Tuesday, December 23, 2008

terima kasih cinta

[dengan nama tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani~]

dear penyu,

while i was writing diz letter, azharina greatest hit song “rawan” was playing on my laptop. this is de song that has always kept me going for the last three weeks. i knew dat some of my fren thought i was acting weird or “drama queen” by playing diz song repeatedly. why diz song did mean so much to me?

may 09 : friday

“antara ye dengan tidak. sopan sangat i ari ni, berbaju purple, berkerongsang, bersongket “manis” bagai mahu dipinang org. bersederhana dan lebih tenang. karaoke ari ni macam tak menjadi, i lebih prefer majlis al-qur’an pagi ni. i betul-betul tenang. i terima segalanya. hati ini sudah “tidak dimiliki” selepas i amik keputusan memutuskan “kesemua” hubungan yang ada. ramai kengkawan yang tak percaya dengan keputusan i. ramai yang jangka i akan jatuh cinta kembali. thanks god sebab ramai juga yang cuba buat i kembali ceria. abang kidnap i. i tanpa paksa merelakan dan cinta itu tidak perlu di cari, ia datang dari dalam ati dan cinta itu juga ada di mana-mana”.

bertemu dgn awak merupakan anugerah tuhan yang tak terhingga pada cham. benarlah kata orang, kita hanya mampu merancang…sehebat mana pun perancangan kita dan andai begitu kehendaknya; gagal jua menawan jiwa ini. belumpun sempat 24 jam apa yang cham catat dalam diari peribadi telah dibukti berulang lagi. inilah titik permulaan kita berkawan, jika awak masih ingat?

july 04 : friday

“black witch or fortune teller? hahaha ke match makers? ari ni i just follow abang rules coz i’m not a good player. outgoin to shopping, and no more to eat. ada perjanjian syaitan untuk turunkan our berat of 5 kg for a month. ummph, bleh ke ni? and tonite kami enjoyed kat baze rainna’ce and i jumpa penyu…masih chomel macam pertama kali kami jumpa. make any sense?”.

hampir dua bulan cham tak jumpa awak…walaupun kita selalu bermain sms dan adakalanya melalui panggilan hp; inilah saat yang paling cham tak sabar untuk bertemu dengan penyu. cham tak pasti mengapa?…perasaan ni datang lagi? sedangkan dah dua tahun cham idup sendiri, walaupun ada yang mencuba nasib tapi pintu ati ni terlalu kebal untuk ditembusi. tapi penyu lain, semakin cham cuba untuk jauhi dan sesukar itu juga gagal untuk menipu diri.

penyu, entah apa mentera dan semangat apa yang merasuk diri cham ni…cukup kuat rasanya meruntuh tembok ego dan memberanikan diri percaya pada kata ati. penyu pun tau, kl bukan permainan cham, canggung…apatah lagi bermain emosi dengan orang yang cham kurang kenali. hajat untuk cham merawat luka lama dan tak sangka bertemu penyu di sini. berbual di meja “hajriz” diiring gelak kecil dan bertukar cerita di tepi tasik sambil memcuci mata pada mereka yang lalu lalang…cuma ada satu perasaan yang sedang berbunga…all about penyu. relationship yang dah masuk 2 month bunyinya so sweet huh! and in a sametimes i kekadang kabur cara penyu berfikir is it true kami ada “kimia”? or sebenarnya semua ni khayalan kami? or cham sorang. erm…jigsaw puzzle lagi? ayo…what happen with mylife huh? dun make a simple-simple thing to complicated.

ada apa dengan july 14 : monday? i’m yours

“i got penyu massage lately diz afternoon. what do i fell now? make any sense? i’m soooo excitedddd!!! penyu dah decide nak duduk bersama i kalo dia keje di jb nanti. no more quarters. sound so good huh!!! takde apa yang lebih menggembirakan cuz dah lama i offer but la ni baru i trima jawapan. thanks god…i just can’t hide it. the bestest part is i will get to spend time with penyu. we hope so”.

july 22 : tuesday

“sesungguhnya ari ni memang best gilerrrr…superb!!! superhero in de making. alhamdullilah majlis y.b. berjalan lancar dan ramai yang tersenyum bangga. sederhana, santai tapi meriah. at least, i proud sangat dengan hasil i sendiri. protokol is protokol but ada benda lagi best but penuh debaran...akhirnya penyu dengan famili sampai gak ke jb. i teman penyu sampai selesai urusan pendaftaran. nasib gak mak dan ayah penyu sama perangai macam mak ayah i. so senang handle. banyak benda yang kami borakkan. after dine, famili penyu pun dah balik so i bwk penyu beli baju @ tebrau. semua sempurna. apa lagi yang i cari? jika benar inilah cinta, biarkan saja ia terpenjara bersama sampai mati”.

july 23 : wednesday
“terima kasih cinta”

“takde yang lebih bermakna bila orang yang kita suka, yang kita sayang ada bersama. walaupun ada banyak perkara yang masih kabur dan belum jelas, apa yang berlaku malam tadi sememangnya di luar kawalan dan kemahuan. takde rasa yang mampu menggambarkan perasaan ini. interview ari ni berjalan dengan lancar. jika rezeki itu tuhan janjikan untuk kita, pasti ianya tetap jadi milik kita. i tak minta atau register dan rezeki ini datang bersama cinta. sekiranya cinta ini mekar dalam jiwa, pasti tak terbendung lagi raga ini menerimanya”.

penyu, hingga catatan ni cham tulis cham masih gagal mendapat jawapan yang pasti. apa sebenarnya yang berlaku pada malam tu? apa sebenarnya? itu malam pertama awak di rumah sewa cham dan malam pertama kita sekatil. memang bodoh manusia bernama “shamsul” yang jiwanya cukup bergelora bagai hangatnya “mentari” menolak awak ke tepi. sehingga ari ni juga cham nantikan penyu tanyakan soalan ini! kenapa? dan mengapa? dan sehingga ari ni juga tiada sebarang soalan dan jawapan antara kita.

biarlah cham katakan secara teorinya memang agak menarik, tapi cham cukup berhati-hati sehingga mengheret catatan ni ditulis. jika penyu sedar, esoknya adalah hari pertama awak bertugas di jb....esok ur first day!?! dan esoknya juga cham ada interview kenaikan pangkat. sedangkan aritu kita sama-sama penat dan perlukan rehat untuk hari esok yang cukup untuk otak i dan u berfungsi tanpa henti. sekiranya penyu berada di tempat cham, apa agaknya yang awak lakukan? menerima takdir pada malam itu? salah ke cham menahan ati yang hakikatnya memang inilah saatnya yang memang cham nanti-nantikan? terlewat? sehingga tiada peluang kedua? cham tak bijak untuk meneka apa yang ada di dalam ati penyu. salah cham ke....?

penyu, kalo kurang manis senyum cham pagi tu tapi cham rasa cham tak gagal lagi meletak garam untuk masakan pertama untuk awak biarlah khamis ini menjadi hamis gara2 mee goreng + sosej + nuggets…..nampak sangat tak biasa ke dapur, hahaha : ) dah lama tak saji untuk “suami”. ayoooo, mati la deq! dalam confuse-confuse idup bulan ni, i cuba buat sebaik mungkin. thanks penyu, kehadiran awak setidak-tidaknya membuat cham lebih bersemangat. hasilnya cham dah mula pandai masak macaroni and cheese. awak pasti ingat hasil kali pertama cham memasakkan? hahaha bersyukurlah takde sape yang dimasukkan ke wad kecemasan ; p sekurang-kurangnya saya tak perlu tunggu sebulan lebih untuk makan “wedges cheese” bersama awak! erm…hahaha.

july 28 : monday

“…..gi anto baju penyu. walau apapun yang akan berlaku, i tetap akan bagi baju kurung johor tu!.....”

jadual cham pada bulan ogos mula padat dengan rungutan tugasan awak di opis. cham cukup tertekan. pernahkah cham gagal untuk setia mendengar cerita awak? niat cham hanya nak membantu, meringankan tekanan yang awak lalui…cham ringankan “iron baju” yang akhirnya dijadikan tugasan rasmi cham. ogos juga kita mula berkongsi kereta.ogos juga membawa kita berpoya-poya di club spa & sauna.

06 august : wednesday

“… bersemangat betul penyu makan. he look so cute. chomel!!! after dine timbul le semua idea giler lagi menyeramkan. dah la i takde suara tetiba plak gi diva berkaraoke. semua lagu duet kami nyanyi bersama. dulu memang i selalu abiskan masa…..penyu memang giler! kami berdangdut, menari joget semua...”

penyu, cham tak pernah lupa lagu kita berdua…”seiring dan sejalan” & “sandarkan pada kenangan”. cham rindu sangat gelak tawa penyu. mana hilangnya idea giler ni? kalo penyu tak teman cham, sape nak penuhkan karaoke jamban tu? i wish….i wish sangat-sangat kegembiraan ni. kalo la bleh diulang smula?

ermmmm…sape kata cham tak bleh makan di warung. bleh apa? cham dah buktikan di warung saga. ingat tak idea giler awak, kita dengan tak mandi, cuci muka melantak kat warung tu! bukan tu je rekod kita bulan ni, kita cipta rekod giler ke 4 buah clubin’ meronggeng di singapore dalam satu malam.

august 11 : monday

“manis sangat penyu pagi ni. mood dia sangat elok dan awal sangat dia bangun. semua pakai penyu dah siapkan. kami memang gigih dan pagi ni i bagi penyu cincin tindakan paling berani dan buat dia terkejut…..if kita bagi apa yang kita sayang, pasti tuhan lebih sayang pada kita”.

sesungguhnya puasa nesfu sya’aban cham hampir separuh bulan cham kerjakan. di mana “hang kebun” waktu tu? “kepulangan yang dinanti” surprisekan cham utk teman cham buka bersama. awak cukup membuatkan saya terus teruja...apa lagi keajaiban awak penyu? thanks, sebab menjadikan cham “chantek” untuk malam itu. ramai yang memuji awak. ingat tak awak ketika di meja makan tsn; “i nak girlfriend i yang gagah perkasa dan punya batang yang besar” jangan jeling pada cham! wakaka.

jika nak dikira kegembiraan yang kita lalui memang tak terhitung dan terjangka oleh orang lain yang sedang bercinta. pasti mereka juga tewas. pasti ada saja yang berteka teki tentang status kita waktu ini. seronokkan? katakan saja...mendaki bukit timbalan pada malam-malam buta semata-mata nak selamatkan awak yang terkunci di dalam opis, berkongsi cerita bersama kengkawan awak dan kengkawan saya sehinggalah tawar menawar barang di air hitam; semua kita lalui bersama. ada masa cham tau penyu tak larat sangat kepenatan. tertido depan tv menemankan cham membasuh baju. dan di mana awak tiap kali cham memandu? hahahahaha “tido” di kerusi itu. paling cham tak dapat lupa perjalanan bersama balik dan tido di rumah mak abah awak serta bersarapan di laman rumah, great! sangat-sangat tidak terjangka oleh cham…dah lama tak buat idea gilerrrrrrr.


penyu, ini bukan cerita asam pedas, kobis goreng dan pucuk ubi celur yang hendak dihidang. ini pasal jiwa, pasal hati, pasal cinta! di mana silapnya? mungkin salah cham yang tak faham apa “makna kawan?” siapa tuan penyu di depan mata cham sekarang ni. apakah punca kemarahan kita?

masa tu 09 september dan beberapa hari saja daripada hari lahir cham. pasti penyu terlupa yang 09 september juga merupakan hari perkenalan kita yang kelima bulan. cham tau yang awak memang susah nak ingat tentang nombor. apatah lagi angka-angka ini agak janggal dan tidak berkesan dalam ati penyu. sebenaranya masa tarikh ni cham tak marahkan penyu untuk keluar berbuka puasa bersama kawan-kawan mahkamah penyu...cham nantikan penyu bertanya hingga kini apakah yang menyebabkan cham tutup pintu bilik dan menyebabkan kita bertegang urat pada waktu sahur tu? hingga kini cham nantikan! tapi biarlah cham yang terangkan...apakah perasaan penyu jika cham tinggalkan penyu sendirian berbuka tanpa teman sebab diberitahu on last minute? dah la tu tanpa kereta (sebab kita share kereta) dan tanpa kunci rumah (sebab kunci dalam kereta) dan terpaksa menyusahkan orang lain plak untuk pinjam kunci rumah dan balik berbuka sendirian di rumah hingga terpaksa juga merayu org hantarkan i balik rumah. apa prasaan penyu? jika cham yang buat perkara ni pada penyu? ada penyu tanya cham kenapa marah? ada penyu tanya cham apa cham berbuka pada aritu? so dalam perasaan cham yang tak stabil cham cuma makan maggi je. sangat-sangat mengecilkan ati. cham tak pernah marah penyu atas sebab berbuka dengan kengkawan penyu, tapi.....mungkinkah cham yang bermain dengan emosi?

sama ada penyu ingat ataupun kebetulan yang 14 september tu merupakan hari lahir cham…..cham tak pasti. di mana awak penyu? di mana awak masa tu...? semua yang keluar dari mulut awak cuba cham tunaikan sedaya mampu....di mana awak? apakah awak terlupa yang inilah hari yang cukup menghiris hati seorang “kawan”. sehari dalam 365 hari dan mengapa ari ini awak lakukan semuanya? apa tak cukup lagi untuk awak menghormati dan menjaga ati seorang yang dianggap kawan seperti cham ni? biar saya ingatkan awak apa yang berlaku pada malam ini, awak “flirt” bersama ”budak” massage center atau dalam bahasa kasarnya dengan mudah cham katakan “pelacur”. hati siapa yang awak hendak jaga? cham tak minta awak sanjung diri cham ni...tapi cukup la awak hormati cham untuk sehari ni je dalam setahun.

mungkin juga cham bermain dengan emosi sekali lagi...sebab cham tak pernah bagitau penyu tentang perasaan cham...mungkin cham yang buta atau penyu yang kurang nampak apa yang berlaku antara kita? tak sangka niat ati untuk hiburkan awak dengan menonton ayat-ayat cinta membunuh cham pada malam itu. memaksa cham melunaskan dasar tutup pintu.....yang akhirnya cham dikatakan buat perangai? menerima sms yang mengugut untuk berpindah rumah? apalah salahnya malam itu?

september 18 : 12:10:31pm

penyu, dat since de 1st nite u walk into my life nothing has been de same. as i wait 4u 2pass by juz to get a glimpse of u…i cant escape from de love i feel 4u. sorry wat i have dun b4. plez forgive me [via sms].

september 18 : 4:49:22pm

penyu, kalo apa pun yg blaku, sy tetap kwn awk. mcm dulu gak xde yg b’ubah. sekurang2nya awk tau prasaan sy. silap sy x bgtau awk awal2, t’lalu mengikut kata ati [via sms].

di mana penyu waktu ni? awak bersama “pelacur” tu! inilah cara kita menyelesaikan masalah....”kita?” cham juga yang berjanji untuk menjadi kawan. biar tiada relationship antara kita...cham janji, pujuk ati...biar la ada friendship antara kita. jangan hilang “kawan”.

biarpun perang dingin masa tu tidak berpanjangan...semuanya terpendam dalam ati cham. di mana hilangnya penyu cham kenali sebelum ini? sekali lagi cham bertanya pada diri yang naif, apakah yang berlaku pada 23 julai? kita pernah gelak hingga lupa segala masalah dikeliling kita gara-gara magic word “mengelupur” awak, penyu. dan sepantas itu juga kata-kata itu menelan cham, mengelupur dalam erti kata mencari sebuah persahabatan yang dinamakan “kawan”.

pertama kali awak dedicatekan lagu “can’t take that away from me” by mariah carey…penyu ingatkan masa tu? pertama kali juga cham berkongsi masalah opis. jarang cham buka mulut bercerita, takut mengganggu masalah yang awak juga hadapi di opis. setidaknya dalam perbuatan cham, awak sentiasa saya dahulukan sebab cham tau penyu tak biasa di jb, tiada siapa yang boleh awak harapkan di sini. cham cuba penyu! setidak-tidaknya cham mencuba? puasa tahun ini cukup mencabar dan setidak-tidaknya juga cham puas awak menjalani ibadat ni bersama di sisi.

september 27 : 12:44:20pm

“sy dah sampai rumah ni. send my regards 2ur family, jemput la dtg rmh raya nanti. sy minta maaf dan halalkan mkn minum. ramadhan ini b’sama awak sentiasa dekat dhati”[via sms].

benarkah ini “takdir cinta”? dimanakah silapnya? berdosa dan berbohong la cham kalo tidak mempunyai perasaan marah terhadap awak penyu. tapi perasaan tu pantas cham kuburkan setiap kali ianya tercetus. sehinggalah malam itu (november 23 : sunday) cham putuskan i’m not ur servant!

for ur info penyu, cham dah lama bleh terima penyu sebagai “kawan” awak. kalo tidak masakan cham yang beria-ia minta penyu bawak your lover bermalam di rumah kita? jika diukur sememang dari awal lagi cham dah kehilangan awak, sebabnya awak memang sudah berpunya; punya pacar! cham yang degil mencuba nasib…cuba menyakiti ati sendiri. tak timbul “statement” yang cham tak bleh terima hakikat bahawa kita hanya “kawan”!

dengan izin juga cham benarkan penyu membaca diari peribadi cham. malam itu menguji keihlasan dan kejujuran antara kita. cham tak salahkan penyu untuk mencari kebenaran, hanya satu tempat di mana ia adalah luahan ati dan perasaan cham. catatan peribadi bukan untuk tatapan umum, itulah harga sebuah kejujuran. kesilapan kita adalah kerana terlalu percaya pada kata ati…..siapa sebenarnya yang kita cari penyu? kenyataan sebuah penulisan atau seorang teman yang masih berdiri dihadapan mata? lihatlah terus ke dalam mata ini penyu…kata-kata seorang “kawan”. yang tidak pernah mungkir bersama awak dan patuh pada janji yang dipegang…tapi cham juga manusia, yang tak gagal untuk jatuh sakit. alangkah bagusnya kalo awak dapat membaca apa yang tertulis dalam hati cham. betapa risaunya saya ketika awak demam dan sakit tekak dahulu dan melupakan keegoan & kemarahan cham seketika mengusung awak ke klinik pada lewat pagi…di mana awak ketika cham sakit penyu?

cham tak nak “menjadi servant penyu” tapi menjadi ””kawan penyu!?! yang berkongsi suka duka, susah senang bersama. cham hentikan jasa baik ini bersebab penyu. masih menantikan awak bertanya kepada cham. silap cham, dulunya degil…..tiada siapa yang memaksa, tapi tetap juga berkeras nak melaksanakan. cuba penyu toleh empat bulan lepas, di mana awak? berhadapan dengan kepayahan situasi opis yang cukup menyeksakan, tiada teman baik, tiada ruang kepercayaan untuk bertumpang cerita, masih kekok dengan selok belok di jb. dan di mana pula cham? toleh la ke sisi awak penyu, cham sentiasa berada di sisi awak sebagai “kawan” yang paling setia dan sesungguhnya cham sentiasa tau dan jelas bahawa awak bukan milik cham.

lama ingin cham hentikan khidmat ini, tapi atas perkara di atas cham pujuk ati agar tunggulah masa yang sesuai. ini lah masanya penyu, selepas empat bulan yang agak menyenangkan dan cukup gembira. setidak-tidaknya keputusan cham ambil ini dibuat bukan atas dasar emosi. cham putuskan ketika awak sangat-sangat stabil dari segi kewangan, cukup gembira selepas bertemu your lover, dah punya kengkawan yang cham sendiri yakin kesetiaannya, dan penyu juga sudah bijak mengatur langkah di sini dan bukan lagi bertatih.

penyu, apa yang cham lakukan pada penyu dengan secebis layanan mesra itu merupakan sedikit perilaku yang lazim dilakukan pada my bf. tapi kita hanya kawan…tidak perlukan keajaiban untuk membuktikan cinta. jika penyu tau, setiap pagi bila cham memasak air panas, menggosok baju…ati cham menangis dan adakalanya tak terbendung airmata ni. bukan tertekan melakukan kerja harian ini tetapi setiap inci perbuatan cham bagaikan menghukum dan mengimbas masa lampau cham bersama lover cham. cham perlu berhenti! dan hentikan…cham dah tak sanggup melawan kesepian ni lagi. sebab itu la cham cuba tamatkan segala yang cham dah mulakan. namun, sebagai ”kawan” cham masih punya hak dan perikemanusiaan untuk melakukan apa saja yang cham pikirkan wajar; sebegitu juga penyu kan? mana mungkin sesape juga sanggup melihat ”kawan” inikan pula ”teman serumah” berada dalam tidak selesa?

06 december : saturday

“cham tak pasti kenapa i harus berada di kampung sedangkan hanya jasad terpaku.….”

jika boleh ditebus segala kesilapan yang cham buat, dan setiap detik itu boleh dinilai dengan harga…pasti cham tebus dan nilaikan agar tidak lagi menyeksa diri cham ni. kemarahan penyu setelah membaca catatan diari peribadi cham tak boleh dipadam. tiada lagi kata-kata manis mampu cham ucap. i lost my sweet word. satu ketika bila cham tak mampu berkata lagi, cham tau ”penyu sorang yang bijak berkata-kata” apatah lagi penyu tau ”cham jenis yang bercakap”. silapnya kita sentiasa gagal untuk ”berkomunikasi”. menjadikan orang lain sebagai medium melepas marah...mencurah rasa!

perlukah cham minta izin sesiapa untuk mencurah kata di dalam diari yang dianggap peribadi? perlukah di sini juga sekali lagi cham tipu diri ni? menafikan apa yang dirasa? jika benar.....sekali lagi cham bertanya pada sebuah ”kejujuran” mampukah ia mencipta kebenaran dalam persahabatan ini. agak mustahil bagi dua orang ”kawan” yang sama-sama bijak menyusun kata, menangkis hujah, tetapi gagal membahaskan persoalan peribadi sehingga luntur setiap kata-kata.

december 17 : wednesday

penyu, bangun....penyu...bangunlah. nanti lambat ke opis. penyu, bangun. dah pagi ni…..”

biar cham berlalu lesu dan membisu masih mencari penyelesaian untuk segala persoalan kita. jika dulu perkataan ”sayang” tak pernah lekang dari bibir...lesu suara penyu menembus pintu sudah cukup buat cham tersenyum sepagi itu. hanya itu mampu menjadi kekuatan cham untuk trus berdiri berada di sini...cham juga tiada sesape di sini, cham ke mari bukan untuk capai bintang yang tinggi tapi sekadar menggilap cinta ati cham yang dulunya pernah menjadi hakmilik.....sehingga mempertemukan kita berdua.

december 15 : monday

“di mana letaknya kejujuran, kepercayaan dan keikhlasan?” jangan di minta yang bukan hak, takut merana hati binasa. mengapa dipersia kepercayaan orang pada kita sedangkan kejujuran dan keikhlasan milik kita tidak pernah dipertikaikan?”

cham terfikir semula....erm...is someone to old fasion or outdated to be loyal and sincere to his partner?

everything that happens in diz world, there is no absolute good or bad. sometimes good things turned out to be bad things. eventually, while bad things that happen to you, enjoy it, but don’t have to hold too tight to it, treat it as a surprise in your life. whatever bad things that happen to you, don’t have to feel too sad or despair, in the end, it might not be a total bad thing after all.

why should this thing happen?

some choose to hurt and some choose to be hurt…i choose not to let both side hurt. mana “siti” menghilang?….suara yang dulu pernah memecah sunyi pagi cham..…cham rindukan suara itu...

“...but if u stay i’ll make you a night like no night has been or will be again. i’ll sail on your smile, i’ll ride on your touch, i’ll talk to your eyes that i love so much but if you go, go i won’t cry. though the good is gone from the word goodbye…if you go away”

penyu, thanks for being my fren…sekiranya masih sudi dan ada ruang dalam hati penyu untuk cham singgah tumpang teduh. mungkin cham terlalu beremosi. tak salah merasa hangatnya panas, sebab teriknya belum tentu sampai ke petang. mungkin inilah hakikat yang tersurat dan perlu cham terima. sementara masih ada segaris cahaya, biarlah di ufuk manapun ianya berdiri akan cham kenang memori kita bersama. sebab cham dah tak sanggup menangis hingga terlupa bagaimana nak bermanis muka. cham minta maaf sekiranya berkasar bahasa dan menyebabkan awak juga berkecil ati. ini catatan cham, meluah rasa…bercerita pada yang lupa bertanya; untuk dikenang suatu masa kelak.





“kawan”
shamsul cairol abdullah
*penyu = subject to changed

2 comments:

  1. thanks...ada gak yg jenguk after bertahun di mana blogs ini bermula. ini kisah pertama, kisah mencipta blogs dan sebab itu masih berterusan.

    ReplyDelete