Tuesday, August 31, 2010

malay-see-ya!!!

...bismillah

bulan bertepuk mega bersorak, bagai bulan dipagar bintang.

menjadi organisma hidup bukan mudah, apatah lagi menjadi diri yang kita kenal…nur muhammad. ada ramai di luar sana cuba untuk mencari jatidiri yang akhirnya terasimilasi. ada yang cuba jadi “abang-abang”, ada yang jadi “kakak-kakak” dan tak kurang bergaya chomel si “adik-adik” hahaha.

apapun yang bermain dikepala otak korang sekarang ni hanyalah “cuba”. menetapkan kepuasan maksimum itu terlalu subjektif bagi setiap individu. nawaitu. berubah tak semestinya mengubah apa yang lazim berlaku, tetapi melakar sesuatu. sama juga dengan chenta…menyintai itu tak semestinya memiliki.

ramai yang kata chenta itu buta. kerana chenta...mereka masih kekal hidup dan bergembira. bagi aku hidup bukan sekadar chenta & kata. jika kau tanya sama ada aku hidup untuk chenta..? jawab aku “tuk memori”. hidup ini penuh memori...memori akan kekal selamanya. memori yang bakal bawa chenta dalam ati agar ada kenang-kenangan tuk dibawa sampai akhir hayat. ko hengat aku ni polis angkasa gaban yang boleh petik jari berubah menjadi apa yang kau rasa..? transformasi...tranform!?! hahaha.

anyone would like some love? salam merdeka.

:: satu malaysia : menjana transformasi ::

Sunday, August 29, 2010

dua baris akhir


“marah ertinya sayang, benci ertinya rindu”

lebih 3 bulan aku tak berjumpa satriawara sejak “peristiwa” itu. aku fikir mungkin aku tak mampu berjumpa dengan dia lagi. bukan aku tak mencuba, tapi aku tak berdaya. ego…yup aku ego! aku disapa dimuka pintu masjid…kebetulan aku cuma mampu menyusup 2 baris terakhir. orang yang hutang dosa macam aku, ke rumah tuhan pun masih berpapah dimukanya.

itu hal jumaat lepas…dan semalam aku terima panggilan satriawara. aku lesu diselubung gebar dan tilam empuk. maka aku balas sms ringkas pada petangnya dan kami bertemu berbuka puasa sama. gelak dan gelak lagi…sampai terlupa yang kami pernah diam. kesempatan berborak panjang sambil bershopping sementara menanti senja berbisik imsak; aku tak sanggup hilang seorang kawan yang lama aku kenal. dan lagi…? mungkin dia bagus untuk menjadi kawan dan berkongsi sebuah cerita. lama aku berdiam mencari hilaf diri.

ini ramadhan bulan yang suci. sebaiknya aku perbaiki segala kesilapan yang lepas. meminta dimaafkan tanpa berkira siapa salah dan siapa benar memang tak semudah apa yang kita bayangkan. seharusnya kegembiraan itu tidak ditetapkan rasanya. ada banyak cara untuk gembira. jika korang berhadapan dengan situasi complicated sebegini, ampunkan saja segala keji hina itu...sebabnya kita bukan tuhan dan diri ini juga bukan maksum : )

“demikianlah hidupnya orang yang berakal, tegak di garis masing-masing, menjaga hak sendiri dan menghormati orang lain di dalam haknya pula. bersama-sama berkhidmat kepada keadilan dan peraturan”.
[h a m k a]

Tuesday, August 24, 2010

Sunday, August 22, 2010

delay-very

sejak kebelakangan ni aku rasa aku asyik nak marah-marah je…simptom ni dah mula aku kesan sejak bulan lepas lagi. mungkin sebabnya aku lewat tidur atau kesibukan memikirkan hal-hal negara. aku syak hormon kejantanan aku mula tak stabil. Tapi bulu roma dan ari-ari aku tak menunjukkan pertambahan atau pengurangan pun hahaha. sape kata lelaki tak period..? kita orang period-lah, cuma secara saintifiknya dipanggil premenstrual syndrome (PMS, also called PMT or premenstrual tension) is a collection of physical, psychological, and emotional symptoms.

ni citer last friday, ati aku dah berbunga-bunga nak pergi amik baju my mum (stock booked) kain cotton english. time tanya semuanya ada, bila nak amik dan time tu la seribu satu alasan kau nak bagi kat aku. kaler baju dah la tak sama dengan yang aku tempah dan saiz pulak ikut tekak ko jerk! ko hengat mak aku muat la pakai baju cotton saiz [s]…for your info… mak aku bukan kate moss wokey!?!

ada banyak benda kalo aku pikir aku nak haruk. tapi nanti korang kata aku k.e.k.w.a.t pulak kaaaaaan? contohnya kalo aku masuk pe-pe kedai la…so aku kechikkan skop, kedai baju contohnya…

“encik, nak cari apa..?”
“boleh bagi aku ikan siakap sekilo, bayam seikat?!?”

ko sengal ke apa? dah aku masuk kedai baju, sure la aku nak tengok-tengok baju dan dah ko jual baju je kat kedai ko…cara ko cakap macam kedai ko tu seluas stadium bukit jalil sampai aku tak boleh nak carik barang yang aku nak…eloooooo, cuma outlet tiang empat pancang jerk! dari depan pintu aku dah bleh nampak jamban so tak perlulah korang nak praktikkan PR dari lim kok wing or slang swedish tu. ish, loya aku mendengar nyeeeer.

lagi sakit ati kekadang tu…“encik, yang ni baju perempuan..” so, what?!? aku tau la yang ni baju pompuan dan takan la aku buta tak dapat nak bezakan? sebagai pelanggan aku rasa aku punya hak 100% nak beli apa yang aku suka…dan pandangan promoter hanyalah perlu bila aku bertanya minta second opinion, if not SHUT-UP!!! kekadang tu siap suggestkan benda-benda yang tak berkait langsung hidup dan mati dengan apa yang aku nak…contohnya kalo aku carik baju cotton english, time tu la ko nak pastikan ada barang lain turut terjual dengan mencadangkan aku beli baju lain. for me, if aku nak A mesti la aku beli A dan takan aku kena beli B pulak? cuba korang bayangkan kalo time korang nak akad nikah dengan si A, tup-tup tok kadi kata “pentol, ko kawin je la dengan si B (yang jugak mak si A) sebabnya si A tok nak bernikah dengan dia” ko nak?!? macam haraaaaaam.

bagi aku communication skills penjual mahupan promoter atau jawatan yang seangkatan dengannya masih ditahap UPSR lagi. tak capai tahap langsung! macam mana nak capai status malaysia syurga membeli belah. kalo muncung panjang sedepa, jangan lautan dalam hendak diduga.

sikap tarik muka aku dah banyak kali tak terbendung. last friday gak aku tunggu satu delivery (my new furniture) for my guest room. memandangkan rumah aku tu dah macam reban ayam…aku plan nak setup salah satu bilik kat rumah ni as a guest room. after aku deal dengan tokey kedai yang jugak kenalan opis aku yang beria-ia nak delivery that furniture on that day after opis…so aku harap sempatlah aku berbuka puasa kat hotel with my buddies (terpaksalah aku ulang-alik 2-3 kali dari opis ke rumah then ke hotel semula yang comfirm traffic jam…hurm* be cool lagi…demi menjaga ketenteraman negara). then, tunggu punya tunggu dah sampai nak masuk waktu berbuka that delivery masih tak sampai-sampai. so? terpaksalah aku batalkan hajat nak melantak satay, kambing salai, nasik beriani etc kat hotel hanya tinggal angan-angan…and finally aku beli jerk kat gerai depan rumah. nak ditinggalkan takut bebudak delivery sampai plak. dah la tak reti nak cakap “sorry”, bila aku tanya kenapa lambat…dengan slumber dia kata “jammed”. waaaaaaaklu…dah aku kata hantar esok ko nak jugak anto hari ni!!! sengal.

stick to your guns.

memandangkan tahap sabar aku dah cecah tahap dewa, aku angkut bawak masuk sendiri barang-barang tu dalam bilik. putus selera nak makan dek bau stokin kepam stock-stock time syuruk ni…adooooooiyai. tup-tup time nak bayar terus aku perasan yang barang dia bawak tak cukup satu item…so ko pepaham jerk la…kalo tak sedepa lagi muncung aku nak cecah blok tingkat sebelah. arrrrrrrrh, tertekannyeeeeer!

banyak benda yang kat bumi merdeka dan demokrasi ni masih lembab prosesnya. adakala time nak order makan pun lembab, nak bayar pun lembab. siap lemah gemalai lenggang kangkung tarian menora bagai, dush* puasa beb...sabor ni :'(

aku salahkan hormon.

Friday, August 20, 2010

{photoshOOt + kaler-ful raya!

aku tak rasa tahun ni ada mana-mana masjid kat malaysia mahupun seanterio dunia nak mulakan khutbah solat raya dengan lafaz “bagi baju melayu paling melethoooop and kerongsang paling bling-bling, this awards goes to…” sooooo sweet..seriiiiiiiiiuuuuus, i don’t think so…hahaha.

memandangkan fantasi kekawan blogger aku adakalanya agak ekstrem dan berahi, aku sering gak hanyut dengan dakyah dia orang dibuai fantasi...bagi speech kat atas mimbar or ngko hengat pak imam or bilal ada pulak masa nak bentang sejadah dijadikan red carpet pepagi syawal tu nanti..? hahaha…poyo, dush* ke-ba-booow mau kena panah petir gamaknya.

seperti lazimnya, setiap tahun aku akan tempah 3 hingga 4 pasang baju melayu teluk belanga bagi acara rasmi dan majlis bertandang or open house rumah kekawan. but, tahun ni aku hanya buat dua pasang kurung melayu je dengan rona kaler klasik. memandangkan kesuntukan masa, aku hanya sempat singgah mencari kain pada saat-saat akhir dateline pakcik tailor kat euro moda. nasib gak ada…apa yang dicari… motip..? sediakan aje ongkosnyeeer. dari kechik aku diajar tentang “apa itu cerewet” maka ini termasuklah teknik jahitan (sembat, tulang belut, tindih qaseh and belum campur mata lalat, mata langau, mata lembu, mata-mata etc…ko adoooor? bagi aku jelujur pun belum tentu pass hik’s) hinggalah seni lipatan dan menggosok kain (walaupun bagi aku mencampak kain dari ampaian yang terenyok stok dua bulan dalam bilik iron tu jugak hasil seni abstrak pe? hahaha *gelak devil’s)

dedulu masa kechik-kechik mak selalu pesan… “kalo datang rumah orang nanti jangan lupa bagi salam, cium tangan orang tua, jangan usik barang orang…kalo tak jemput diminum jangan pulak terkinja-kinja macam beruk pakai lipstick (…huh, tu kata aku!) sehinggalah how to mix and match pakaian nak kluo rumah or lepak depan tv. bak kata pepatah, selagi takde pe-pe pengumuman ngko jangan-jangan cuba berani nak usik gerobok baju tu atau cecuba nak posing-posing depan mirror!?! mak aku aje yang layak terima watikah after pemegang & penerima mohor-mohor raja-raja melayu wakaka. mak memang cerewet dalam mendisiplinkan kami 7 beradik. hasilnya…alhamdulillah (aku tau apa itu susah dan nilai “penny” dalam poket seluar, chup…bukan “penis” wokey :’P

ari ni jiran aku beli kamera baru dan atas pelawaan sesungguhnya maka aku pun terjebak dalam photo shooooooot tuk raya tahun ni. harapnya ramadhan kali ini saya dipertemukan cinta sejatinya, amen.

photos lain aku dah dumpin' kat dalam fuck-book, sebabnya blogs ni bukan tuk agensi mencarik jodoh hehehe.




nota: thanks cik aida raffali...lip lap lip lap cookies raya tahun ni.

Monday, August 16, 2010

the marhaen’s

sabit ramadhan…aku dalam misi menitip baris. sedang orang lain bermisi menjejak bintang, menapak bulan, biarpun ke planet zargos; aku masih menyimpan harap nun jauh dihujung awan.

laras tiap bahasa kalimah dari syurga.

aku cuma ingin menyusun huruf-huruf pemutus maaf. pada orang yang kita chenta, pada orang yang chentakan kita; pada orang yang pernah dichentai dan menchentai. kali ini aku nak kirimkan dua belas keping hati beriring setem tiga puluh sen pada mak dan abah sahaja. biar banyak, biar letih posmen mengikat getah gerit...asal aku puas. aku cuma nak cakap kat mereka yang aku nak minta maaf sebab tak jadi anak yang baik.

dari kechil aku memang pelik. dibesarkan dari kantung lembu bulat tin dutch lady. pelikkah aku..? takde yang pelik dalam kamus hidup ni. masa tun mahathir buat saga, lakar sepang, bina pencakar langit tertinggi pun orang kata dia pelik. tapi dia bukan bina satu pencakar langit...malah dua berkembar tertinggi hingga kini. aku cuma hantar dua belas dan bukannya dua juta keping doa-doa bersayap minta diampunkan dosa. aku manusia tipikal dan tidak for-fu-lar.

aku sanggup gadai sebuah syurga biar bidadarinya gay sekalipun, asal aku tidak sendirian...asal aku masih punya emak dan abah serta judul anak padanya. aku hanya ingin menjadi asli dan bukannya tuleeeeen bang, biar rangup bersama kriuk-kriuuuuuuuk nyer!!!

lalala :’D

Sunday, August 15, 2010

kueh pelita [...buat dinda]

what a great way to start my day! martha steward's work hahaha :’P

after macaroni & cheese, ikan pari asam pedas, kek batek coklat biskut marries and now…kueh pelita... my “geng mesin basuh” sibuk push kita to cooking and not co*ckin’ wokey a kueh pelita. ni kueh favourite nurul ngan kita. sound like sedap bangeeeeet.

so, memandangkan hanya kita je yang masih single & available i have decided on a ramadhan assignment just for fun! on that day, suddenly my assistant tak datang to help me cos sibuk sangat “ber-endut” without any notice. pwoooorh, korang adoooor? asisstant yang kekwat?!? hurm, terpaksalah kita buat sesorang sambil kidnap recipes online en. wahdi our bloggers (and ubahsuai sikit...re-inovasi ikut ke-teror-ist-an bakat korang).
the day started in my small little garden ek-ce-li not my plants and tumbuh merimbun kat bawah blok rumah ni. so, kita just pick-pick the daun pandan with jiran in the morning... and put some in a jar filled with some water. the aroma of pandan reeeeeeally wangi and it made the whole house smells delicious and sweet. homey!

mitos resepi kata cuma perlukan:

4 cups of rice flour
1/2 cup of sugar
1 cup of coconut milk
1 cup of hot water
1 cup of pandan juice
*cup disini tak bermaksud saiz cup bra’s ye wakaka.
sengkuang cina (but kita tak jumpa kat pasar so kita rembat je sengkuang rojak mamak stok apek cina…boleh gitew?)
agar-agar instant dengan harapan agar-agar menjadi!
serta secubit garam

steps:
[mix A :] masak air panas dengan agar-agar sampai chantek berkilat then put a side pandan juice (yang dikisar dengan sengkuang) and sugar (kalo suka lebih manis…korang campak je sugar mummy or sugar daddy korang dalam periuk ni).
[mix B :] mix 3 and a half cups of rice flour with hot water, coconut milk and salt + lil bit sugar. put a side and godak jangan tak godak deeeek! takut bergentil.
place the sengkuang cina (cincang) dalam bekas as based. fill the bekas with mix A and after 2-3 minutes nak beku tu you fill with mix B as toping layer.
then, leave to cool and put in es-bok. syok huh…wallah!

you know what, i've spent 1 hours on yester-sunday to finish the cookies below. O.M.Gucci ada betulnya semua yang kita perlukan ada dihujung jari or macam iklan syampoo tu…guna jari pun boleh… but it’s not easy like that-lah when korang celik IT pun but still don’t know how to cookin’ that kueh, a-la-mak!?! experience buat kek coklat batek biskut marries via beruk-band yang tak berapa nak pantas ni berbanding time dia nak bar or potong banyak buat kita felt so-so (lil bit nervous) cos this is maybe subject, mungkin menjadi and mungkin tidak..dush* memandangkan kita ni idup jahilliah kat dapur, so terpaksa gak guna talian hayat to phone call makcik jemmy yang selalu buat kueh ni for berniaga gerai.

lebih sadis, when my tong gas was empty and our periuk not fire-works-lah hahaha :D mau tak jadik juru gegas sekejap runway project ke rumah jiran sebelah to continue and finish the cookies.

so, the pictures is not tell you the true story. cos the taste soooooooooo test-is and esoknya kita wrapping & bring that kueh for my opismate and dengar apa kata juri…lost my sweeeeeet word’s when the first question is…

“ni kueh apa..?”
“ni cendol ke apa?”

hahaha and paling lawak soalan dia orang is “ni guna susu ibu mengandung ke santan?!?” i can’t stop to gelak devil’s.

i am happy…the experience maaaaaa, enjoy!

Saturday, August 14, 2010

butterscotch

aku merajuk pada diri sendiri…pada yang entah-entah aku rajukkan. cuti panjang selasa lepas dah aku pendekkan pantas merentas dua jam perjalanan lebuhraya ke daerah selatan. tiap kali aku teringatkan kerut wajah bertanda penuh tanya itu buat aku sebak.

aku merajuk.

tak siapa pun sakiti aku…tapi aku yang sakit! seperjalanan tadi aku basah dalam tangisan dosa. minit-minit sendu. aku tak pasti apa layaknya aku disisimu yang sebenarnya aku sayang. rindu sehingga tidak sanggup melepaskan. terlalu sensitif si hormon tua ini hingga sukar benar untuk dikawal.

aku merajuk.

kalau aku tak sakiti ati ini tadi, pasti ramadhan empat ini masih aku disisi kamu. tuhan ampunkan aku...aku tau aku berdosa menyakiti ati dewa dan dewi sanubari ini.

“abis kenapa acapkali kau ulang tabii..?”