[a n a r a f f a l i]
ramalan kaji cuaca kata
aku kan jatuh cinta
tapi tak pula beritahu dengan siapa.
lalu hari ini ku berlari
mencari-cari
si dia yang bakal
miliki hati ini
mungkin dia ada disitu,
tersenyum padaku,
namun malu-malu.
hujan bunga di kuala lumpur
kini sudah tiada masa
untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita kata
hujan ini tak akan reda
ikut rasa ingin sahaja
aku hampirinya
tapi ku takut apa pula kata semua
bukan senang untukku meluangkan masa ini
sekadar peluang mengisi
ruang kosong hati
nota: contemporary junior art exhibition 2010 @ plaza pelangi johor bahru. bawak kekawan reramai, lapangkan otak and enjoy de art! please support us, seeeeeempoi!!!
nice word
ReplyDeletesukar mengerti la ...
ReplyDeletenaz: thanks : )
ReplyDeleteimme: pernah tak korang terpikir yg jodoh kita tu maybe terjumpa dlm bas, train or tetgh window shopg or drivin' even dlm rest room..? we call diz 'kentot pun bau wangi' when sumones greeting u nicely tanpa diduga...
**w!nk**