perjalanan pagi ni saya ditemani oleh seorang “kawan”. terarah sama destinasi tak salah berkongsi kereta, berkongsi cerita mungkin? terlalu banyak perkongsian dalam idup ni. “you ni encik cham, baik ati sangat sampai ramai orang amik kesempatan” arrhhhh, tu kata mereka dan apa yang saya pikir jarang sekali sama. banyak yang kami borakkan keluar dari kebiasaan dan kesibukan komputer. hujan renyai menjadi lebat, hati-hati pesan mak (dia terlalu dekat dalam ati saya).
kita: mesti seronok-kan balik raya kali ni? semua barang dah amik? ada yang tertinggal?
r’jr: erm, abg bleh patah balik?
[senaskah al-qur’an berbalut untuk hadiah tersayang, gaji pertama]
r’jr: …famili kitaorg dulu idup susah. tak pernah saya mintak apa-apa dari mak. apa yang dia beri tu la yang saya pakai. tak minta lebih dari keperluan. 20 sen sehari tu perkara biasa bekal ke sekolah sampai la saya ke menengah.
kita: gulp* (topik simple yang mintak saya pikir lebih dua harkat. permulaan menghentikan spekulasi kelewatan tadi. tak perlu cepat, kita hanya nak balik kampong je).
r’jr: susahkan abg je...abg tau, saya pernah pergi kl hanya berbekalkan duit 3 ringgit dalam poket. kekadang tu siap bungkus kacang dalam plastik nak dijual buat duit tambahan.
kita: diam lagi...(perlu banyak oksigen mungkin?)
r’jr: abg tau je la, duduk felda. adik beradik ramai 10 org, saya anak ke 9. kekadang tu nak makan pun saya berebut dengan adik. kechik-kechik waktu tu...marah btul mak bila kitaorg bergaduh depan rezeki.
[hanya mampu membalas dengan senyuman]
pwoooorrrhhh, lagu raya beriring hujan jumaat. lebat. menolak kereta lebih pantas dari memandu. kekadang saya pikir di mana saya ketika seusia itu??? baru 21 tahun. gaji pertama...ke mana? pantas?
kita: you ada pikir nak further?
r’jr: bagi saya lepaskan dulu adik bradik yang lain...akak pun masih di universiti dan adik plak baru je abis spm, banyak duit nak guna. bagi saya belajar boleh bebila...lps ni pun bleh blajar. baik saya keja dulu, btul tak abg?
kita: (antara angguk dan geleng, mengia atas ketidakan idup.) look, you sekarang dah pun kerja. at least, tak perlu lagi bergantung pada famili; kerja and make it your owned money.
saya selalu mengeluh bosan dengan kehidupan saya sekarang. hebatkah hidup??? aritu masa menyelak metro...wartawan vacancy terpampang besar. saya perlukan angin perubahan. jual tuhan pun bleh kaya tau...hahaha (perut buncit, tasbih besar, warna emas). “menang dengan otak, tak semestinya dengan pedang”...btul tak??? korang yang dipanggil “primat-primat” dan “sel hidup”; masih bernasib baik kan kita punya kehidupan kaler-ful begini? walau tak indah tapi cukup selesa.
r’jr: brapa bang duit tol tu, amik la duit saya?
kita: ish, dah memang kita nak balik kampong pun...kalo awak takde pun kita balik jugak. simpan duit tu bagi adik...anak buah.
r’jr: erm...mahal tu tol?
kita: ala, at least tak perlu ikut jalan kampong. ok la kan? what is this life if full of care, we have no time to stand and stare?
note: tetaplah menjadi bintang di langit.
9 months ago
No comments:
Post a Comment