Sunday, December 11, 2011

planet ROMEO

cuaca sejuk ujan renyai-renyai buat semua orang bermalas-malasan dihujung minggu. kalo bleh nak tergolek gelantang atas katil sambil pintal-pintal bucu selimut terkempap dengan bau semalam. bukan senang nak dapat wiken yang renyai manja camni. selalu jerk ter-miss dipaksa meneruskan kelangsungan hidup sebagai pakcik gomen “demi sesuap nasik”.

korang pe kabo? checeeeceh macam tak bersalah ni menanya? misi 365 ari mencari chenta aku dah macam tinggal saki-baki musim jerk lagi. nervous gak! masih tak dapat calon “fruit-heart” yang sesuai. tak merasa la mak aku nak terima menantu tahun ni HAHAHA. sabo yerk mak...nanti kita tapau sorang dua buat ada-ada dari takde langsung. that mean, tak ler bermakna aku kena order ubat kuat sedozen dua nak buktikan kejantanan katanyeeeer kahkahkah, vungok’s!

aritu aku sembang panjang dengan “si dia” dari kisah hidup menjangkau kisah yang tak berapa nak hidup. lama betul aku tak lepak dengan dia ni, kawan atas kawan dan akhirnya menjadi kawan and not mengawan (haaaaiiiih complicatedkan?) apa jadah “se-sua-tu” sangat statement ko ni dowh! ewaaaaaaaah, ni bukan community and service for men tapi saja gedik santai planet romeo a cup of coffee.

ho-ho-ho-mo

kawan aku kata...kakak ipar dia sekarang ni ex-skool-mate aku masa kat kampung dulu. huh? ingat la plak dia tang aku lagi? aku pun dah tak ingat nama dia…ni kan plak paras rupa nan adooor time ni, secret admirer ko!!! FENGSAN *^%$!@!&^ dah lama aku tak dengar orang skodeng aku...lama tu simpan “hajat” sampai aku dah “berbadan dua” gini baru tau citer yang this girl dulu minat giler kat aku (yeeeeer girl yer! ko hengat haprak sangat aku ni sampai sangkut kat kutu-kutu rempit tuh?) hamikaw :’P

wah, aku jadik taksub tetiba ni sampai forget to blink! edisi syiok tang aku 20 tahun lepas dan baru la ni meluahkan...mau tak vomit aku dengar. aku admit la time skool dulu aku ni bitchy tak bermakna aku howt-kan? seingat aku apa acara jerk aku tak join..? eh chup, acara sukan aku tak masuk but aku still ada kat tepi padang join pom-pom gals bikin havoc (nanti kang cikgu aku kata aku lesi plak...so, tu pun aku join wok!) time tu aku sibuk dengan kelab hoki. yelah mana nak menang tangan dengan ahli lembaga koperasi lagi, pustakawan lagi...persatuan itu ini bagai...sampai CPR pun aku nak kena buat tepi tandas semua tuuuuuuh dia! baru la charity work (aku hengat la kalo aku join pandu puteri or puteri islam time tu pun dia orang terima aku HAHAHA).

dulu time aku belum baligh (that mean masih jambu, kelat-kelat-manis tu) ada gak aku terima surat akak-akak dari bilik darjah sebelah. elo, ”akak-akak” is girl wokey and not “hakak-hakak” hadoooooiyaaai! kan time tu time dia orang jadik senior…so, kita ni yang junior macam protégé la gitew. surat dengan ayat tak bleh blah…nak wangi-wangi bagai siap kasik bedak johnson + siap ada lukis-lukis gambo ati blink-blink macam baju kak melah kau kunci cintaku tu ha.

nak buat camner, aku bukan takmo layan…aku kesian kat akak-akak tu…sebab aku belum baligh!!! HAHAHA siot, giler kentang ko tetiba nak stim dapat surat bedak kapok-kepok berabuk? mak aku kata, pompuan memang cepat dewasa & matang and sebab tu dia orang tu cepat gak tua dan diduakan. hebatkan mak aku dah macam kasik tip’s tajul muluk. tu yang aku sayang ketat-ketat kat mak aku lebeeeey tu.

sambung citer pasal akak ipar kawan aku yang register tetiba jadi “secret admirer” aku…dah nama pun secret kan? so, maaf la yerk kalo jelingan manja korang dulu “mak” tak balas! sape suruh secret dari aku? lain kali kalo suka terkam terus aaaauuuwm-auwm ~ grrr. kawan aku kata, akak ipar dia tu siap follow semua event yang aku buat...dari singing contest...pantun..semua-lah. cian gak aku tengok ada orang camni yang sanggup pendam dalam ati “hanya mampu memuji”. wah, dah macam masuk jadi wakil rakyat PRU sure menang undi.

lately, blog aku sunyi sikit dari kemaksiatan...dah macam blog pompuan lindungan ka’abah. amik sempena musim haji yang dah berakhir nak masuk winter. so now, aku nak copy & tepek ayat-ayat musim auturm tahun ni dari sabda rasulullah s.a.w:

“cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi dia akan menjadi seorang yang kau benci suatu hari nanti. dan bencilah seorang yang kau benci sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi dia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti”

~kerana sekeping hati ini miliknya, dia berhak mengatur segala rasa, dia mengetahui segala peristiwa. aku tidak berupaya meneroka apa yang akan berlaku pada minit yang seterusnya.

epi sunday ya’ll :)

7 comments:

  1. katanya kan, haha, tulah sunyi tgk takde update!

    ReplyDelete
  2. so how dah ada secret admirer nih haha(kisahnya baru dapat baca entry ni dgn focus) okay apa oi, long lost secret admirer, mana le tau kannn, haha, dari tapau sorang dua baik yang dah memang memendam rasa dari dulu, haha

    ReplyDelete
  3. Terasa jap ayat last tu...huhhuhuhu

    ReplyDelete
  4. huda: tu ar kan...tetiba dah over 20yrs baru dpt tau ada secret admirer hahaha lucu gak! kalo ckp awal2 sure dah berbesan kahkahkah

    faiz: byk kaler idup ni :)

    lan: copy & tepek jerk ayat tu :'P

    ReplyDelete