Friday, August 20, 2010

{photoshOOt + kaler-ful raya!

aku tak rasa tahun ni ada mana-mana masjid kat malaysia mahupun seanterio dunia nak mulakan khutbah solat raya dengan lafaz “bagi baju melayu paling melethoooop and kerongsang paling bling-bling, this awards goes to…” sooooo sweet..seriiiiiiiiiuuuuus, i don’t think so…hahaha.

memandangkan fantasi kekawan blogger aku adakalanya agak ekstrem dan berahi, aku sering gak hanyut dengan dakyah dia orang dibuai fantasi...bagi speech kat atas mimbar or ngko hengat pak imam or bilal ada pulak masa nak bentang sejadah dijadikan red carpet pepagi syawal tu nanti..? hahaha…poyo, dush* ke-ba-booow mau kena panah petir gamaknya.

seperti lazimnya, setiap tahun aku akan tempah 3 hingga 4 pasang baju melayu teluk belanga bagi acara rasmi dan majlis bertandang or open house rumah kekawan. but, tahun ni aku hanya buat dua pasang kurung melayu je dengan rona kaler klasik. memandangkan kesuntukan masa, aku hanya sempat singgah mencari kain pada saat-saat akhir dateline pakcik tailor kat euro moda. nasib gak ada…apa yang dicari… motip..? sediakan aje ongkosnyeeer. dari kechik aku diajar tentang “apa itu cerewet” maka ini termasuklah teknik jahitan (sembat, tulang belut, tindih qaseh and belum campur mata lalat, mata langau, mata lembu, mata-mata etc…ko adoooor? bagi aku jelujur pun belum tentu pass hik’s) hinggalah seni lipatan dan menggosok kain (walaupun bagi aku mencampak kain dari ampaian yang terenyok stok dua bulan dalam bilik iron tu jugak hasil seni abstrak pe? hahaha *gelak devil’s)

dedulu masa kechik-kechik mak selalu pesan… “kalo datang rumah orang nanti jangan lupa bagi salam, cium tangan orang tua, jangan usik barang orang…kalo tak jemput diminum jangan pulak terkinja-kinja macam beruk pakai lipstick (…huh, tu kata aku!) sehinggalah how to mix and match pakaian nak kluo rumah or lepak depan tv. bak kata pepatah, selagi takde pe-pe pengumuman ngko jangan-jangan cuba berani nak usik gerobok baju tu atau cecuba nak posing-posing depan mirror!?! mak aku aje yang layak terima watikah after pemegang & penerima mohor-mohor raja-raja melayu wakaka. mak memang cerewet dalam mendisiplinkan kami 7 beradik. hasilnya…alhamdulillah (aku tau apa itu susah dan nilai “penny” dalam poket seluar, chup…bukan “penis” wokey :’P

ari ni jiran aku beli kamera baru dan atas pelawaan sesungguhnya maka aku pun terjebak dalam photo shooooooot tuk raya tahun ni. harapnya ramadhan kali ini saya dipertemukan cinta sejatinya, amen.

photos lain aku dah dumpin' kat dalam fuck-book, sebabnya blogs ni bukan tuk agensi mencarik jodoh hehehe.




nota: thanks cik aida raffali...lip lap lip lap cookies raya tahun ni.

2 comments:

  1. photoshoot farish pun not bad...apa kurang nyeeer? thanks dear : )

    ReplyDelete