Sunday, January 16, 2011

sundae eskerim

hujan-hujan lesak orang sibuk gumpal mimpi…aku sibuk cari ayam penyek. aku lapo dowh. tambah-tambah kalo antu raya dah mula menguasai diri, bergelora jerk! hahaha. bleh jadi malapetaka tau kalo tak cukup supply oksigen.

after puas memenuhi nafsu serakah, sempat gak aku singgah shoppin’ complex cuci mata. ramai orang kata kalo nak chantek or nampak ensem + cool kena berbelanja lebih. bagi aku setiap orang punya citarasa tersendiri dalam soal berpakaian.

ari ni aku nak bagi tips camner nak jadi ensem & cool tapi bukan kelihatan cheap sales (sebab muthu jual kacang puteh pun dah pandai pakai zara woooooook!) ada yang suka beli baju mahal serta berjenama dan tak kurang juga yang tangkap cintun baju-baju ‘bundle’! pe pun yang paling penting kena bijak menyesuaikan pilihan gaya dengan majlis yang korang nak hangout biar ‘up to date’, ‘trendy’ dan ‘fashionable’ walaupun bahasa jawa korang dapat sembilan.

ada beberapa brands yang bagi aku mampu milik tuk jiwa ‘remaja dewasa’ macam korang dan design dia agak fit macam topman, seed, padini, guess, british india and even zara. aku paling suka guna teknik ‘mix & match’ kalo pergi outstation (nak kuruskan luggage) agar bleh padan dengan kasut and aksesori yang dipakai agar tak kelihatan macam bencana tsunami melanda.

chup, tips aku ari ni hanya tuk lelaki sahaja sebabnya aku tak cuba pakai gaun kembang and rambut wig lagi hehehe.

sebaiknya pastikan korang memiliki kemeja atau kemeja-t dari warna lembut (yang kaler tak berapa nak sesuatu tu) dan seluar panjang dari warna gelap sama ada berpotongan lipatan di bahagian hadapan ataupun polos. sementara itu, bagi lelaki yang bekerja di pejabat yang berhawa dingin pastikan memiliki jaket untuk menghangatkan tubuh (dan bukannya kak leha janda yang ko duk peluk ramas nak kasik hangat eh) dan lengkapkan dengan aksesori lain seperti tali leher, jam tangan, tali pinggang etc.

eh, tetiba sakan sangat nak gi shoppin’ tetengah bulan ni? wakaka "tadi aku menang duit juta-juta selepas bertarung lebih 3 jam sambung dua tiga ari nyer stok". meh aku belanja..!

No comments:

Post a Comment