Monday, August 31, 2009

akar tunjang pohon nan rimbun

bila sampai hari tu, arwah atuk tak pernah miss mengaji di pangkin kayu. sayup gemersik suara menghela ujung verandah rumah limas tua miliknya. dari tingkap dapur, kelibat atuk jelas terkumat kamit membaca ayat-ayat suci al-qur’an. mak plak sibuk menyiapkan sarap di dapur. pepagi abah dah kejutkan saya bangun. pwooorrrhh, nape la semuanya berlaku pada ari ini?

saya usung gebar dan bantal buchuk betul-betul di depan tv, perlahan-lahan badan mengerekot hangat dalam menguap. saban tahun ianya menjadi kelaziman kami sekeluarga. tercongok berasak adik beradik membina satu semangat. bagai hebatnya bukit kepong dicanang, kami sekeluarga masih berpaksi dalam galaksinya tak tertampan landskap politik negara yang kekadang semakin najis. mau dijinjing atau biarkan saja dihanjing-hanjingkan. orbit itu semakin berbeza.

latar belakang berpolitik sedikit sebanyak telah menyumbang kepada “jati diri” kami. ramai org memilih pencakar langit sebagai subjek abstrak. pencakar langit…atau percakaran sengit menjadi khabar yang lebih for-fu-lar. apa ada pada nama??? membuai jauh kepada persoalan demi persoalan. sejauh perjalanan 13 mei 1969.

hari ini saya masih di depan tv. tidak teranjak melihat aksi manusia berarak. menang sorak. benarkah tangan dihulur sentiasa bersambut? benarkah luka tidak lagi berparut?? benarkah??? itu bulan, itu sabit...empat belas jalur melintang pukang. itu bulan, itu sabit...jgn bulan tersabit sudah.

“jadilah bangsa yang bijaksana, memegang tali memegang timba; memiliki ekonomi mencipta budaya…menjadi tuan di negara merdeka” by usman awang.

suara itu tak kedengaran lagi…hanya gemersik daun pintu di hempas angin petang. rindukan arwah, rindu pada semangat melayunya. bisik saya, workin’ together…we can do more!!! sekarang baru saya faham kenapa saya bangun pada ari itu.



p/s: salam merdeka buat semua... “merendah bukan menyembah, meninggi bukan melonjak”.

Friday, August 28, 2009

semanis kurma : IFTAR

ramadhan is the ninth month of the islamic lunar calendar. the month's sunrise-to-sunset fasting officially begins on the first night that the new crescent moon is visible. begins at sundown on august antara cinta dan keinginan untuk memiliki itu tidak sama...bulan berdiet & rendah kalori.

seminggu sudah berlalu. jalan sesak-dompet sesak-badan makin lepak. sana lagu, sini lagu...beraya ke kita tahun ni? raya sekarang hanya untuk budak-budak je. umur pun dah semakin terinjak, banyak lagi benda nak dipikirkan. misalnya kak eton di blok ujung tu…tetiba je tunjuk bakat memasak kueh bagai. sedap ke? tetiba je terima wahyu puasa-puasa gini? selama ni tak pernah plak blajar kira duit dan main pondok-pondok tepi simpang. tup-tup dah bukak meja berniaga katanyerrrrrrr.

kekawan yg saya panggil abg...itu rokok sudah turun harga, kasi free mau??? hebat jugak teknik kekebalan diaorg ni, hahaha.

penyu : selamat berbuka...ada rezeki kita berbuka sama-sama ok.
kita: hahaha ok awak. send my regards to emak and abah tau. rumah ni sentiasa ada ruang untuk awak. diam tak diam dah setahun berlalu.
penyu : jangan cakap macam tu, sedih...i dah balik kl tengahari tadi. makan tu budget-budget la sikit. tembam dah macam tepung uli, hehehe.
kita : uweeeekkks, awak tu jangan skip puasa plak…gigit kang.
penyu : hahahaha : )

wo-wo-wo saya masih gelak …postponed lawak tahun lepas si kekacang “kalo kumur-kumur mulot dgn air coke tu tak batal puasakan?”

“i’m still in one piece…peace be upon you”.

Sunday, August 23, 2009

bertamu di kalbu

ku genggam semilir malam
tika rembulan menyinari
lalu ku menadahkan
kata cinta nan suci
dan akan ku hembuskannya
tika malam syahdu
kerana dalamnya
kasih sedalam lautan
setinggi mentari
tak mampu digapai
oleh khayalan insani
cuma dinaluri
katakan bara melecur diri
bisa memercik jalan nan luka
dengan selasih balut pedih ngeri
tiada berpaling setia
adalah sejarah jadi saksi
bulan bintang menghangat kasih suci
kita pun terpaut dan bersatu
dalam bebayang mimpi berseri
ku layarkan asmara
di pelabuhan setia
akan ku rentangkan
sang pelangi suci
yang pastinya anggun di hati
bertamu di kalbu

Friday, August 21, 2009

gebar & bantal buchuk

“bila besar nanti cham nak jadi apa?”

“doktor”

ketika kita kechik dulu ada banyak soalan popular yg ditanyakan oleh emak kita, abah kita, cikgu kita dan yg sewaktu denganya pasal masa depan kita. alo... pe yg budak belum baligh bleh janjikan? sometimes i wonder what i would like to be when i grow up. i think of a different ambition every year. would i be a teacher? an artist? or a lawyer? saya tak pernah dengar lagi orang nak jadi firaun, jadi bulan, jadi bintang, jadi kropok tora but tak plak dinafikan ada juga di kalangan kengkawan saya yg berangan-angan nak jadi ninja turtle’s, polis angkasa gaban, keluang-man and sometimes ultraman pengaruh dari tv kotak tu…oshin juga mungkin? hahaha.

since i turned fourteen, i would wonder what i really wanted to be. but…time tu saya cuma konpius…pe kebenda cecair putih melekit-melekat pada gebar saya ni? dush* woooooo saya mengalami “keputihan”-lah. eh, bukan ke orang pompuan je yg kena keputihan? poyo.

tawaran ke universiti pun abah yg isikan form entry. town planner, apa kebendanya tu? bila dah abis study saya masih kabur tentang “cita-cita abah”. bukan ke saya mahu jadi interior designer??? motip? tak sape mahukan anaknya melarat dan hidup susah. saya fikir, anak si pencuri pun tak mahu bapanya menjadi pencuri…tapi bapanya terpaksa mencuri untuk survive dan membesarkan si anak. adakah si anak itu tidak akan mengaku si pencuri itu bapaknya??? moral, masa depan itu boleh berubah dan tak seindah atau seburuk yg kita gambarkan.

“disneyland dicipta dgn hanya melakar angan-angan (dream)” by walt disney.

i would never get overloaded or paranoid with work. i would take things easy and when i would see that my brains were not functioning, i would stop work at once. if i would work like this, with no worries in my mind, i would solve everything in no time kecuali saya duduk mengangkang je (pelacuran itu pekerjaan tertua adalah fakta).

tapi, saya bukan pompuan kabaret…tugas editor saya tinggalkan; mengejar hati kechil yg bergolak sehingga sampai ke hujung tambak. 4 tahun bersama bukan tiket ke akhir hayat…2 tahun menderita dan sekarang…tiada lagi talian hayat? ada apa dengan cinta? menjaga hati. kenapa dgn hati??? kenapa tidak dijaga hempedu-pankres-paru-paru aje? bukan ke itu juga organ yg menyumbang kepada kehidupan? kerana cinta bikin org jadi gila, lupa, sasau...sengal.

“so…setimpal ke untuk kau tampal ati yg rabak?”

setiap cita-cita tu bermula dengan angan-angan; dan cinta juga satu angan-angan yg indah. tapi…bila dah besar, soalan diaorg yg digelar “kita” dah semakin sikit dan ringkas “bila nak kawin?”





note: thanks for satriawara with de brainchild “cita-cita dan cinta”. i’m done!!!

Saturday, August 15, 2009

wanginya setanggi

musim panas dah tiba...daun gugur-rambut gugur-bulan je tak gugur ke riba. angin sepoi pun dah berhenti berharap. sesekali bau setanggi menusuk hidung di balkoni. india murtad. kaler dan bau badannya saja sudah tak terpisah keturunannya…kalo ditambah rambut kerinting mungkin senang saya panggil negro atau naomi campbell, waklu~poyo btul! alahai, cina blok hujung tu pun dah pandai mkn ikan bakar cicah air asam. lebih melayu dari saya. bleh menang fear factor tu : )

duduk melahu teringatkan hot chocolate di dapur. sedap juga kalo pekena dgn sepinggan mee hoon hokkien singapore. hanya dua minit memisah…mee maggi lebih pantas memintas, hahahaha. lapo beb! tiub esofagus ni mencarak minta diisi.

“mak nak beli mana satu ni? karipap, epok-epok ke temusa?”

“yg mana-mana pun sama…beli aje lah. jangan lupa beli buah semangka kat stall ujung simpang tu”.

nite market. segalanya ada di sini. dulu saya tak suka jejak kaki ke situ…asap & sesak. nak bernafas pun kena minta izinnya. bila saya look back and kept thinkin’…erm, if one is not thinking of buying anything; there is always the educational trip of seeing how people of many races can come together side-by-side and engage in the common activity of buying and selling.

puuuuuuyyyyooooohhh, malaysia ni superb! if that was what is know as “beginner’s luck”…i would have none of it (tak pasti kenapa ada si sengal yg masih nak merusuh tgh-tgh jalan : tgh-tghari buta, stupid).

my sibling dibesarkan dlm masyarakat cina, maka ada dikalangan kami berkahwin campur. mcm rojak, lebih byk bhn lebih sedap…abc pun enak juga pepanas gini. dulu saya diskandalkan dgn teman sekolah rendah. gowry a/p krishnan. dia ni sllu lucu. arrrrrhhh, biar saja saya simpan sendiri, malu. bila dah besar panjang saya jumpa lebih ramai yg lucu. teman baba saya langsung tak pandai berbahasa kantonis dan mandarin. pandai mkn cencalok plak tu dan paling gemar melalak lagu “kak melah”. waduh, kesampuk btul budak ni. kau kunci hatiku dalam hatimu katanyeeeeeerrr, dush* koleksinya saja penuh berkotak-kotak kaset dan cd melayu.

saya plak lebih senang layan lagu sedih sebabnya permulaan hari akan terasa lebih fresh (mcm virgin gitu) dan org selalu tersalah anggap ingatkan saya baru putus cinta atau ditinggalkan kekasih. bila saya kata saya benci lipas dan buat saya rasa “suck” i mean vomit...ko pregnant ke beb? ayooooo. Ditambah pula bila saya kata saya mmg takut gelap...lena pasti terganggu, mlm trasa lebih panjang. seminit dlm gelap berlumba-lumba peluh jantan merembes. jantan ke? wakakaka. kalo itu pun boleh dikenakan “isa”, pasti saya telah ke lokap menghadap.

dato’-dato’ yg senang dipanggil proksi. ini malaysia. kalo takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. melayu itu bangsa berdaulat dan bukannya mudah diperalat.





p/s: syok giler layan lagu “marie digby” dan petikan gitar kapak.

Thursday, August 13, 2009

pepari syurga

demi angin yg bertiup berturut-turut,
demi badai yg menghempas keras,
dan demi angin jua yg menebarkan awan,
demi yg membedakan...

the first time i jumped into the sea and tried to swim, i sank. in addition to that, i had to bear the chokin’ taste of salt water running into all the openings of my body.

melihat dunia dari mata burung atau dasar sekelumit hati yang mungkin juga kebelengguan tempurung. semuanya bikin "aku" sesak nafas...izinkan~

Monday, August 3, 2009

hati bundle

“lampunya berbeza-beza tapi cahayanya sama”

menepuk empuk kekabu anak yatim dan esot gonyahnya katil besi… kita bersua kembali, ogos. saya tidak dibesarkan di rumah asrama, apatah lagi berjauhan dari keluarga. maka selayaknya saya tidak mengenal erti kehilangan dan apa itu berkongsi kasih.

hidup saya penuh kegilaan dan warna. adakala saya berhenti dibangku hentian bas memerhati gelagat homeless yg hilang kasih anak-anaknya. di mana mereka??? saya tidak bersendirian mencipta kegilaan ini. rumah anak yatim pernah menjadi gelanggang ziarah saya pada hujung minggu. berkongsi seteko teh panas dan epok-epok kentang bukanlah asing bagi mereka…ati saya mudah disentuh.

ini charity work, mengenal jatidiri dan siapa “aku” pada “nya”.

saya bertuah punya hidup yg sederhana, mungkin juga anda? mereka kehilangan org yg tersayang dan ada yg langsung tidak mengenal perasaan itu ketika ditinggalkan di bumbung ini. tidakkah kita beruntung? dan kenapa kita terlupa???

atas nama dan kelebihan, apalah salahnya mengagih sedikit limpah kasih aliran dalam jiwa ini untuk hati-hati mereka yg kerdil. saya tidak punya banyak harta, ini tidak bererti saya miskin cinta. kasih sayang itu tidak ternilai dan sudah cukup utk buat anak-anak itu gembira. gelak tawanya saja mudah buat saya terlupa kekusutan hidup. panjang bercerita dan banyak benar soalan ditanya bibir kechil mugil. kenapa itu dan mengapa? sebabnya mereka tidak punya teman...tiada abang dan kakak mahupun adik dlm kamus hidup, tiada emak dan abah utk dipanggil manja, tiada bibik utk diherdik pakai dan semuanya diatur sendiri dan dikongsi sama.

sekeliling kita ada banyak mata yg hendak dibantu. ramai yg menunding jari berkira-kira dari menghulurkan diri...empati dan bukan sempati. mereka tidak minta sebegitu.

“aku ingin mencari ketenangan diri, agar hidup ini bukanlah sekadar mimpi”





* sepintas kasih utk rumah anak-anak yatim lumba kuda, bukit chagar & pasir gudang, 1999-2001.