orang tetua kata kalo kita mimpi banjir tu maknanya nak terima rezeki besar. betul ke? tapi kalo dah ujan lebat melimpah ruah sampai banjir...tu maknanya aku nak kena singsing kelepet sluor meh kita main ujan kaaaan? hahaha.
seminggu dua ni aku sangat sibuk, dilamar orang yang sayangkan kita. ada chenta berputik pada sekeping ati yang berdetik. tik-tik-tik, aku tua pada masa tu...jadinya aku rampas tuk rasa bahagia jap.
perjawatan oh perjawatan. aku taksub menjadi hebat! menjadi pakcik gomen berpangkat dengan rasa penuh hormat. kerusi panas. aku masih memendam rasa menjadi seksi-tary kerajaan negeri, paling tidak orang berkepentingan pada organisasi huahuahua. aku heharap apa pun yang datang selepas ini, redha. ada baik dan buruk setiap ketentuan tuhan itu.
yang molek tak datang bergolek.
hurm, aku tercalon menjadi pengerusi kelab. thanks pada yang mencalonkan dan mengundi. besar ati walaaaaaaupun sebenarnya aku lebih terarah tidak berpolitik (nak jadi si kerdil punya jiwa besar). tapi ini kepercayaan orang, maka aku galas.
yang merah itu saga, yang kurik itu kendi...yang gedik's tu korang kaaaaan? agak-agak korang la...aku akan jadi “sesuatu” yang hebat tak abad ini dan akan datang? hahaha (less than more tak gitew kata nenek aku...huh, nenek ko mampu?!?)
“ya allah, moga kau bukakan untukku pintu-pintu rahmatmu”
9 months ago
No comments:
Post a Comment