Sunday, January 1, 2012

drive thru SENTOSA

salam bersiaran tahun 2012!

moga korang baik-baik saja dan dilimpahi rahmat hendaknya. wah, warak sungguh baris pertama post tahun baru ni. merintih hati mak mertua kalo baca dowh. jangan sedih-sedih aku ada berita baik tuk mak-mak di luar sana...yup, aku masih single & availabe! sound so good huh? so, kalo mak-chick nak berbesan dengan mak “kita” bleh la mintak anak mak-chick pinang “saya” (poyo kan?).

yelah, memulakan tahun baru mestilah dengan jiwa yang baru gak kan? tak kisah la kalo korang masih use spender kaler pink lubang-lubang stock tahun lepas tuh *w!nk. tahun baru tak lengkap kalo tak dipenuhi dengan agenda jalan-jalan cari makan. hari pertama perlukan banyak tenaga tuk mengharungi 364 ari tahun naga.
ari ni aku nak ajak korang ronda-ronda sekitar johor bahru melepak di “BUBUR SENTOSA” dan yang pastinya terletak di taman sentosa yer tak? That why we call bubur sentosa (bagi yang bukan anak jati jajahan dan takluk johor please-lah guna cik google yang jelita tu). orang kata orang johor pandai merasa...bijak carik port lepak even warung kaki lima yang sedap.
aku: do you want dinner?
dia: sure, what are my choices?
aku: yes and no (LOL)

bubur kan tuk orang sakit jerk, saper kata?!? cuba korang kira bubur kat malaysia ni jerk ada memacam jenis....ada bubur pulut hitam, bubur lambuk, bubur durian, bubur kacang, bubur jagung dan ntah pe-pe lagi bubur. memandangkan aku baru je jadi ikon bubur, so korang bleh la tiak aku “justin bubur” baby-baby-oh lebih glam dari justin bieber hahaha.

sebelum nasik menjadi bubur…
sayur kong-kangteloq asin + lobak + sambal udang (oh, sambal ni sedap banget wa-lau-pun rupanya kureeeng menawan) + kacang + ikan masinsambal ikan bilis

tang sini korang bleh duduk berapa lama korang suka…felt free sambil tengok orang lalu lalang show-off keta memasing. bleh tengok sunset, bleh tengok “runway project” along the road sambil pheeeewiiiit gadis & jantan kando kacak haloba and paling best bubur sentosa bleh dapat barang free. i mean “cholesterol FREE!" (korang hengat bleh tapau abang amik order tu?) ngehehehe. chup, abang amik order kat sini suka jerit-jerit time amik order dowh!







note: lupa plak nak amik gambo "bubur cina" tu...dah berpiket dalam perot!

2 comments:

  1. Rinduuuunyaaaa nak makan bubur sentosaaaaaaaa T.T

    ReplyDelete