aku ingat lagi dia cakap “aku takmo ko jadik bohsia” berani ko tak hangguk time tu, hitler ni bagi amanat depan ko mau dia gantung kat tiang bendera separuh bogel kalo ingkar perintah!

ada sekali tu, time tu kat kelas fizik. dia ni memang habit la suka keluar time gap kelas. bila cikgu lain nak masuk kelas je, dia pun gone by wind. bila gone by wind je cikgu pun masuk kelas...adooooi. so cikgu fizik aku pun tanya la kat dia one day tu.

cikgu: ameer awak nak gi mana?
ameer: tandas cikgu
cikgu: aik, time kelas saya je awak ke tandas?!?
ameer: emergency nak buat camner?
cikgu: awak buat pe lama-lama kat tandas selalu?
ameer: kita orang buat pertandingan sape bleh pancut kencing paling jauh...*dush

HAHAHA, aku memang tak boleh tahan gelak time tu. cikgu aku ni pun satu...dah nama pun tandas sure la nak memerot or buang air kencing or paling dajal pun “meracun diri / fogging” or hirup air kolah. hangpa ingat tandas tu taman tema sunway lagoon??? wakakaka.

last aku dengar suara ameer 13 tahun lepas. aku rindu kat ko la ameer. kekadang lawak bodoh ko buat ko brilliant.

Friday, November 26, 2010

super-lah!

ari jumaat selalu je buat aku nampak hebat macam super hero. aku jatuh chenta berkurung melayu teluk belanga…salah satu sebab kenapa aku masih berpaksi dalam jati melayu johor.

dalam aku menghela panjang mengelamun teringat aku pada kak tijah anak tokey café cum kedai runcit kat kolej universiti dulu. apa citer gaknya dia? dah kaya kot? ke makin jelita?!? dia la tempat aku nak borak balik dari kuliah, tempat aku beli sabun, beli colgate, beli koyok, beli memacam-lah. aku bukan apa…kalo teringat kat dia selalu je rasa nak luku kepala dia; tiap kali aku datang kedai dia sure pekik “uish, chantek…ko nak beli pe?” tetiba jerk aku rasa blusher macam nak kena pinang pak mat mesin rumput…dush* macam haaaaareeem!

watak super hero tak selalu ensem…kekadang tersalah kostum gak hahaha : )

kak tijah kalo ko ter-baca blogs aku yang aku kompem ko tak baca, aku rindu “biskut mayat” ko…sedap tu kalo pekena dengan kopi. chup, ko patut bangga tau dengan aku sekarang sebabnya bukan ko sorang jadi tokey, aku pun tau! kedai aku ada banyak menu sesedap, furniture melethop, deco superb…kekadang aku saja hilangkan pintu kedai aku sebab takmo ramai sangat datang melahu kat “café world” aku. ko maaaaaampu?!?

hahaha

Sunday, November 21, 2010

dear tijah

semalam aku amik pil selsema sebabnya banyak benda yang cross over otak aku (so, aku kena tido dan tenangkan diri). hasilnya, oh superb! aku terkangkang separuh bogel telanjang macam pompuan jalang. tapi pagi ni aku bangun-bangun tengok jam dah pukul 10 pagi tapi cuaca macam baru lepas subuh, pwoooorrrh! elok la tu anak dara bangun lewat (cececeeeeh dara lagi pe?).

elok la mimpi tak singgah malam tadi, sempat gak nak berkemban pagi ni. dah lama aku tak melepak dengan kekawan hingga lewat pagi. semua tu aktviti yang dah makin aku kurangkan. dia orang kata aku “youtube smoker” hahaha. yup, aku dah berhenti jadi social smoker!!! ke clubbing pun lama dah aku tak jejak.

mata sepet manja-manja aku genyeh sambil sambung taip blogs. hurm, malas sungguh nak buat sarap. aku kuak esbok…pisang benyek dah separuh masak (elok lagi “pisang” aku hahaha) bikin cekodok? hidup aku ari-ari makan ayam-ayam-ayam dan kalo ayam tu bleh bersuara kompem dia orang berpiket menjerit …mak haaaaayaaam, takut gue! tekak plak teragak baked cheese macaroni tgif, adooooi.

lek-e-leh pil selsema tu tak mampu lupakan hal semalam hinggalah aku jumpa surat tijah.

aku pikir surat tijah ni lagi power dari pil selsema semalam hahaha.

Saturday, November 20, 2010

sOmewhere over the rainbow

somewhere over the rainbow
way up high,
there's a land that i heard of
once in a lullaby.
somewhere over the rainbow
skies are blue,
and the dreams that you dare to dream
really do come true.
someday i'll wish upon a star
and wake up where the clouds are far
behind me.
where troubles melt like lemon drops
away above the chimney tops
that's where you'll find me.
somewhere over the rainbow
bluebirds fly.
birds fly over the rainbow.
why then, oh why can't i?
if happy little bluebirds fly
beyond the rainbow
why, oh why can't i?

Thursday, November 18, 2010

SIRI DUA

semalam bila aku post “dikala rembulan bla, bla, bla” semua orang tanya kat aku…are you ok? sebenarnya aku ok je dan raya aku memang superb! takde sebab aku nak rasa tak ok melainkan ok-ok semata. aku bangun pagi dengan kekwat sambil cakap “mak, arini takmo solat raya eh hehehe” then aku masuk bilik air sambil jerit “mak, kita pinjam berus gigi mak eh?” aku masih belum gagal tuk beraya dengan family atau disumpah menjadi tanggang! hidung kembang masih bangga menyedut oksigen berselang seli karbon kereta. walaupun TEBEDU tu tak la jauh sangat macam timor leste, tapi aku bangga jadi orang kampung.

dalam hidup ni aku cuma menyesal beberapa perkara. pertama, tak jadi anak yang baik tuk emak abah aku yang cuba mendapatkan benih sperma & ovum terbaik…sebabnya aku sendiri tak cuba jadi baik (tu salah aku dan bukan korang, tu kan mak abah aku seeeeengal). kedua, aku menyesal tak jadi kekasih yang setia padahal aku dah cuba “sehabis baik” macam lirik lagu pengangkap muda darjah 4 tu. ketiga, aku menyesal pindah SINI semata-mata nak selamatkan hubungan aku yang dulu retak (berhenti kerja freelance editor) dengan buah hati yang dah pun tinggalkan aku, berkahwin, beranak pinak tak pikirkan aku lepas tu (terasa macam bohsia kena tinggal oleh mat rempit tepi jalan). hurm, cukup la tiga sebabnya nanti korang muntah darah kalo tahu yang ke empat! bagi aku, kalo aku tau kitab amal aku dan begini jadinya…aku lebih rela ditindas guna kuku jari mak abah aku masa mula-mula jadi zigot lagi!!!

::sub-siri::

ko mampu adakan siri post? macam siri cerita “bercakap dengan jin” tu? orang kata ayat aku bahasa tinggi. so sekarang ni berbanding 2008 aku dah downgred bahasa melayu aku ketahap “pasar lambak” dan kalo korang tak paham gak, aku rasa ada baik korang tukar kerakyatan-lah.

engkau ada 24/7 dalam hidup aku. tido sama, makan sama, mandi kat jamban sama-sama, malah ngumpat sesama, gelak sesama, semuanya sama. aku kira tarikh raya, ko kira tarikh period. aku lari kepit-kepit, ko lari rempit-rempit...hurm, tu pun aku kira tau dalam rekod paralimpik. takan la sebab aku sedawa bau sambal lada korang hina aku camni? aik?!? hari tu dia tanya...

pendekar mastor: nape cik karim tak pegi?
anak cik karim: malas la kak, MACAM BOSAN je!!!
jawapan aku: abis tu kalo ko rasa macam bosan, so ko tetiba je buat keputusan tanpa amik kira aku ni sebagai “kawan” ko yang ko panggil “abang”…abis tu aku nak tanya korang, MACAM BEST KE AKU NI SESORANG?!?

aku tau aku tak baik…sebab suka suki tunding jari telunjuk bertahi idung kat korang, padahal aku simpan tiga jari lagi hina bertahi palat kat aku (aku ada jari kanan lima, kiri lima sebabnya aku bukan OKU wokey)! tapi aku sedih korang simpan lagi 10 + 10 jari tak kira jari kaki lagi (bergabung) tuk tikam aku. biar aku defenisikan “abang”…ops, aku search online tapi aku jumpa abang-abang yang lain “abang sayang” gitu! uish, pelah tenet ni, korang cari la sendiri kamus dewan bahasa.

maksud aku, kalo korang ni dah aku anggap macam adik beradik aku dan abiskan masa dan buat segala benda bersama-sama dah kenapa bila tiba bab “NI” korang takmo discuss dengan aku?!? satu soalan aku “korang maksum? terima mukjizat pada saat akhir? tu yang buat keputusan tergesa-gesa???” atau “mak korang tak kasik kawan dengan abang kepit tu sebabnya dia sedawa bau sambal?!?”

sampai hati korang erk?

kalo korang jadi aku, dah puas aku tetapkan 7 syarat puteri gunung ledang menyembah murka titah permaisuri…

honey bee: beta titahkan tuan hamba pergi ke temasik.
patik: sembah ampun tuanku, jika tuanku hendak membawa patik…sila la dibawa bersama hang tuah, hang lekir, hang li po & dayang istana tuanku (itu syaratnya yang ke 7.5 patik merapak sembah)
honey bee: utuskan bendahara menyampaikan titah pada daerah indera-penguasa sebelum disebar khabar ke pengawal perancang & jelata balik bukit…pwoooooorh ko mampu?

benda senang mak aku cakap memang orang tak pandang. tak rugi sesen pun tu yang senang-senang duk sepak terajang! dah aku jaja muka, bila dapat laba...korang senang-senang lupa. abis tu aku ni nak cakap apa?!? korang akan cakap “PEGI MAMPUS LA...SAPE SURUH KO BERSYARAT!” tak timbul isu korang pergi atau tidak TAPI ini soal perasaan…soal hati! yelah, aku abang (tu pun bukan aku yang panggil) beralah je...dulu mak aku tak bagi susu badan asyik menetek dari tin susu lembu, tu yang otak aku macam otak tin susu lembu gak. bingai, selalu silap pilih “kawan”. aku belum pernah jumpa adik beradik lapah daging + babat adik beradik dia sendiri dengan harapan “arrrrrh, aku dah lepas…ko pikir sendiri”.

moral of the story, aku malas nak gaduh dengan “adik[BER]adik” sebabnya aku sentiasa simpan dalam ati ni…ko dah cukup tua!

“tak salah sekali sekala kita mengalah untuk menang, tak guna kalo kita menang tapi sebenarnya kita kalah!”




nota:

tanah kelikir mana la tuhan jadikan aku...keras ati betul!
p/s: bagi 3 reason kenapa aku tak cukup baik tuk engkau...sepanjang setahun...urm satu bulan ko bebuat “kawan” dengan aku??? aku nak sembah tuhan baiki hidup aku yang lagha...

Wednesday, November 17, 2010

dikala rembulan bermain biola

waktu kechik-kechik dulu korang pernah tak main tikam-tikam kat kedai ah pek? alaaaa, benda yang bayo dua posen then dapat hadiah bebenda mengarut tu? time tu sure happy gila babi walaupun cuma dapat raba jerk…but bleh gak aku guna tuk padam jawapan upsr hahaha. aku rindu smell gula-gula kapas, gula tarik, gula stick yang dapat cincin tu…chocolate kandos gak : )

tapi dah dua ari aku tak rasa ghairah camtu.

boleh tak aku nak bersembunyi disebalik semak dunia tuk seketika waktu? tutup mulut dengan gam yang paling kuat? sebab aku rimas dengan plot yang penuh pura-pura camni. semalam aku lihat dia orang datang dengan cerita yang penuh busuk dan keji. hari ini aku lihat dia orang pergi dengan pelukan dan puji.

apakah beza hipokrit dengan menjaga hati?

semua ini benar-benar menyentuh hati. hati aku kechil dan sebab itu aku berkechil hati; aku sepatutnya sedar. aku sepatutnya tidak keluar dari daerah sendiri - dan bermigrasi lalu menjadi sebahagian dari watak antagonis tu.

tinggalkan aku sendiri (selamanya), walaupun kekadang menyakitkan. aku tak pernah minta untuk dihiburkan. aku tak sudi pun!

aku dah lama jadik orang nombor dua, jangan jentik ditempat sama... sebabnya yang lain dah selalu menjentik kat situ. aku tak pasti kalo kali ni aku tikam kat kedai ah pek dan dapat pemadam, bleh ke tidak tuk padam perasaan yang aku rasa sekarang ni..???

why do we hurt the one that we love the most?
[g U b r a]

Saturday, November 13, 2010

m:)njunjung kaseh

• kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung persekutuan tanah melayu (sekarang dikenali dengan nama malaysia).

• kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

• bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan rejimen askar melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
hurm...sebab tu la kita simpan abang askar ni, untuk membenteras kekacauan & "kecelaruan jiwa" raga! bukan tuk stok gegeli, korang mana taaaaau ahak's.

• kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja melayu memerintah negara ini.

• kami isytiharkan islam adalah agama persekutuan.

• kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa melayu.

• kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.
"tak salah sekali sekala kita mengalah untuk menang, tak guna kalo kita menang tapi sebenarnya kita kalah!"

nota: abang jersi no. 84...mak kita kim salam!?! hehehe tapi mak kita bukan cik fazura tau : )

ampunkan patik tunku
"wasiar raja-raja melayu"
my room @ istana besar

Wednesday, November 10, 2010

sepuloh budak itam

dulu masa aku kekechik aku tak faham nape org kata klang tu ada banyak gagak itam (eh, ada ke gagak kaler puteh?!? hahaha) hinggalah aku sendiri sampai ke klang baru-baru ni. komen aku cuma… “oooooh”.

tadi masa aku tengah lunch mc’d kat area opis, kami duk sakan borak (ek-ce-li ari ni tunku mahkota datang melawat opis) memandangkan aku sedar diri tak sechantek fazura, ko heeeeengat ko chantek? so, aku pegi la beli mc’d hehehe.

melati: hurm, korang tau…orang india ni kalo lagi itam lagi mahal harga dia.
aku: eh ye ke?!? (otak aku sibuk cari sampel macam mutiara itam lagi mahal lagi mutiara puteh, camtu ke???)
melati: ye la abg sam, dia orang ni kan…hurm..camtu la!

aku pikir masih ada lagi ke sistem kasta kalo dia orang ni lahir-lahir je tup-tup kaler puteh? ke kalo ada yang kena albino...mungkin tak dia orang kaler puteh? *dush, apa yang aku merepek ni seeeetaaan! hik’s

then, si others geng mesin basuh menyampuk...

omot: jiran kita tu sibuk tanya pasal adik kita, mana lama tak nampak?
anak cik karim: nape kak?
omot: dia kata dia heran tengok adik aku puteh sangat...uish, takut katanyeeeer.
anak cik karim: so..?
omot: aku cakap la...adik aku pun lagi takut kalo nampak auntie nanti. puteh la sangat kaaaan?

aku tak tau nak gelak ke apa...pitaaaam* nape aku pikir pasal dia orang ni? oooo, makanan menyatukan ati kami kaaaan? bila perut kosong otak aku jadik sewel hahaha. aku pun belum sempat wish dewali kat auntie depan rumah ni. aku tak sure dia ada ke tak dalam rumah sebab asyik “black-out” jerk! *ouch

Saturday, November 6, 2010

paris van java : bandoeng

mula-mula sari berita penting...
tiga orang remaja dewasa baru saja bergelar jutawan muda selepas berjaya menukar tengkolok raja-raja melayu dengan gabenor indonesia...sungguh silap mata (SAYA SUKA INI!). kalo korang rasa stress berkerja sebagai kuli silalah bebuat bodoh tuk terus booked tiket latihan penerbangan...seeeeempoi!
oh man, we had such a great time in bandung (",)
the food, the sun & water, the shooooooooOooop lots, the weather... everything was perfect.

shops "shop till you drop”, restaurants, bars, disco's. as ketua kumpulan sorak glee-gileeer-man comfirm la kena pose depan pintu masuk building spa & sauna. FYI, harga bagi vvip room complete set dari 'hujung kepala ke hujung kepala yang lain' and hujung kaki cagu korang tu cuma around Rp500,000++ (murah gileeeer cuma 160 hengget!) uish, rugi kalo tak buat treatment ni...merapatkan peranakan HAHAHA kaaaaan?

kat sini kita orang dilayan macam saudagar kain negeri gohet-gostan...if masuk kedai gucci prada even makcik zara pun tak mampu greeting 5 star uooool's! layanan tip-top dan siap dengan drink. sempat la aku lepak sambil buat shoppin' list sampai kopak Rp3 juta lebih (sesekali beli tuk family & kekawan) enjoy gileeeeer...macam donald trumph baru bank in duit.

"one fish two fish red fish blue fish" perjalanan kali ni ditemani dua devil's & sorang angel...i mean angel-ina jolie erk (pe pulak? jeleeeees ar tu huhuhu).

sometimes when you travel with someone there's at least some drama, but not with ajib. he was so happy to be there and i think he genuinely liked the other guys who were there lalala mati laaaa statement..? ouch...*dush and it was fun to hang out with some of the devil's and watch them 'play' around, betul tak tante zam?
syyyyy, this is rumah ebo...kalo kat m'sia ianya seperti homestay dan kalo aku stay sini time cari ilham buat thesis dulu sure aku dapat 4flat for thesis homestay. simple, tenang dan murah sesangat around RM70++ per nite (environment dia yang mahal tu, nice view)

tak lengkap kalo jalan-jalan tak cari makan, chicken cordon blue .

must try!?! bakso + tahu + goreng = BATAGOR

minuman rasmi kita orang ditaja oleh 'teh botol' korang bleh dapat benda ni di sekitar indon termasuk gerai di tepi jalan. ini pure brainchild indonesian product, teh wangi yang dibotolkan macam coke...bukannya cock ye! lalala.

terdapat 3 jenis mode paling seeeempoi and easy selain blue bird serta pantas keluar dari macet yang bingit di kota bandung, any tips? kita orang suggestkan bisa aje naiki...

a) ah, membetis sudeeeey! sambil buat catwalk project runaway macam kate moss kaaaan? go green.

b) berkereta kuda..? kalo nak feeling macam cinderella story atau...

c) naik aje 'angkutan kota' yang harganya Rp ribu-ribu (tapi bila convert cuma dalam dua tiga posen) hahaha. tapi aku memilih kenderaan di bawah ni...sebab aku tersangat la jakun!?! terasa macam aku ni anak sedara pak suharto & sukarno pulak...ko berani? meh ar cuba benda ni kat m'sia kalo nak ilang bontot tu ha : ) terus tak mampu goyang gerudi lagi.

next destination : ROME maybe ROME-pin, bye : )

Friday, November 5, 2010

ch!nta chandurri

lama aku tak dengar lawak-lawak camni sejak dia khawin... pe-pe pun semoga bahagia sampai ke akhir hayat ♥

bulan ditutup awan



pe kata korang dengar versi yuna?!? kredit to rokiah wanda, 1961 lama tu...enjoy it! dedicated to emak & abah dengan ucapan epi dewali dan jangan dancing-dancing lelebih hahaha jeles ni : )

Wednesday, November 3, 2010

liwet sendiri :'D

sehari dua ni aku berselera betul mencekik macam berkebun dua tiga bidang tanah gamaknya...menyuluh ke baruh menoreh gitu hahaha padahal duk kekwat melahu kat opis ulang alik ke high court. chup, bukan aku yang nak makan weeeey...ni ha antu raya yang meroyan melahap! tak baik tau fitnah aku, darah aku puteh tau...dush*

our click kata kedai ujung road tu ada buat sale!?! wakaka ko mampu buat sale nasi hayam penyek! lapo gileeeeer ni, uish meleleh kempunan anak dalam perut aku nanti. sale pun sale la, hayam lenyek stim-roll gaknyer...janji lunch tak miss : ) "woit, bukan ke aritu baru makan hayam penyek kat orchard road?" lalalala.

ni photos masa aku cuti kat bandung aritu...snap by gambargrapher "siti najibul ghunnah" hahaha aku bukan nak gelak tapi menu dalam photos tu buat aku makan sambil gelak dalam iman. gerek seeeeey!!!