sabit ramadhan…aku dalam misi menitip baris. sedang orang lain bermisi menjejak bintang, menapak bulan, biarpun ke planet zargos; aku masih menyimpan harap nun jauh dihujung awan.
laras tiap bahasa kalimah dari syurga.
aku cuma ingin menyusun huruf-huruf pemutus maaf. pada orang yang kita chenta, pada orang yang chentakan kita; pada orang yang pernah dichentai dan menchentai. kali ini aku nak kirimkan dua belas keping hati beriring setem tiga puluh sen pada mak dan abah sahaja. biar banyak, biar letih posmen mengikat getah gerit...asal aku puas. aku cuma nak cakap kat mereka yang aku nak minta maaf sebab tak jadi anak yang baik.
dari kechil aku memang pelik. dibesarkan dari kantung lembu bulat tin dutch lady. pelikkah aku..? takde yang pelik dalam kamus hidup ni. masa tun mahathir buat saga, lakar sepang, bina pencakar langit tertinggi pun orang kata dia pelik. tapi dia bukan bina satu pencakar langit...malah dua berkembar tertinggi hingga kini. aku cuma hantar dua belas dan bukannya dua juta keping doa-doa bersayap minta diampunkan dosa. aku manusia tipikal dan tidak for-fu-lar.
aku sanggup gadai sebuah syurga biar bidadarinya gay sekalipun, asal aku tidak sendirian...asal aku masih punya emak dan abah serta judul anak padanya. aku hanya ingin menjadi asli dan bukannya tuleeeeen bang, biar rangup bersama kriuk-kriuuuuuuuk nyer!!!
lalala :’D
9 months ago
owh yeah kad raya..:) misi menghantar kad raya bermula minggu depan hehehe :) selamat berpuasa babe :)
ReplyDeleteSelamat Berpuasa....
ReplyDeletesyu'...nak anto msg guna asap ubat nyamuk-lah, bleh tak? hehehe
ReplyDeletesalam ramadhan farish :'P
Salam ramadhan.... salam singgah....
ReplyDeletesalam ramadhan cikgu, thanks.
ReplyDeletehehhehe..kat mak abah je mntak maaf.kat kite hahhaha
ReplyDeletet priod lagi,:P