Saturday, March 20, 2010

hujan bunga

"ramalan tak semestinya berlaku, tapi ia membawa secebis harapan. harapan itu cukup untuk menggerakkan kita untuk terus berlari dan mencari pelengkap hidup masing-masing"

[a n a r a f f a l i]



ramalan kaji cuaca kata
aku kan jatuh cinta
tapi tak pula beritahu dengan siapa.
lalu hari ini ku berlari
mencari-cari
si dia yang bakal
miliki hati ini

mungkin dia ada disitu,
tersenyum padaku,
namun malu-malu.

hujan bunga di kuala lumpur
kini sudah tiada masa
untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita kata
hujan ini tak akan reda

ikut rasa ingin sahaja
aku hampirinya
tapi ku takut apa pula kata semua
bukan senang untukku meluangkan masa ini
sekadar peluang mengisi
ruang kosong hati


nota: contemporary junior art exhibition 2010 @ plaza pelangi johor bahru. bawak kekawan reramai, lapangkan otak and enjoy de art! please support us, seeeeeempoi!!!

3 comments:

  1. naz: thanks : )
    imme: pernah tak korang terpikir yg jodoh kita tu maybe terjumpa dlm bas, train or tetgh window shopg or drivin' even dlm rest room..? we call diz 'kentot pun bau wangi' when sumones greeting u nicely tanpa diduga...

    **w!nk**

    ReplyDelete