“marah ertinya sayang, benci ertinya rindu”
lebih 3 bulan aku tak berjumpa satriawara sejak “peristiwa” itu. aku fikir mungkin aku tak mampu berjumpa dengan dia lagi. bukan aku tak mencuba, tapi aku tak berdaya. ego…yup aku ego! aku disapa dimuka pintu masjid…kebetulan aku cuma mampu menyusup 2 baris terakhir. orang yang hutang dosa macam aku, ke rumah tuhan pun masih berpapah dimukanya.
itu hal jumaat lepas…dan semalam aku terima panggilan satriawara. aku lesu diselubung gebar dan tilam empuk. maka aku balas sms ringkas pada petangnya dan kami bertemu berbuka puasa sama. gelak dan gelak lagi…sampai terlupa yang kami pernah diam. kesempatan berborak panjang sambil bershopping sementara menanti senja berbisik imsak; aku tak sanggup hilang seorang kawan yang lama aku kenal. dan lagi…? mungkin dia bagus untuk menjadi kawan dan berkongsi sebuah cerita. lama aku berdiam mencari hilaf diri.
ini ramadhan bulan yang suci. sebaiknya aku perbaiki segala kesilapan yang lepas. meminta dimaafkan tanpa berkira siapa salah dan siapa benar memang tak semudah apa yang kita bayangkan. seharusnya kegembiraan itu tidak ditetapkan rasanya. ada banyak cara untuk gembira. jika korang berhadapan dengan situasi complicated sebegini, ampunkan saja segala keji hina itu...sebabnya kita bukan tuhan dan diri ini juga bukan maksum : )
“demikianlah hidupnya orang yang berakal, tegak di garis masing-masing, menjaga hak sendiri dan menghormati orang lain di dalam haknya pula. bersama-sama berkhidmat kepada keadilan dan peraturan”.
[h a m k a]
No comments:
Post a Comment