ari ni aku sakit peroooot…dah masuk 6 kali aku check-in and out tandas kat rumah ni. kalo bleh dapat hadiah cabutan bertuah kategori kluor masuk tandas paling banyak sure aku dah menang hadiah tanpa bertanding “bowl tandas”. and for sure aku salut dengan emas 24 karat tatah swarovski, frame bebeso. aku cuti rehat dan bukannya MC (sebab cuti aku masih ada 25 ari lagi...! dan MC hanya tuk orang lemah otak beralasan malas nak berkerja je *sambil gelak-gelak kekwat). sakit perut bukannya teknik tuk kurus yer... itu auta dan bukannya fakta.
memandangkan aku bercuti, so aku bangun lewat jam sepuluh. cuaca lembab suam-suam kuku. demam malam semalam baru bermula...sendi tulang seram sejuk, kelopak mata semakin panas. on aje fuck-book trus diterjah soalan my cousin tentang kenaikan isu minyak...si alam story ni memang bijak bab-bab ni or maybe tak puashati dengan pendekatan haram jadah baghal-unnah pemerintah. memandangkan aku demam so aku iye-kan je, malas nak jual minyak. ada pro dan kontra isu ilmiah pepagi gini dan ianya terlalu politikal tahap dewa tuk dikupas.
rasionalisasi subsidi..?
diam tak diam dah nak masuk sebulan aku join gym dan mengurangkan aktiviti melahu kat luar. hidup sihat!!! dengan harapan badan berketol-ketol macam ayam KFC drumstick hot & spicy and berketak-ketak macam hulk hogan (nak harapkan langgan men’s health dan berangan badan meletop sambil mencekik depan tv...takde makna nyeeeer) kenalah usaha sikit. ko hengat ko tu heidi klum? or david beckham..? david arumugam pun belum tentu tau hehehe. lepas ni takde la peminat & paparazzi buat featurin’ menghanjing aku buat botox padahal gebu gaban ala-ala muka kak rosmah dan khir toyo tu. ni original wokey :D
bila abiskan masa kat gym ni…kekadang ter-flash back aktiviti dengan kekawan lama di universiti dulu (main bebaling tin dengan selipar jepun, acara renang berirama kat living hall or gimnastik berpasukan…lucu banget!!!) paling tidak sibuk skodeng jejantan ensem tepi divider or mempelbagaikan teknik “men-caras” lover kekawan yang sempurna kejadian tuhan katanyeeeer (tu bukan aktiviti aku la, sebab aku sibuk bercinta) :”P
memandangkan tempoh edah aku dah tiga tahun berlalu...kalo beranak dah sure putus susu badan kaaaan? but aku masih lagi single mingle and lone ranger. aku rasa medula obligata aku dah terpesong sikit kot? macam dah tak berperasaan nak carik calon-calon bini maupun laki, hahaha. aku dah tak larat nak trim segala bulu and shave my leg’s (kiranya kalo korang bogel telanjang bulat pun aku buat deeeeek je!)
dah lama aku tak citer pasal kekawan @ klik pompuan miskin… FYI, jus nenas dah 4 bulan balik m’sia, barli suam plak dah mengandung kesan ‘permanian beradas’ yang dia sendiri tak comfirm ter-mengandung wakakaka (mungkin kalo pegang tangan pun boleh ter-meng-andung kot…poyo ar), teh ais dah ada baby ke dua dalam diam kata sakit-sakit nak beranak lagi tu dan sirap limau plak berjaya mengandungkan diri setelah puas mempelbagaikan teknik ‘cucuk tanam’ dan urutan batinnya (tak sia-sia ngko bercucuk tanam beb, teknik farmville gak berkesan). pompuan miskin ni memang sentiasa dekat dalam hidup aku, sebab watak-watak kita orang tak ubah macam dalam desprate housewive.
la ni aku sibuk dengan “konvoi freedom tortilla” nak join mavi marmala, korang adooooor? yang ni aku tipu je…sebab aku tak hebat sangat dan baru join gym semula dah berlagak nak berperang mati syahid, hehehe. walaupun kat opis aku tu asyik kerap je buat kutipan amal ala-ala yayasan al-bukhari la konon, cuma takde wakil tv bernama je nak rakam or interview kita orang…menyimpang dah citer aku ni…haaaaiiiiih. sebenarnya secara sedar mahupun diluar kewarasan otak aku kita orang dah tubuhkan “geng mesin basuh”. geng ni dianggotai macam pertubuhan keamanan gak…dush* menipu lagi… yang aku merapu panjang lebar ni hanya nak membuktikan aku SANGAT sibuk!?! sibuk dengan kehidupan dan masih bernafas macam organisma hidup sehingga tak sempat nak berpacaran (maaf mak and abah sebab tak sempat nak bagi zuriat…tapi kita ada bela anak ikan, kira ok gak kaaaan?) dan la ni aku sibuk keluar masuk tandas sambil curi-curi naip kat lappy (padahal main plants vs zombies).
aku lupa nak habaq…ni kisah dah setahun, time tu aku bercuti dan lepak-ing with my good friend di bali. memandangkan aku bukan ashraf sinclair & bunga cinta lestari so aku pendam je nak buat aksi-aksi peluk gomol kat tepi pantai bali tu. but sepanjang aku kat sana sempat la aku dine with manohara (yang lari dari laki dia time tu).
9 months ago
No comments:
Post a Comment