Friday, July 31, 2009

meter cinta

sepotong surah yassin dikepil ringkas penama doa sya’aban 8. redup mata merenung telapak tangan menekup rapat kelopaknya. ini doa utk org yg kita syg…juga doa utk org yg pernah kita syg serta doa utk mereka yg “gagal” menyayangi kita. hidup ini satu kitaran. ada mangsa dan pemangsa.

menghitung dosa dan khilaf di setiap baris ketelanjuran. sebak dan rabak.

tahun ini cukup mencabar, pencapaian separuh penggal juga bisa buat saya “terpenggal”. blum boleh tersingai bangga seperti yg sudah-sudah. “everyday, i thank allah for everyday things like the ability to breathe, the ability to love, the ability to laugh, and the ability to eat and drink” meminjam bait yasmin ahmad.

wednesday july 22 : sisipan terakhir yasmin ahmad dlm blognya...wasurenagusa


“the hardest thing to do is watch the one you love, love someone else”.

a song of losing...

terima atau tidak doa itu bukan urusan kita (itu kerja tuhan). kesilapan kita kerana gagal untuk terus berdoa. rebah dlm peluk dakap penyesalan.

…langkau hatinya.

Tuesday, July 28, 2009

ugly naked man

meja kuning itu legam tampak warnanya, setia walau tidak berseri lagi. saya dan “teman” mengisi bangku berempat itu dgn menghirup gelas penuh nikmat mengiring bunyi perut minta di isi. keluh teman tentang rumah tangganya sengaja saya rungkai selamba; berkongsi suka duka cuba mencari penyelesaian tidak bernoktah. itulah gunanya kawan. setidaknya tergalaslah sedikit beban dipikul. peliknya kenapalah penyelesaian itu begitu sukar dan semakin pudar dlm atinya. sudah tidak sanggup melihat dirinya terperangkap dlm kusut masai “kotak cinta”.

pergolakan emosi sering saja memerangkap kami, salah bertanya. sugul. selayaknya tiada sape yg sanggup menyakiti ati dan prasaan itu. perempuan itu dia!!! tidakkah engkau malu berdiri gagah merenung tampan tetapi ego menepis persoalan cinta? tiada sape yg sempurna, engkau bukan nabi!?!

beberapa kali juga saya lihat lebam ditangan lengannya, pasti ada yg tidak kena walaupun cuba disogok alasan demi alasan. degil atau kebal? tawar atau hambar? …cerai. pwooooorrrhhh, itukah jawapan terbaik utk masa ini? saya terlalu diplomatik agaknya. sebagai teman saya setuju jika itu membuat dia terlepas dari kemelut ini (tiada emak bapak yg menolak pintu ati anaknya). sebagai org luar dari pintu rumah tangga itu, banyak lagi pilihan utk diselesaikan…dan kenapa itu?

“happiness is when what you think, what you say, and what you do are in harmony” by mahatma gandhi.

jauh saya mengelamun meninggalkan meja kuning dan mobil ini yg masih tidak terinjak. kl sentiasa begini…dewasa dlm mobil mungkin? bila terperangkap dalam lalulintas, mobil mahal pun sudah tidak punya harga lagi. mungkinkah kita juga begitu? terhenti lagi. cuma ini ongkosnya…mana bisa ketemu kamu kemari.

“beb, ngko ok tak beb?”

“aku nak berhenti jadi bini org”



p/s: (buchuk) saya takan nangis dan saya tak marah kamu sebabnya saya juga pernah buat silap begitu. apa yg baik utk awak, itu yg baik utk saya...amen :-)

Wednesday, July 22, 2009

you.we.us

uuurrrrrhhhhh, masih mengantuk dan perlukan sogokan bantal empuk. pinggul terasa berat dan hebat sedangkan mata meleret-diheret-terseret segaris halus kelopak dibuka. anjing tetangga sibuk menyalak dan diapun sesama nak menyalak. hidup ni penuh dgn pengorbanan. yg lemah akan terkorban dan yg kuat juga terkorban sama. apa bezanya?

pekikan pagi tetangga minta dibantu, perlukan sokongan moral. masa baru kenal “berselisih” bahu menegur sapa...bila dah lama bercinta “ish, jangan tegur...usahkan sapa, silap-silap bahu berselisih lebam dibuatnya”. karenah org baru kawin selisih faham, biarkan saja (ngantuk lagi). polisi saya mudah, setiap ari adalah bulan madu dan kenapa nak rosakkan ari yg indah?

hidup perlukan peluang dan ruang. peluang tak selalu datang dalam hidup. ruang juga tak semestinya penuh (positif sesangat).

“kita takan tahu apa yg akan terjadi selagi kita tidak kehilangannya”

tuhan jadikan setiap kejadian itu berpasang-pasangan. ada siang dan ada malam, tangan kiri perlukan tangan kanan, sesuap sudu dan secucuk garfu serta pisau (eh...salah eh? motif???) mungkinkah tuhan juga lupa utk jadikan pasangan kita? perlu x-ray rusuk kiri sama ada jumlahnya masih ganjil atau genap kiraannya, wakakaka. mungkin juga sudah ditakdirkan untuk tidak bersama sesiapa...sendiri bukannya kosong. kerna “kosong” juga ada nilainya tersendiri. hidup ini bukan dalam buangan.

“kalo dah jodoh...kawin, kalo dah takde... kita kawan”

mata terus merenung siling...tiada lagi cicak berkejar-kejar, makin lama dan semakin kabur. tinggal-lah lampu kalimantang dgn cahayanya saling bergantungan. ke mana agaknya cahaya tu hilang pabila suis dipadamkan? korang pun tak teror nak jawabkan??? peluang tinggalkan ruang. masih adakah peluang kedua dlm ruang masa ini?

Sunday, July 19, 2009

chemical touch

ini kisah mlm jumaat pabila org bujang ke warung tempatnya. menunya otak-otak makcik java, sepinggan nasi goreng paprik, tahu bakar + char kuey, kangkung goreng ikan masin (wakakaka belacan actually bagi mereka yg baru mengenal apa itu sudip?) dan pari bakar bersambal serta air kelapa laut. semuanya untuk org yg berpuasa rejab katanya…apek buang ancak tepi jalan pun tak letak lauk sebanyak tu! wokey-wokey i’m fat, pleassssse.

blind: nak…derma nak.
kita: pakcik amik la ni dan simpan je tisu tu (after mencilok duit dato’ dari wallet dia...padan muka lalalala).
blind: amik tisu ni nak.
kita: takpe ye pakcik, simpan aje dan amik duit ni.

[and suddenly...]

dato’: doakan jer dia dirahmati tuhan....dan dapat cepat jodoh (pullstop!).

[dush* mana plak dato’ dapat idea giler ni. kuat dan cukup menarik perhatian meja bersebelahan dan dgn muka lagak cipannya menyambung...]

dato’: huh, doakan aje dia bertemu jodoh cepat.
blind: insyallah, mudah-mudahan tuhan murahkan rezekinya dan bertemu jodoh hendaknya ye nak.

muka merah bagai isi otak-otak dan terasa garingnya si tahu bakar. belum pernah didoakan di khalayak ramai sebegini dan doanya sebegitu rupa. perlahan-lahan saya mengangkat muka dan menepis setiap mata yang memandang...

“boleh saya order abang di meja depan tu? sempurna sungguh ciptaan tuhan, poooyoo!!!”

hidup ini bagai “token”…penuh dgn perjudian. untung sabut timbul-lah, untung batu tenggelam. july is a month in which it seems like they’re not laughing with you, they’re laughing at you.

Tuesday, July 7, 2009

thing-tong

yesterday, masa tengah cut my hair kat michael & guys with kechik then online la “muka-buku” sambil mulot terkumat kamit…bukan zikir okay just menjawab soalan-soalan cepu-emas si kechik ni. lagipun saya bukannya “facebook pornstar” mcm korang, huhuhu. scroll punya scroll, trus nampak tag pakcik ni, bukan satu tapi dua (nampak sgt tak confident and that is warning…i must do it). huh, kat sebelah tu la pakcik “saiful azhar” yg sungguh berani tagged kita (kasta dia ni rendah ckit dari “azhar” sulaiman but tinggi ckit dari “saiful” anwar ibrahim…walaweee~dush*). tema tag kali ni three (3) things katanya...let's share! korok mu. korang re-read jelah jawapan spm saya tu, kalo berminat korang copy je skema jawapan tuh. mesti pass-nyer and get A++.

three names that you wish no one will ever call you…
selain dari cham’s, if nak merasa “high heel” seize 6 kita bleh arrr (suka suki je nak panggil saya dgn nama pelik-pelik, hanjing sgt!!! saya suruh sakaratul maut panggil korang nak? lalalala).

three jobs i have / had in my life
1. freelance editor
2. town planner
3. erm…“blow-job” pun gerek pe? membanting tulang tu.

three places i have lived…
1. sg. choh, rawang (aiyoh, i can’t believed…)
2. puteriwangsa
3. simbang 17 (korang tau ke tempat ni, wakakaka)

three tv shows that i watch:
1. gilmore girls
2. desperate housewives
3. ugly betty

three places i wish to go someday,
[mecca] saya takde impian indah mcm korang…only that place, amen.

people that e-mail me regularly is,
1. respeks : ntah mamat & minah mana yg sengal dan aku tak kenal + takde keje menyusahkan aku je delete email tak berfaedah diaorg neh!!! kalo dah gatal tangan sgt tu pegi la mencangkul rumput ke, cabut uban ke…siang taugeh ke…ish, emo jap ~ nak luku-luku kepala diaorg.
2. my best friends
3. co-workers & client (ke-lain…not for my boss eyes)

three of my favorite foods:
1. satay
2. macaroni and cheese
3. …all things bout cheese

three things i would like to do / have:
1. cookin’ and sumtimes “cock-ing” maybe? uweeeekkkss.
2. superman??? not rubiah suparman okay.
3. me…yup, it’s me : )

three sports that you are quite good at…
1. batu seremban? kalo berani meh arrrr, poyo!
2. main gelang getah
3. galah panjang….hahaha :p expert-ise tuuuuu.

three personal belongings that you really love?
1. my family and i can’t erase my memory to forget them, so i bring my otak too.
2. awak + dia + buchuk + sayang = only y.o.u
3. money currency

things i am looking forward to…
“someone” (on-off like bursa saham, plezzzzzzzz la sayang…i’m tired) no number two and no more three.


p/s: thanks pakcik saiful…okay ke jawapan tu?!? trasa nak mkn “murtabak sedulang” plak.

Saturday, July 4, 2009

cut & paste

gather ye rosebuds while ye may,
old time is still a-flying:
and this same flower that smiles to-day
to-morrow will be dying.

[robert herrick, to the virgins, to make much of time]

i got coffee and sat down to wait at starbucks, and a cute guy came up and started chatting with me. sape mamat ni? now, i generally am quite suspicious of strangers, but i had recently been told someone…rupa parasnya aje sudah membuat saya berfikir dua tiga kali, walau kata-katanya hanya bersifat liberal. tetiba rasa berdebar-debar dan peluh-peluh kechil mula mengikat resah digaris epidermis pertama. berapa skala ketakutan korang?

setiap ari ada aje ketakutan yg menghambat kita. takut juga suatu prasaan seperti gembira dan duka. ketakutan buat kita trasa lemah dan negatif. adakala ketakutan buat kita hebat dan disayangi. ada boyfriend yg suka melihat girlfriendnya takut apabila menonton movie seram; maka muncul-lah hero hindustan menyelamatkan kekasih yg ketakutan, digenggam erat tangan girlfriend mengambil kesempatan yg tidak tersempat tadi. sape kata takut itu bersifat feminin? disetiap jiwa korang tu pasti ada rasa gementar dan takut.

“mak, kita takut…takut gelap…….ada hantu arrr”

“ish, mana ada hantu? mak-kan ada”

perasaan takut tidak menjadi begitu penting dan sering diabaikan kecuali ianya ditakut-takutkan (dimomokkan). ada org takut menghadapi masa depan, takut menghadapi kematian (lelaki mati lebih cepat dari usianya itu adalah fakta), takut berhadapan dengan kebenaran dan hakikat sebuah kehidupan. ada org takut menjadi gemuk (walaupun chantek bersifat subjektif), takut menjadi tua (ianya hanyalah sekadar angka) dan takut tidak dicintai “lagi”. ada org takut kalah...lebih kritikal dan bukanya kritis bila takut berkata benar dan memilih utk menjadi dusta. korang pikir itu langkah bijak? lebih menyakitkan apabila ada org takut utk berbuat salah!!! dari itu, seumur hidupnya tiada langsung proses pembelajaran dan tiada apa yg hendak dibanggakan.
o
kenapa perlu takut jika diri itu dipihak yg benar?

hey kamu, ye kamu yg memandang telus paparan saya ni...this town just to small! hanya satu per tiga malam yg tersisa dan hadapilah hari ini walaupun sendirian, bukan ke tuhan sentiasa ada bersama kita??? tuhan juga tak nampak mcm hantu, tapi kita lebih takutkan hantu berbanding tuhan, gulp*

kita udah enggak ada tante’ lagi...berpacaran juga udah enggak enak. “beruk-band” mungkin bisa membantu?.

Wednesday, July 1, 2009

tarot card

arrrrrhhhhhh...bosan bangat!!!

hujung minggu trasa panjang, cuaca semakin panas menelanjangkan saya. salahkan saja indeks IPU yg mencanak naik gara-gara el-neno yg tidak berdosa (bukan ke korang penyumbangnya?). barangkali selsema “babi” juga menghambat-paksa saya terus bertafakur di rumah. sialan. setelah dagingnya kau lapah…dan sarafnya kau mamah; kini takut pada bayang-bayang sendiri? hingga hampir melumpuhkan deria rasa yg dikata hebat suatu masa dulu? baru la terhantuk dan menyedarkan. separuh nafas tidak selari dgn degup jantungnya.

masih bosan.

sempat saya bersembang kosong bersama bebrapa org rakan. walau apa pun kisahnya, tujuan mereka tetap sama...mencari damai dan bahagia.

scene one

bila hati dipanah cupid’s…otak terus beku, lidah menjadi kelu. jasad trasa tidak menentu. alo, ni pasal komitmen? ada org mmg kesanggupannya luar biasa. berhabis segala bagai demi cinta. masa elok perangai, eloklah katanya. bila smua dah bercelaru...baru otak beku mencair, lidah pun tak kelu lagi.

punya paras bagus dan dompet yg empuk pun masih merungut? kriteria penyakit millenium. tak salah mencari kesempurnaan kerana hidup ni saling melengkapi, tapi salahnya bila idup ni terlalu fanatik + obses = sempurna. engkau bukan maksum, dan kata-katanya juga bukan sabda.

he’s not a superman okay?

scene two

bukan mudah menolak rasa. rapat tak bererti mesra, chantek di luar blum tentu elok dalamnya. ini bukan buah atau ikan yg bleh ditimbang kilo, dirasa cuba di kaki lima.

sesape pun tidak mahu berkongsi rasa lebih-lebih lagi berbagi suami. berat mata memandang, terpikulkah bahu menanggung beban? kalo hendak dijinjing pun sudah trasa beratnya. nape tidak dilepas beban dipikul? semua org tahu yg manis itu gula, garam itu masin dan cuka itu masam. tapi kita tetap mahu mencuba. tak sape paksa utk buat pilihan. deria rasa ada lima dan ke enam adalah cinta. subjektif huh???

tapi dia bahagia (katanya)…ada saja perancangan harian utk bersama. senyum itu tanda gembira, senyum juga mampu sembunyikan rasa seksa. it seems to me that some people say things without meaning what they say. they just utter words out of convenience. there is a man replies “no problem” to any request made to him.

scene three

percintaan jarak jauh pasti menguji kesanggupan tahap dewa. apatah lagi melibatkan nilai kepercayaan dan kejujuran (of couse kewangan juga). apa itu relationship? apa itu setia? adakah kerana sebaris kata-kata cinta sudah mampu memisahkan dunia dan akhirat? wo-wo-wo saya terkeliru.

hidup ini bersahabat dan cinta itu prasaan yg patut dikongsi sama. sebab itu org tua-tua kata, perkahwinan itu bukan utk sehari dua dan juga bukan dgn dia semata-mata...tapi perkahwinan itu dgn keseluruhan keluarganya.

bila pasangan kita mula mengongkong dan menghalang sesuatu yg biasa dilakukan oleh kita, itu sudah tidak semulajadi (selagi ia tidak melampaui batas-batas norma). ada yg kata ianya bersifat realistik “sebab sayanglah dia buat mcm tu”. aduh, deria rasa korang rosak ke huh? therefore tried to introduce a more pragmatic, common sense, and clear thinking approach to all these things.

terima dia seadanya. dulu, kini dan selamanya (wah, political approched nampak?).

hipotesis:

ketiga-tiga ini lelaki yg punya identiti & kredibiliti, kawan saya. korang tak perlukan viagra utk merangsang dan terangsang. tak perlu magik utk jadi superb. adakala hidup perlu jadi parasit (itu tak bermakna saya bersetuju) and survive. the term i adopted to describe the things i had become interested in which did not fit into the general pattern of “normal life”. i found none of the existing terms felt right, or they were too loaded with associations i was uncomfortable with.

some people who have given you hope - consistently showing insight, intelligence, and a sense of humour. if they could remain sane, and say something worthwhile, why couldn’t i? salah ke kita menjadi diri yg kita kenal?

sesungguhnya aku tidak diutuskan sebagai pelaknat tetapi hanya diutuskan sebagai pembawa rahmat.