Monday, August 3, 2009

hati bundle

“lampunya berbeza-beza tapi cahayanya sama”

menepuk empuk kekabu anak yatim dan esot gonyahnya katil besi… kita bersua kembali, ogos. saya tidak dibesarkan di rumah asrama, apatah lagi berjauhan dari keluarga. maka selayaknya saya tidak mengenal erti kehilangan dan apa itu berkongsi kasih.

hidup saya penuh kegilaan dan warna. adakala saya berhenti dibangku hentian bas memerhati gelagat homeless yg hilang kasih anak-anaknya. di mana mereka??? saya tidak bersendirian mencipta kegilaan ini. rumah anak yatim pernah menjadi gelanggang ziarah saya pada hujung minggu. berkongsi seteko teh panas dan epok-epok kentang bukanlah asing bagi mereka…ati saya mudah disentuh.

ini charity work, mengenal jatidiri dan siapa “aku” pada “nya”.

saya bertuah punya hidup yg sederhana, mungkin juga anda? mereka kehilangan org yg tersayang dan ada yg langsung tidak mengenal perasaan itu ketika ditinggalkan di bumbung ini. tidakkah kita beruntung? dan kenapa kita terlupa???

atas nama dan kelebihan, apalah salahnya mengagih sedikit limpah kasih aliran dalam jiwa ini untuk hati-hati mereka yg kerdil. saya tidak punya banyak harta, ini tidak bererti saya miskin cinta. kasih sayang itu tidak ternilai dan sudah cukup utk buat anak-anak itu gembira. gelak tawanya saja mudah buat saya terlupa kekusutan hidup. panjang bercerita dan banyak benar soalan ditanya bibir kechil mugil. kenapa itu dan mengapa? sebabnya mereka tidak punya teman...tiada abang dan kakak mahupun adik dlm kamus hidup, tiada emak dan abah utk dipanggil manja, tiada bibik utk diherdik pakai dan semuanya diatur sendiri dan dikongsi sama.

sekeliling kita ada banyak mata yg hendak dibantu. ramai yg menunding jari berkira-kira dari menghulurkan diri...empati dan bukan sempati. mereka tidak minta sebegitu.

“aku ingin mencari ketenangan diri, agar hidup ini bukanlah sekadar mimpi”





* sepintas kasih utk rumah anak-anak yatim lumba kuda, bukit chagar & pasir gudang, 1999-2001.

2 comments:

  1. bersyukur aku ada mak dah ayah walaupon ayah aku meninggal masa aku berumur 7 tahun...

    ReplyDelete
  2. baguskan punya org utk disayang. jgn boboiz skandal dgn mertua sudah-lah :p

    ReplyDelete