Friday, July 30, 2010

tolong ingatkan aku

jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa

mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa ditebus hari

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa

tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa

tolong ingatkan aku
kisah kita






Sunday, July 25, 2010

aku pinjam kaler kau..?

people make mistake…is part of growing up.

kata ustaz...
jangan memudaratkan kalo kita tak mampu memanfaat,
jangan menyusahkan kalo kita tak mampu menyenangkan;
jangan mencela kalo kita tak mampu memuji.

rupa-rupanya hidup ini bukan perjuangan.
bukan penentangan berterusan.
rupa-rupanya hidup pengulangan.
lapis melapis hingga jumpa warna yang sememangnya
...hingga jumpa di sana.

Monday, July 19, 2010

meeeoOoow

genyeh mata…sengkang bebesor sambil capai yogurt strawberry. rutin aku pagi ni cuba menyiapkan jawapan bertulis bagi soalan-soalan di mesyuarat pertama (pembukaan rasmi) bagi penggal persidangan ketiga dewan negeri johor yang ke-12. pelbagai isu dibangkitkan dan lebih serdak dari rasa kueh bangkit tahun lepas. kebanyakannya berunsur for-fu-lar! tunjuk rajin! memperjuang hak rakyat kekononnya, padahal hanya tunjuk muka time nak pilihanraya. tak kurang yang soalannya hanya copy paste skrip tahun-tahun lepas dengan harapan aku tak perasan. elooooooo, bukan ke aku gak yang sediakan jawapan persidangan dewan korang ni. emang dasar bajingan tengik! aku hanya membantu soalan yang berkaitan dengan law, yang lain sooooooooooooorry naik lori...not my hik’s.

sedang sibuk aku google-ing tetiba aku tertarik dengan fakta & auta dari web pages ni, yang penting aku senyum sendiri (mak kata hidup kita akan lebih tenang kalo dapat bahagiakan orang lain) so, aku amik pendekatan ni tuk pastikan korang gak epi dengan apa yang aku jumpa ni, hehehe sharin’ is carin’ kaaaaan...?

1. sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

2. tahukah anda dalam bahasa inggeris dan italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem la dolce vita yang diterbitkan oleh federico fellini pada tahun 1960. dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama razzi juga boleh dikenali dengan nama papa razzi.

3. tahukah anda bendera negara denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

4. tahukah anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

5. tahukah anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

6. tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

7. tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

8. tahukah anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

9. tahukah anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah orang utan.

10. tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

so, ada sesape nak belanja aku pagi ni..? jom breakfast?!?

Friday, July 16, 2010

dear manohara

ari ni aku sakit peroooot…dah masuk 6 kali aku check-in and out tandas kat rumah ni. kalo bleh dapat hadiah cabutan bertuah kategori kluor masuk tandas paling banyak sure aku dah menang hadiah tanpa bertanding “bowl tandas”. and for sure aku salut dengan emas 24 karat tatah swarovski, frame bebeso. aku cuti rehat dan bukannya MC (sebab cuti aku masih ada 25 ari lagi...! dan MC hanya tuk orang lemah otak beralasan malas nak berkerja je *sambil gelak-gelak kekwat). sakit perut bukannya teknik tuk kurus yer... itu auta dan bukannya fakta.

memandangkan aku bercuti, so aku bangun lewat jam sepuluh. cuaca lembab suam-suam kuku. demam malam semalam baru bermula...sendi tulang seram sejuk, kelopak mata semakin panas. on aje fuck-book trus diterjah soalan my cousin tentang kenaikan isu minyak...si alam story ni memang bijak bab-bab ni or maybe tak puashati dengan pendekatan haram jadah baghal-unnah pemerintah. memandangkan aku demam so aku iye-kan je, malas nak jual minyak. ada pro dan kontra isu ilmiah pepagi gini dan ianya terlalu politikal tahap dewa tuk dikupas.

rasionalisasi subsidi..?

diam tak diam dah nak masuk sebulan aku join gym dan mengurangkan aktiviti melahu kat luar. hidup sihat!!! dengan harapan badan berketol-ketol macam ayam KFC drumstick hot & spicy and berketak-ketak macam hulk hogan (nak harapkan langgan men’s health dan berangan badan meletop sambil mencekik depan tv...takde makna nyeeeer) kenalah usaha sikit. ko hengat ko tu heidi klum? or david beckham..? david arumugam pun belum tentu tau hehehe. lepas ni takde la peminat & paparazzi buat featurin’ menghanjing aku buat botox padahal gebu gaban ala-ala muka kak rosmah dan khir toyo tu. ni original wokey :D

bila abiskan masa kat gym ni…kekadang ter-flash back aktiviti dengan kekawan lama di universiti dulu (main bebaling tin dengan selipar jepun, acara renang berirama kat living hall or gimnastik berpasukan…lucu banget!!!) paling tidak sibuk skodeng jejantan ensem tepi divider or mempelbagaikan teknik “men-caras” lover kekawan yang sempurna kejadian tuhan katanyeeeer (tu bukan aktiviti aku la, sebab aku sibuk bercinta) :”P

memandangkan tempoh edah aku dah tiga tahun berlalu...kalo beranak dah sure putus susu badan kaaaan? but aku masih lagi single mingle and lone ranger. aku rasa medula obligata aku dah terpesong sikit kot? macam dah tak berperasaan nak carik calon-calon bini maupun laki, hahaha. aku dah tak larat nak trim segala bulu and shave my leg’s (kiranya kalo korang bogel telanjang bulat pun aku buat deeeeek je!)

dah lama aku tak citer pasal kekawan @ klik pompuan miskin… FYI, jus nenas dah 4 bulan balik m’sia, barli suam plak dah mengandung kesan ‘permanian beradas’ yang dia sendiri tak comfirm ter-mengandung wakakaka (mungkin kalo pegang tangan pun boleh ter-meng-andung kot…poyo ar), teh ais dah ada baby ke dua dalam diam kata sakit-sakit nak beranak lagi tu dan sirap limau plak berjaya mengandungkan diri setelah puas mempelbagaikan teknik ‘cucuk tanam’ dan urutan batinnya (tak sia-sia ngko bercucuk tanam beb, teknik farmville gak berkesan). pompuan miskin ni memang sentiasa dekat dalam hidup aku, sebab watak-watak kita orang tak ubah macam dalam desprate housewive.

la ni aku sibuk dengan “konvoi freedom tortilla” nak join mavi marmala, korang adooooor? yang ni aku tipu je…sebab aku tak hebat sangat dan baru join gym semula dah berlagak nak berperang mati syahid, hehehe. walaupun kat opis aku tu asyik kerap je buat kutipan amal ala-ala yayasan al-bukhari la konon, cuma takde wakil tv bernama je nak rakam or interview kita orang…menyimpang dah citer aku ni…haaaaiiiiih. sebenarnya secara sedar mahupun diluar kewarasan otak aku kita orang dah tubuhkan “geng mesin basuh”. geng ni dianggotai macam pertubuhan keamanan gak…dush* menipu lagi… yang aku merapu panjang lebar ni hanya nak membuktikan aku SANGAT sibuk!?! sibuk dengan kehidupan dan masih bernafas macam organisma hidup sehingga tak sempat nak berpacaran (maaf mak and abah sebab tak sempat nak bagi zuriat…tapi kita ada bela anak ikan, kira ok gak kaaaan?) dan la ni aku sibuk keluar masuk tandas sambil curi-curi naip kat lappy (padahal main plants vs zombies).

aku lupa nak habaq…ni kisah dah setahun, time tu aku bercuti dan lepak-ing with my good friend di bali. memandangkan aku bukan ashraf sinclair & bunga cinta lestari so aku pendam je nak buat aksi-aksi peluk gomol kat tepi pantai bali tu. but sepanjang aku kat sana sempat la aku dine with manohara (yang lari dari laki dia time tu).

Tuesday, July 13, 2010

Viva España!

tuan,
tunjukkan aku wilayah paling sunyi
tempat hujung paling asing
tanah pekak yang tiada mata
tuan,
beritahu aku waktu-waktunya
bila tuhan sedang lupa
bila tuhan pejamkan mata
tuan,
saat ini aku butuh berbuat dosa



tiada jerit hiruk pikuk (bermata lebam kung-fu panda)
tiada lagi ramalan kurita paul
aku tak kisah dilabel si kaki bangku,
setidak-tidaknya aku berjenama jua
tak murtad percaya pada lenggok kaki paul (camtu baik tak payah tengok bola!!! bukan ke korang tak bangku berkaki sotong) hahaha.

crowds began dancing and singing one of the team's battle cries, "let's get them". nak order sotong goreng kangkung-lah, yummy :'P

Sunday, July 11, 2010

melastik bintang

so glorify with praises the Name of your Lord, the Most Great.

hi everyone…

mood arini tak ubah macam dalam set shooting citer oshin, sibuk menghabiskan stok baju tiga bakul nak dibasuh sambil feeling-feeling menyiput rambut kepok-kepok and berkemban sambil cuci spender tepi sungai, hahaha padahal tepi jamban je wokey.

kalaulah boleh kita bahagiakan setiap orang…kita adalah manusia yang terakhir diletak hujung kaki kebahagian dalam sujud syukur. tapi nape dalam citer-citer mitos semua orang nampak epi je? cam takde masalah pun..? time tu bukannya ada fuck-book pun? tweet pun takde?

haaaiiiihhh, sometime fuck-book pun dah tak merangsang tegang tuk klimaks. elok kita delete je friendlist tu and create as my new hobby. kalo dah setahun cuma tegur sekali je dalam mimpi baik toksah mimpi skodeng or berasmaradana kat sini, buat semak! tu pun kekadang terpaksa say hi bebuat mesra coz nak mintak vote kesian post haram or tag pic yang ntah pe-pe... dengan motip guna jari puuuuuun boleh, for example kekononnya boleh jadik kaya dengan hanya login fuck-book. FUCK-lah!!! yang ni lagi pantas kita delete....rimas dengan fantasi mat jenin or cinderella dia orang...ouch* keje weeeeeeeeeey keje! korunk ingat korunk ma’sum, boleh terima wahyu dari langit?

minggu ni minggu banci, kesibukan tahap dewa mengikat jadual waktu bermalas-malasan. terpaksa menyelia pembanci yang semakin ari semakin seksi kesan catwalk rumah ke rumah. korang adooor? relaks la, penyelia kenalah pose chantek kat gym wokey ....serampang dua mata. setidak-tidaknya kita kagum dengan semangat dia orang ni yang sanggup cari duit lebih; kesanggupan berkerja lebih masa. wa-lau-pun dalam pelan kata kena banci lima biji rumah and tup-tup kat site ada over than sepuloh biji bercambah macam cendawan dan famili plak mula membiak cantuman sperma+ovum sekali ganda…sori uoooooool’s tak dapat den nak nolong* kita ada misi cuci baju tiga bakul yang membiak gak ke bakul keempat hahaha :D

ni picture lama yang ditag kat kita. time ni kat mersing...teratak apa ke haram ntah nama dia, you name it cos kita tak heeeengat. but ni salah satu teknik mengangkang dalam summer camp sambil jejerit gatal atas jantan, diakui release tention beb! sempooooooi sambil lencun basah berahi lalala.

Tuesday, July 6, 2010

adrenalin

rangkap satu kata mula pendahuluanku
salam mula cara kita sejahtera semua

jangan banyak jangan sikit sederhana cukup
cara aku cara kamu sama tak serupa

pandanganku hanya ke langit biru
sabar menanti kelam berlalu pergi tampil matahari
berlari laju ku terbang tinggi
menuju ke bintang itu
siapa bilang siapa kata bulan itu jauh
siapa sangka siapa tahu naik turun aku
pandanganku hanya ke langit biru
sabar menanti kelam berlalu pergi tampil matahari
berlari laju ku terbang tinggi
menuju ke bintang

kau juga aku bukan tak biasa
dah jatuh dan bangun semula

siapa tahu semua tipu benar jadi palsu
makin dekat makin mahu adrenalin laju

berlari laju ku terbang tinggi
menuju ke bintang itu


Sunday, July 4, 2010

mr. ek-ce-li

tiga pagi.

aku mimpikan maggi kari. lewat. lebih elok dari kelewatan terus-terusan. kali ni aku masak dengan bunga terbit dari hati. agar cukup rasa sampai hendaknya cita hajat.

semalam membuat aku terus kesuntukan; suntikan adrenalin melenyap haus ke pangkal dahaga kerongkong.

seharian aku meneman chenta...dan bertemu dia.

adakala rasa terbit dari dangkal akal dan deria rasa ke enam tanpa punca. gelisah. berdebar. berdebar-debar terus-terusan. esok pasti ada. matahari tak pernah mungkir untuk terbit biarpun bulan terbit siang. biar esok saja difikir malam menelan adrenalin semalam.



mode: maggi kari*