Monday, July 19, 2010

meeeoOoow

genyeh mata…sengkang bebesor sambil capai yogurt strawberry. rutin aku pagi ni cuba menyiapkan jawapan bertulis bagi soalan-soalan di mesyuarat pertama (pembukaan rasmi) bagi penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-12. pelbagai isu dibangkitkan dan lebih serdak dari rasa kueh bangkit tahun lepas. kebanyakannya berunsur for-fu-lar! tunjuk rajin! memperjuang hak rakyat kekononnya, padahal hanya tunjuk muka time nak pilihanraya. tak kurang yang soalannya hanya copy paste skrip tahun-tahun lepas dengan harapan aku tak perasan. elooooooo, bukan ke aku gak yang sediakan jawapan persidangan dewan korang ni. emang dasar bajingan tengik! aku hanya membantu soalan yang berkaitan dengan law, yang lain sooooooooooooorry naik lori...not my hik’s.

sedang sibuk aku google-ing tetiba aku tertarik dengan fakta & auta dari web pages ni, yang penting aku senyum sendiri (mak kata hidup kita akan lebih tenang kalo dapat bahagiakan orang lain) so, aku amik pendekatan ni tuk pastikan korang gak epi dengan apa yang aku jumpa ni, hehehe sharin’ is carin’ kaaaaan...?

1. sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

2. tahukah anda dalam bahasa inggeris dan italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem la dolce vita yang diterbitkan oleh federico fellini pada tahun 1960. dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama razzi juga boleh dikenali dengan nama papa razzi.

3. tahukah anda bendera negara denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

4. tahukah anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

5. tahukah anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

6. tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

7. tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

8. tahukah anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

9. tahukah anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah orang utan.

10. tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

so, ada sesape nak belanja aku pagi ni..? jom breakfast?!?

2 comments: